Mini Skirt Awal Pagi

7.6.10


KUALA LUMPUR: “Saya ke majlis peribadi, bukan berhibur di disko. Lagipun, saya ditemani kakak, abang dan beberapa rakan yang rapat dengan saya.


SIAR...gambar Nora seperti yang disiarkan di Internet.

Foto dimuatkan di beberapa laman web gosip dan ruangan forum itu mengundang andaian kononnya Nora baru pulang berhibur di sebuah pusat hiburan berhampiran kedai makan itu.
Ia menggambarkan seolah-olah pergerakan janda muda itu diintip pihak tertentu.

Pelbagai reaksi yang kebanyakannya ‘mengutuk’ Nora turut menghiasi ruangan komen laman web dan forum itu. Selain mempersoalkan apa dilakukan Nora ketika itu, pakaiannya juga menjadi bahan sindiran.

Menurut Nora, dia hanya memakai ‘dress’ yang sering menjadi pilihannya ketika bergambar di akhbar atau majalah.

Katanya, tidak sepatutnya ia menjadi isu.
“Memang saya terkejut apabila diberitahu gambar saya tersebar di Internet. Saya tidak dapat menghalang sesiapa pun untuk mengambil gambar saya dan meletakkannya di laman web.

“Namun saya terkilan dengan pengisiannya. Tanpa usul periksa, saya ‘dijatuhi hukuman’ dengan pelbagai kutukan dan sindiran,” katanya.

Nora berkata, dia sedar statusnya sebagai ibu tunggal dan dia tahu menilai yang mana baik dan mana buruk.

“Saya tidak kata saya sempurna, tetapi saya tahu tanggung jawab saya. Saya juga berhak menentukan haluan hidup saya.

“Justeru, saya berharap hal ini ditamatkan. Saya sudah beri penjelasan,” katanya.

Selain memberi penjelasan mengenai kontroversi itu, Nora turut diminta mengulas kejutan dibuat bekas suaminya, Toh Muda Rizal Ashram Ramli yang singgah di sebuah pulau menggunakan helikopter untuk bertemu pelakon, Nur Fasha Sandha Hassan atau Fasha Sandha.

Bagi Nora, apa dilakukan itu adalah hak individu.
“Saya tiada kena mengena dengan mereka (Rizal dan Fasha). Apapun, bagi saya, tak salah... itu hak mereka,” katanya yang enggan mengulas lanjut.

Muka depan Harian Metro 18 Mei lalu melaporkan Rizal singgah di lokasi penggambaran drama bersiri terbitan Zeel Productions berjudul Duyung Aridinata di Pulau Lang Tengah, Terengganu, dengan helikopter.

Ia membuatkan semua pelakon dan kru penerbitan drama bersiri yang menjalani penggambaran di pulau itu sejak 4 Mei terkejut apabila kehadiran Rizal bersama beberapa VIP bertujuan membuat kejutan kepada Fasha.

Fasha ketika mengulas perkara itu hanya menyatakan Rizal dan beberapa teman ada perancangan untuk membuat kejutan di lokasi penggambaran selepas mendapat tahu dirinya terbabit pembikinan drama bersiri berkenaan di pulau itu.

Bagaimanapun, katanya, kehadiran Rizal di set penggambaran tidak disangka dan melangkaui imaginasinya.

2 conteng-conteng:

sarah shafie berkata...

ssah jg glemer ni..sume org nk tau..hehe..nsib baik aku bkn artis..hikhik..

Zaidah berkata...

sarah:klu sarah artis..lagi glemor...

 
Direkacipta Oleh Ibu ComeL