Apa yang mereka cari sebenarnya?
Lelaki merupakan makhluk yang lebih tertarik pada fizikal dan kerana itulah gadis yang lebih cantik akan mendapat perhatian mereka. Bila seorang lelaki ingin menjalin perhubungan yang lebih serius, mereka mula memikirkan perkara lebih sekadar rupa yang cantik. Mereka mula mengambil serius mengenai personaliti kamu dan bagaimana kamu berdua serasi bersama.
Tapi kamu juga mungkin perlukan beberapa aspek “sedap mata memandang” untuk menarik perhatian mereka. Mereka mungkin tak tunjukkannya serta-merta, tetapi lelaki memang tertarik pada wanita yang kelihatan cantik. Berikut merupakan beberapa ciri yang mungkin mampu mencuri perhatian mereka:
- Wajah yang cantik Ini benda pertama yang mereka lihat dan jika mereka sukakan apa yang dilihat, ia mula mencuri perhatian mereka. Pastikan muka kamu sentiasa bersih dan mekap kelihatan ringkas. Mereka pasti perasan jika kamu bermekap tebal. Kebanyakan lelaki sukakan wajah yang lebih semula jadi.
- Gerak tubuh dan bentuk yang menarik. Bentuk tubuh yang cantik terletak dengan beberapa gerak tubuh merupakan kombinasi yang tepat untuk mendapatkan perhatian mereka. Selalulah bersenam di gim dan amalkan pemakanan yang sihat dengan membanyakkan sayur, buah dan bijirin kerana ia akan membantu kamu kekal cergas.
- Senyuman yang manis. Senyuman yang manis membuatkan wajah gadis itu lebih berseri. Senyum selalunya berjangkit dan tak pernah gagal menarik minat seorang lelaki. Jadi kalau kamu mahu dia memandang kamu buat kali kedua, berikan padanya senyuman termanis kamu. Tunjukkan padanya yang kamu pun tahu berseronok!
- Personaliti yang berkeyakinan. Sesetengah lelaki sukakan ciri-ciri tertentu pada wanita. Mereka mungkin tertarik dengan keyakinan kamu yang tinggi dan mahu mengenali kamu dengan lebih lanjut. Jadi buatkan dia meminta nombor telefon kamu dengan lebih berkeyakinan terhadap diri kamu.
- Sentiasa positif. Siapa yang mahu berteman dengan seseorang yang murung dan asyik muncung aja. Lelaki mahukan perempuan yang tabah, berkeyakinan dan sentiasa positif. Mereka perlukan seseorang yang mampu menyokong dan percayakan impian mereka. Seorang wanita yang sentiasa ceria dan bersemangat pasti merupakan impian setiap lelaki.
Lelaki dan Seks
Adakah lelaki mempunyai dorongan seks lebih tinggi berbanding wanita?
Lelaki mungkin lebih memikirkan mengenai seks berbanding wanita. Mereka mula berperasaan begini seawal umur 11 atau 12, apabila hormon seks mereka iaitu testosteron mula timbul. Tahap tinggi testosteron ini memberikan perubahan terhadap tubuh budak lelaki, menyediakan mereka ke arah lelaki yang lebih dewasa. Semakin tubuh mereka membesar dan berubah, mereka juga lebih agresif dan kemahuan seks mereka akan lebih memuncak.
Wanita pula mungkin merasakan yang keinginan untuk seks mereka meninggi semasa pertengahan kitaran mereka iaitu semasa mereka sedang ovulasi. Pada masa inilah, mereka suka dipeluk dan disentuh. Namun begitu, ia mungkin tidak seagresif lelaki yang cuba untuk menunjukkan kemahuan seksual. Lelaki mempunyai dorongan seks yang lebih memuncak kerana mereka mempunyai testosteron.
12 conteng-conteng:
zai.... zue mempunyai senyuman yg manis... muaahahaaa...!!!
ermm..nk senyum manis2 la lepas ni..
lelaki yg beriman plg penting .. :))
teringat lagu dari elite kot..manisnye senyumanmu..hehe
kena positif sokmo la ni.. hihihi..
balik nk tnya..apa y fain mahukan..pastu nak compare.. hehehehee
nak senyum selaluu..!
mmg la lelaki mahukan yg tercantek dan terbaik...so kena jd yg the best pasni..!
zue @ annaleeya: BILA KITA SENYUM...HILANGLAH SEGALA GUNDAH GULANA KAN...
sarah shafie: SENYUMAN MERUPAKAN SATU SEDEKAH....TAK MAHAL PUN KAN...
♥♥♥zakiah♥♥♥: LELAKI BERIMAN ADELAH LELAKI SEJATI...
❤ ~ * cik aidacomei * ~ ❤: BEST JUGAK LAGU TU KAN..
LYaFRINA: KEKADANG APE YANG ASBEN KITA MAHUKAN KITA TAK TAHU...TAPI TANG SENYUMAN TU MEMANG PENYEJUK JIWA
Fieza79: BETUL TU FIEZA...LELAKI AKAN BANGGA KLU WIFENYER CANTIK N SEDAP MATA MEMANDANG...HEHEHE
Catat Ulasan