Pelakon komedi ditahan di Subang Jaya bersabit kes dadah

14.6.10

PETALING JAYA: Polis menahan seorang pelakon komedi terkenal dan lima rakannya serta merampas 40 gram dadah dipercayai ganja di rumahnya di Jalan PJS7 Subang Jaya, dekat sini, malam semalam.

"Mereka ditahan ketika sedang berehat dan hasil pemeriksaaan ke atas rumah berkenaan, kami menemui dadah terbabit," katanya.

Beliau berkata, kesemua suspek ditahan reman selama lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.-Bernama

sumber metro
 
 
KUALA LUMPUR 13 Jun – Pelakon komedi, Saiful Apek atau Mohd. Saifulazam Mohammad Yusoff, 41, bersama lima rakannya termasuk seorang wanita ditahan dalam serbuan yang menemui 40 gram dadah jenis ganja di sebuah apartmen di PJS 7, Sunway, dekat sini malam tadi.

Dalam serbuan kira-kira pukul 10 malam oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Subang Jaya itu, dadah tersebut ditemui di dalam rumah terbabit.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar ketika dihubungi hari ini mengesahkan perkara itu.

Beliau berkata, penahanan Saiful dan rakan-rakannya yang dipercayai pekerjanya diperoleh hasil maklumat awam.

Menurutnya, ujian air kencing yang dijalankan mendapati kesemua mereka positif mengambil dadah jenis ganja.

“Semua suspek berusia 20 hingga 41 tahun ditahan ketika baru mengambil dadah dan sedang berehat.

“Kita akan menjalankan siasatan dari mana mereka memperoleh dadah berkenaan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambah Zainal Rashid, semua suspek direman sehingga 16 Jun ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39A (1), Seksyen 6 dan Seksyen 15 (1) (A) Akta Dadah Berbahaya 1952.

sumber: utusan online

13 conteng-conteng:

LiLy @ MumMyQiStInA berkata...

Ada dgr berita smlm..tp x bgtau nama sape pelwak tu..owh..rupanyer Apek erkk...ishhh...ishh

LYaFRINA berkata...

ISHHH.. XSANGKA.. SBLUM KEMAIN KATA DIA SAKIT KENA SANTAU LA..N MCM2 LAGI LA..RUPANNYA SAKIT DGN $%^$%^$^&^...
TGU J LA KEPUTUSAN MAHKAMAH NANTI.

maszmadi berkata...

owh... die ker?? hm, macam2 la kan..

kak zai kn tag GA.. check kat http://maszmadi-maszmadi.blogspot.com/2010/06/pinklolipops-1st-free-giveaway.html yerk

Hamizah berkata...

betul kata Wardina..artis xleh dijadikan ikon..

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ tinieƸ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ berkata...

huhuhu

rose --{@ ibuRafiq @}-- berkata...

tula..terkejut den tgk tv semalam..haihh

yg dulu gambar dia isap ganja betul la tu kan..dia pertikai cakap tu syisya..hahahahhah

Zaidah berkata...

lily: kat tv memang dia tak cakap...tapi pagi tadik tengok kat paper rupanyer dia...kat radio pun ade kuar...

lya: memang tak sangka...siap buat pesta lagi tu...

mazsmadi: betul....

p/s nanti zai ambik ...hehehe


hamizah: artis nie memang tak bleh jadik idola...sebab artis kekadang bukannyer betul sangat...

tinie: peminat apek ker tinie...huhuhu

rose: takkan dia nak mengaku...dia mesti jaga reputasi jugak...

::Mamalyna:: berkata...

ermmm.... apek plak... macam2 haller dunia artis nie..

Ain berkata...

banyak sungguh citer negatif artis skang nie....

macam2 kes....

Zaidah berkata...

mamalyna: artis sekarang nie banyak yang negatifnyer daripada positifkan...

ain: betullah ain...macm mana bebudak remaja tak ikut klu artis pun dah sama macam tu...

mamalieyna berkata...

huhu..semalam time berita, dh agak..mesti apek..kurus semacam jer..huhu..apa nk jdi nih..

Zaidah berkata...

mamalieyna: tak tahulah nak cakap..memacam dah sekarang artis kita...yang negatif lebih banyak daripada yang baiknyer...

az rina a.k.a jaijina berkata...

salam perkenalan..

isk, nilah artis kite..buat malu jah, benci benci benci..

 
Direkacipta Oleh Ibu ComeL