Bawa Sial

20.7.10

Dianggap bawa sial



JOHOR BAHRU: Umpama hidup di neraka. Begitulah derita seorang anak kecil dianggap sebagai ‘pembawa sial’ sehingga dilayan umpama hamba abdi oleh bapa saudara termasuk dirantai seperti anjing, didera dan dipaksa makan nasi berlauk cili padi serta serbuk kunyit hampir setiap hari.

SELAMAT...anggota polis menyelamatkan kanak-kanak menjadi mangsa dera  bapa saudara.

SELAMAT...anggota polis menyelamatkan kanak-kanak menjadi mangsa dera bapa saudara.

Lebih memilukan, akibat perbuatan zalim itu, kanak-kanak perempuan terbabit, S Thilagawati, 10, mengalami lebih lima kesan melecur di bahagian kiri dan kanan tangan, kesan tumbukan di muka, pergelangan tangan bengkak selain dipercayai mengalami keretakan tulang.

Penderitaan kanak-kanak perempuan itu bermula selepas ibu kandungnya melarikan diri bersama teman lelaki sejurus kematian bapanya mengakibatkan mangsa mendapatkan ihsan bapa saudaranya yang juga adik kandung ibunya.

Bagaimanapun, perbuatan kejam bapa saudara terbabit terbongkar pagi semalam apabila kanak-kanak itu membuka rantai berkenaan dan meminta bantuan keluarga jiran untuk menyelamatkan diri.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, bertindak berdasarkan maklumat orang ramai, beberapa anggota polis dari Balai Permas Jaya menjalankan pemeriksaan di sebuah rumah teres di Jalan Permas 1/11, Taman Permas Jaya, dekat sini, kira-kira jam 10.30 pagi semalam.

Beliau berkata, kanak-kanak berkenaan ditemui tidak bermaya di bahagian dapur dan hampir semua anggota badannya mempunyai kesan kecederaan lama dan baru. 
Menurutnya, polis menemui rantai dan mangga dipercayai digunakan bagi mengelakkan kanak-kanak itu melarikan diri, selain kunci serta salur paip plastik.

“Siasatan mendapati, kanak-kanak itu tidak diberi makan penjaganya. Ketika tindakan menyelamat mangsa dilakukan, kakinya tidak dirantai tapi terdapat kesan luka baru dan lama di tubuh mangsa,” katanya. 
“Polis masih menjalankan siasatan dan setakat ini, tiada tangkapan,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru, Mohd Faizal Abu Bakar berkata, kanak-kanak berkenaan dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah (HSA).

Menurutnya, doktor mengenal pasti kesan melecur di bahagian kiri serta kanan tangan dan pergelangan tangannya bengkak.

Beliau berkata, pemeriksaan X-Ray terhadap kanak-kanak itu mendapati dia mengalami keretakan tulang dipercayai akibat kesan penderaan terhadapnya.

Katanya, maklumat diperoleh kanak-kanak berkenaan tidak mengalami masalah mental dan dia pernah bersekolah di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Tun Aminah, sebelum ini.

“Ibu kanak-kanak berkenaan bekerja sebagai pembersihan mengunjunginya di wad kanak-kanak di HSA dan tidak menyangka anak ketiga daripada empat beradik itu mengalami nasib malang,” katanya.

30 conteng-conteng:

sarah shafie berkata...

kesian budak ni...

Hamizah berkata...

itulah nasib anak kalau ibu sendiri xbertanggungjawab

LiLy @ MumMyQiStInA berkata...

Smlm lily ada dgr berita ni..
Mmg kesian lah..
sampai hati lah bapa saudara nyer tu..
ishh..x de hati btul...

Ju@Lucky^Mummy berkata...

kesian nya..

budak yg x tahu apa di anggap sial.
x nak jaga tu cakap je la..

az rina a.k.a jaijina berkata...

geram betul ngan org yang suke dera budak2..isk, tak taulah nak cakap..

LyNn HaMzAh berkata...

kesian betul la tgk budak tu...dunia oh dunia...

mamalieyna berkata...

tu la ada gak tgk berita ni mlm td, sian kan...sanggupnya mendera!

Sidratul Muntaha berkata...

maknya gila jantan
ade ank takmo jaga.
benci aku.
camner boleh keje cleaner kat spital bru dpt thu.
nmpk sgt takmo jaga ank tu.

AngahSayang2314 berkata...

zaidah geram tul angah baca n3 nie zalim tul la diorang nie tak ada berperikemanusiaan langsung tau

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

oh kesiannya budak itu...

peaNut berkata...

tergamak uncle dia wat dia cmtu kan..kesian budak yg xtau apa2 ni..hurmmm


sesungguhnya,,penantian adalah satu penyeksaan..hurmm

Mama Hanim berkata...

jenis xde hati perut kot.. kesian budak tu..

Fieza79 berkata...

mmg takda ati perot larr...!

ch@ berkata...

hish kesiannyaaa...

Lynn Nasir berkata...

betapa bodohnya mak budak tu..nak terkejut konon..nampak sgt dia tak dtg jenguk langsung anak dia. nak layan nafsu ngan laki, anak jd mangsa. terabai, teraniaya!

Zaidah berkata...

sarah shafie: memang cian sarah...menjadik mangsa keadaan

Zaidah berkata...

Hamizah: tak guna ade ibu yang macam tu...

Zaidah berkata...

LiLy @ MumMyQiStInA : zai pun ade dengar kat tv...memang cian....sampai hatikan buat macam tu

Zaidah berkata...

Ju@Lucky^Mum: masih lagi percaya ngan benda sial2 nie kan...memang betul tak nak jaga cakap lah tak nak jaga janganlah di dera budak tu

Zaidah berkata...

az rina a.k.a jaijina : geram n sedih...

Zaidah berkata...

LyNn HaMzAh: dunia dah tak ade belas kasihan langsung...huhuhu

Zaidah berkata...

mamalieyna: apelah perasaan dia sanggup mendera macam tu..agaknyer sakit mental kot

Zaidah berkata...

Sidratul Muntaha: mak tak guna namanyer tu...tahu buat anak aje...tak tahu nak jaga..

Zaidah berkata...

AngahSayang2314 : kita jadikkan teladan n pengajaran jangan dera anak yer

Zaidah berkata...

Miss Mirror a.k.: memang cian kak

Zaidah berkata...

peaNut: uncle dia tu patut kena hukum gantung sampai mati...

Zaidah berkata...

Mama Hanim : dah lebih teruk daripada perangai setan

Zaidah berkata...

Fieza79 : bunuh aje orang macam tu

Zaidah berkata...

ch@ : memang cian cha...kanak2 yang tak berdosa menjadik mangsa

Zaidah berkata...

Lynn Nasir : mak dia tu patut kena sula..baru padan mukakan...

 
Direkacipta Oleh Ibu ComeL