HUKUM CONTACT LENS

25.6.10

Selepas ngaji tadik adelah perbincanan skit ngan member2 kat opis …pas tu ade pelajar praktikal cakap memakai contact lense nie hukumnyer haram…sama macam memakai rambut palsu n bulu mata palsu..aku rasa macam tak puas hati so aku cuba carik kat internet…n inilah yang aku jumpa…aku jumpa persoalan nie daripada ilmudanulamak


Soalan;

Assalamualaikum, Saya ingin bertanya dan mendapatkan kepastian tentang penggunaan contact lens (kanta lekap) semasa solat, puasa, adakah sah ibadatnya??
Dan di dalam islam bolehkan seseorang itu menggunakan contact lens samada menpunyai masalah rabun atau sekadar pakai suka-suka?






Jawapan;

Ada dua tujuan memakai kanta lekap;


1. Tujuan perubatan; iaitu orang yang memakainya kerana masalah mata yang dihadapinya, iaitu ia memakainya sebagai ganti cermin mata. Hukumnya adalah harus dengan syarat tidak mendatang mudarat kepada mata.

2. Tujuan perhiasan; iaitu memakainya sekadar suka-suka, bukan kerana keperluan (yakni bukan kerana masalah mata). Ia masuk dalam hukum perhiasan. Perhiasan diharuskan selagi tidak melanggar batasan Syara, iaitu;
a) Tidak mendedahkan aurat dan berlaku tabarruj
b) Tidak mendatangkan fitnah iaitu menimbulkan ghairah orang lain –terutamanya wanita- (yakni tidak harus wanita memakai perhiasan yang boleh mendatangkan ghairah atau mencuri perhatian lelaki kepadanya).
c) Tidak mengubah ciptaan Allah.
d) Tidak berupa penipuan atau pemalsuan.
e) Tidak menyerupai perbuatan orang kafir
f) Tidak berlebihan.
g) Tidak memudaratkan






Merujuk kepada syarat-syarat di atas, sebahagian ulamak telah memfatwakan haram memakai contact lens yang berwarna (yakni mengubah warna mata yang asal) kerana ia mengubah ciptaan Allah, berupa penipuan/pemalsuan dan meniru perbuatan orang kafir di samping ia memudaratkan sebagaimana disahkan oleh para doctor sendiri. Di tambah lagi bagi perempuan, ia boleh menimbulkan fitnah (iaitu mencuri perhatian lelaki kepadanya).[1]

3. Adapun penggunaan contact lens semada mengambil wudhuk, solat dan puasa; ia tidak menjejaskan ibadah-ibadah tersebut kerana bahagian dalam mata tidaklah wajib dibasuh atau disampaikan air ketika mengambil wudhuk atau ketika mandi (yang wajib ialah bahagian luar sahaja iaitu kelopak mata). Begitu juga dengan puasa; menurut ulamak memasukkan sesuatu ke dalam mata tidaklah membatalkan puasa. Solat pun begitu juga; tidak ada yang akan menjejaskan solat kerana contact lens.

5 conteng-conteng:

NOORWAHIDAH MOHD RIDZUAN berkata...

terkejut jgk dgr ckp x leh pakai.sbb sya dh jeguk zaharuddin.net dan sah2 ustaz ckp bleh pakai msa puasa. he..he..

myQza berkata...

TQ informasi!! :))

LiLy @ MaMaQiStInA berkata...

Lily x pakai contact lens..pernah percubaan nk guna just suke2..tp x pandai nk guna..huhuhu..

Hamizah berkata...

good info!

jenanese berkata...

seb bek boleh pakai..spek baru je pecah kena pijak..haha

 
Direkacipta Oleh Ibu ComeL