Diterajang tegur gantung seluar dalam

14.7.10

KUALA LUMPUR: Hanya kerana menegur jiran menggantungkan seluar dalam di pagar rumahnya, mangsa dipukul dan diterajang selain dua kereta dan tingkap kediamannya dipecahkan.


BUKTI...Teh (kiri) menunjukkan gambar keretanya yang dirosakkan.
BUKTI...Teh (kiri) menunjukkan gambar keretanya yang dirosakkan.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang Ahad lalu, mangsa dipukul menggunakan buluh oleh sekumpulan tiga lelaki termasuk jirannya sebaik tiba di rumahnya di Sri Kembangan di sini, menyebabkan dia cedera di muka dan badan.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Teh, 30, berkata dia yang baru pulang dari kerja dengan menaiki Toyota Avanza terkejut selepas seorang lelaki tiba-tiba merampas kunci keretanya sebelum melepaskan tumbukan di pipi, mata dan bibir.

“Saya tidak mampu berbuat apa-apa ketika itu selain meraung meminta tolong, namun tiada siapa yang datang membantu. Saya meluru masuk semula ke dalam kereta, tetapi mereka memecahkan tingkap kereta dan memukul badan saya dengan buluh.

“Isteri yang mendengar jeritan saya keluar dari rumah untuk menyelamatkan saya, namun dihalang. Dalam kesakitan, saya lari masuk ke dalam rumah, tetapi mereka memecahkan tingkap rumah serta tingkap sebuah lagi kereta milik isteri saya,” katanya.

Teh berkata, sebelum itu, lelaki terbabit turut menjerit memaksanya keluar dan mengugut untuk membunuhnya.

Difahamkan, mangsa bukan sahaja ditumbuk dan dipukul, malah mengalami kerugian lebih RM5,000 kerana kedua-dua keretanya dirosakkan selain tingkap rumahnya dipecahkan jirannya itu.

“Selepas saya mendiamkan diri dalam rumah, jiran saya beredar.

“Selama ini, saya hanya mendiamkan diri sejak setahun lalu setiap kali jiran saya menggantungkan pakaian dalam di tembok rumah saya. Namun, sikap kurang manis itu menyebabkan saya tidak tahan dan menegur perbuatannya itu kira-kira dua minggu lalu.

“Saya meminta mereka mengangkat pakaian dalam itu dan menggantungnya di rumah sendiri, tetapi teguran saya tidak diendahkan,” katanya pada sidang media di Biro Pengaduan Awam MCA di sini, semalam.

Difahamkan, mangsa sebelum ini sudah dinasihati jiran lain supaya tidak menegur sikap lelaki itu kerana dikenali sebagai panas baran.
Mangsa membuat laporan di Balai Polis Seri Kembangan, di sini.

Berikutan itu, tiga lelaki termasuk jirannya berusia 30-an ditahan bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong, berkata tindakan menggunakan kekerasan adalah salah di sisi undang-undang dan tidak wajar kerana kehidupan berjiran perlu saling bantu-membantu.

14 conteng-conteng:

@e_da berkata...

uishhh bahaya org panas baran kan.. dah mmg salah sendiri nak mengamuk lak kan..

HALAMANKU berkata...

huh x sopan langsung jmr bju dlm kat pgr umh org.. panas baran ni amalan syaitan... huh akhirnye ditangkap.. jauhkan dari sikap x bermoral tu..

Zaidah berkata...

@e_da : banyak setan dalam badan tu

Zaidah berkata...

HALAMANKU: ikutkan setan memang macam tu...

mamaarifakeemaisy berkata...

gilerr dpt jiran cenggini eh..haru betulll!

matahati-aishahazhar berkata...

tegur pun tak boleh ye sekarang ni.. susah nak lentur dah.. dah jadi buluh..

Unknown berkata...

zaman skrg ni mmg xleh tegur sembarangan, silap tegur inilah jadinyer..huhu

hya mampu jaga keluarga sndiri ajalah..

ita cutevirus berkata...

sebab tu la jiran skang ni tak suke "jaga tepi kain" orang laen... takut jadi camni la...
da takde budi bahasa da...

Zaidah berkata...

mamalieyna: mcm mana nak kata hidup berjiran..klu dah macam nie jadiknyer

Zaidah berkata...

rATu kEBaYA: dah jadik buluh...kita patahkan aje buat pelita raya...hahaha

Zaidah berkata...

~Siti Hajar~: betullah...lantaklah diorang nak kata ape...kang tersalah cakap kena bunuh plak...takutttttt

Zaidah berkata...

ita cutevirus : betul tu...so jangan salah jiran klu nak mintak tolong jiran tak mahu tolong...takut kes macam nielah...

Umialya berkata...

kalu suar dlm dok trgntg kt pagar umah, ish, sakit mata mndg..

Ain berkata...

ada jugak rupanya jiran jenis camni....

hormat la tetangga sikit kan, ada ke patot jemur spentot kat pagar rumah....

huhuhu.....

 
Direkacipta Oleh Ibu ComeL