Azan 24 Jam di seluruh dunia

28.7.10


Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan melaungkan azan, mengakui 'Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah, dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah.'

Dimulakan dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan kepulauan-nya dan jumlah penduduknya seramai 180 juta.
Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan Ke-Agungan Allah S.W.T Dan Nabi Muhammad S.A.W.

Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia. Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam.

Belumpun laungan Azan dimerata Indonesia selesai, ianya bermula pula di Malaysia.

Berikutnya di-Burma dan dalam masa satu jam selepas Azan dilaungkan di-Jakarta, tiba giliran Dacca di Bangladesh.

Berikutnya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar dibarat India.



Perbezaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa ini, Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan.

Belum berakhir di-Pakistan, Azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat.

Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka masa ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, YamanKuwait dan Iraq.

Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik.

Jarak masa Azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik adalah 9-1/2 jam.

Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia. Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.

Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam!

Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara (yang power habis!), akan bergegar satu dunia dengan laungan Azan tidak putus-putus.

10 conteng-conteng:

Lynn Nasir berkata...

salam,

pernah dengar dulu ustazah bercerita selagi azan berkumandang selagi itulah dajjal semakin terbenam ke bawah muka bumi. takleh nak keluar.

fndrocka berkata...

aku baru sedar tentang perkara ni..wau!!

mamalieyna berkata...

Subhanallah..memang Islam itu sungguh agung & menakjubkan!

jiHAN berkata...

bangganya jadi umat islam n sangat kagum dgn kekuasaan Allah buat tu semua.. amin!

Zaidah berkata...

Lynn Nasir: betapa besarnya kekuasaan Allah

Zaidah berkata...

fndrocka: alhamdulillah yang baik tu kita berkongsi bersama

Zaidah berkata...

mamalieyna : alhamdulillah kerana kita menjadik umatnya...

Zaidah berkata...

jiHAN: alhamdulillah..

ch@ berkata...

Subhanallah, mahasuciAllah.
Sungguh kita baru sedar perkara ni.

Tanpa Nama berkata...

top [url=http://www.c-online-casino.co.uk/]online casino[/url] check the latest [url=http://www.realcazinoz.com/]free casino games[/url] autonomous no consign bonus at the chief [url=http://www.baywatchcasino.com/]spare casino games
[/url].

 
Direkacipta Oleh Ibu ComeL