Kopi Termahal di Dunia

19.7.10







Kopi Luwak



APA kaitan musang dengan kopi termahal dunia? Percaya atau tidak, haiwan inilah yang bertanggungjawab menjadikan harga Kopi Musang atau lebih dikenali Kopi Luwak mencecah RM2,298 (AS$600) hanya bagi 500 gram.

Malah, sebuah majalah kewangan antarabangsa, Forbes, menyatakan kopi ini dijual sehingga RM4,940 (AS$1,300) sekilogram yang layak menjadikannya kopi termahal di dunia.

Biji kopi ini adalah campuran yang dituai daripada sisa kumuhan musang di Indonesia dan mamalia ini diketahui tabiatnya hidup dengan menyelongkar biji kopi segar. Haiwan menyerupai kucing ini pemakan buah-buahan, serangga dan haiwan kecil lain untuk hidup. Ia juga makan biji kopi, malah musang menggemari biji kopi yang masak dan berwarna merah segar.

Keistimewaan kopi, ini seperti kata penggemarnya, menghasilkan rasa kelat seperti campuran tanah dengan koko. Malah, hanya kira-kira 453 kilogram Kopi Luwak asli dihasilkan setiap tahun berikutan prosesnya yang rumit serta nilainya yang sangat tinggi.
Keluarga Diraja dan golongan ternama dilaporkan menggemarinya, malah penggemar kopi sejati boleh mendapatkannya dengan harga RM114 (AS$30) secawan di hotel bertaraf lima bintang di Hong Kong. 

Namun hati-hati, kerana ada yang sekadar menumpang nama Kopi Luwak tetapi ia sebenarnya biji kopi tiruan. dan menurut pakar, kira-kira 40 peratus kopi yang terjual adalah tiruan. 

Hakikatnya, musang yang ditemui di Afrika dan Asia bertanggungjawab ‘menghasilkan’ kopi termahal ini dengan memakan biji kopi dan ketika proses penghadaman enzim haiwan ini bercampur dengan biji kopi sebelum ia dikeluarkan melalui proses kumuhan. Inilah rahsia yang menjadikan setiap bijinya mengeluarkan rasa kelat yang unik.

Di Asia Tenggara, musang ini lebih banyak menjadikan celah dedaun kebun kopi sebagai rumahnya. Namun, ada juga yang dipelihara khas untuk menjalankan tugasan penting sebagai pemilih kopi istimewa berkenaan. Ini disebabkan haiwan ini sememangnya agak cerewet kerana memilih hanya biji kopi yang terbaik dan masak. Enzim di dalam perut ketika proses penghadaman kemudian mengurai sebahagian daripada biji kopi berkenaan sebelum ia dikumuhkan.

Ketika inilah, gerombolan pekerja akan mengutip sisa kumuhan yang bersepah di kebun kopi sebelum mencuci dan memanggang biji kopi berkenaan yang menghasilkan minuman unik yang enak sehingga ke titisan yang terakhir. Begitupun, di celah keistimewaan dan keunikannya itu ada juga yang meragui kesahihan khasiat Kopi Luwak dan menganggap ia suatu yang pelik dan sekadar gimik untuk tujuan pemasaran. 

Namun bagi penggemarnya, Kopi Musang cukup dikenali kerana cukup matang, enak rasanya dan kurang pahit. Memandangkan rasa pahit kopi yang banyak membuat ramai orang tidak menggemari kopi, Kopi Luwak pula mengumpan semakin ramai orang untuk menikmatinya. 

Agak sukar untuk mencari sumber Kopi Musang yang tulen memandangkan caranya yang luar biasa untuk dihasilkan. Sebelum penternakan kopi musang popular, kebanyakan penternak akan keluar mencari kumuhan musang liar. Kini, penghasilan kopi ini lebih produktif sejak musang dibenarkan hidup bebas dalam kawasan tertentu menjadikan kumuhan musang lebih mudah dicari. 

Akibat populariti kopi yang luar biasa ini, bagaimana Kopi Luwak dibuat secara tidak langsung memberi manfaat kepada jumlah populasi musang kerana menggalakkan lebih banyak habitat untuk musang ini diwujudkan di sekitar kebun kopi berkenaan.





biji kopi yang berada di dalam najis luwak (musang)






18 conteng-conteng:

ch@ berkata...

mahal gile, baik beli emas :D hahaha...

Lynn Nasir berkata...

walo sedap mana pun kopi yg mahal tu..tetap dr najis asalnya..hehe!

Mamamya berkata...

uikks...ah ler t'hasil dr sistem p'kumahan si musang..pastu harganya..ya! ampun...mahal bangetttt...klu org yg dh t'lebih2 duit or dah x tau nak guna utk apa duit yg ada blh la beli yerk....klu lieya lah...mmg x der la nak bazirkan duit beli kopi mahai cenggini.... :)

Zaidah berkata...

ch@ : klu beli emas bleh simpan....klu beli kopi nie...abis diminum...

Zaidah berkata...

Lynn Nasir: heeeeeeee geli nak mnum..rasa macam minum najislah plak...

Zaidah berkata...

Mamamya: baik kita simpan aje duitnyer...dah lah mahal pastu campur ngan najis lagi...

Asma berkata...

bukan najis x boleh makan ke??? ntahla..kena tanya alim ulama ni..wallahualam..

kopi tetap kopi...wt pela nk mbazir..=)

kopi muar tetap poojaan ati...

LiLy @ MumMyQiStInA berkata...

baru lily dpt baca n3 Zai ni..
Napa sblm ni lily masuk..kosong jer..
komp lily kut kan yg bermskh nih..huhu..

Ishhh...mahalnyer kopi tu..camne lah sedapnyer tu yer..
Tp sedap2 pon dr najis plak..hiks..
;)

Zaidah berkata...

Asma: aritu tengok kat majalah3 tentang kopi ade satu tempat kat kluang kopi sedap...kl u tak silap kat kg chamek...

Zaidah berkata...

LiLy @ MumMyQiStInA: tak tahulah tapi zai rasa sebab background kat sbox zai tu yang problem tu yang zai dah remove n then baru lah diorang n lily bleh tengok..hehehe...mintak maaf atas kesulitan

najis walau macam manapun still najis..

sweetsal berkata...

geli pulak nk minum kopi...hehe

Ummi berkata...

Halal ke???boleh ka kita minum cam tak boleh ja...kan kopi tu dr najis musang..tu pun ada gak org teringin nak minum no...

Zaidah berkata...

sweetsal: klu geli jangan minum tau...

Zaidah berkata...

Ummi : memang najis ummi...tak sanggup zai nak minum...

Ju@Lucky^Mummy berkata...

erk... tak kan minum kalo camtu..

rasa geli la tekak nih..

huuuu

AngahSayang2314 berkata...

alamak angah tak minum kopi la hehehe

Mama Hanim berkata...

mahalnya.. membazir tu, geli plak tu nk minum..huhu..

Zaidah berkata...

Ju@Lucky^Mummy : orang yang suka minum minuman eksotik memang suka benda yang pelik2 nie...



AngahSayang2314 :selamat angah...


Mama Hanim: klu orang yang suka tu...tak kira mahal yang penting dapat minum...

 
Direkacipta Oleh Ibu ComeL