HUKUM MENDOAKAN KEBAIKAN KE ATAS MAYAT BUKAN MUSLIM

6.7.10

Baru hari nie aku berkesempatan untuk mencarik tentang  HUKUM KITA MENDOAKAN ATAS MAYAT BUKAN MUSLIM...contohnyer kita mendoakan kepada mayat yang memang kita tahu bukan muslim seperti "semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnyer.." ataupun kita sebutkan al-fatihah dan sebagainyer dengan tujuan memberikan kebaikan kepada simati adelah TIDAK BOLEH iaitu HARAM.... oleh itu kekawan rakan blogger...kita hanya boleh melahirkan rasa simpati sebagai rakan setugas atau rakan karib tetapi jangan sampai mendoakan kepada simati yang kafir...kononnyer menunjukkan rasa empaty kita terhadap segala jasa n pengorbanan sepanjang hayatnyer yang memang seorang yang baik n berhati mulia...untuk maklumat lanjut bacalah kupasan di bawah nie...




Kemurtadan atau kekafiran seseorang juga melibatkan hukum penyelenggaraan jenazah yang wajib ditegakkan. Mayat orang murtad atau kafir diharamkan penyelenggaraannya seperti mayat orang Islam. Mayat mereka tidak akan dimandikan, dikafankan, disolatkan, didoakan atau penyelenggaran lain yang khusus untuk orang-orang beriman sahaja. Firman Allah Jalla wa ‘Ala (Surah Al-Taubah; ayat 84) yang bermaksud, “Dan janganlah kamu sekali-kali menunaikan solat (jenazah) ke atas seorang yang mati di kalangan mereka dan janganlah kamu berdiri (mendoakan) di kuburnya. Sesungguhnya mereka telah kafir kepada Allah dan Rasul-Nya, dan mereka mati dalam keadaan fasiq”. Berdasarkan riwayat Abdullah bin Umar r.a. bahawa ayat ini diturunkan oleh Allah Azza wa Jalla ekoran peristiwa kematian Abdullah bin Ubay bin Salul (ketua munafiq) dan jenazahnya disolatkan oleh Nabi SAW walaupun tidak dipersetujui oleh Umar Al-Khattab r.a. (Lihat Fathul Bari, Ibnu Hajar Al-Asqalani, 8/270). Turunnya ayat ini menunjukkan pendapat Umar Al-Khattab r.a adalah benar. Semenjak turunnya ayat tersebut Nabi SAW dan orang-orang yang beriman tidak lagi dibenarkan menunaikan solat jenazah ke atas orang kafir dan orang munafiq (yang diketahui tanda kekafirannya).

Imam Bukhari dan Imam Muslim juga meriwayatkan peristiwa kematian Abu Talib, bapa saudara Nabi SAW yang turut mendapat teguran Allah SWT kerana cubaan baginda Nabi SAW untuk mendoakan keampunan bagi Abu Talib. Di antara dalil haramnya mendoakan golongan kafir ialah Firman Allah Ta’ala yang bermaksud, “Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang beriman meminta ampun bagi orang-orang musyrik” (Surah Al-Taubah: ayat 113).

Malah, mayat golongan kafir adalah haram dikebumikan di tanah perkuburan orang-orang Islam, begitu juga sebaliknya. Di antara ulama’ Islam zaman ini yang berfatwa sedemikian ialah Syeikh Ali Jum’ah (Mufti Mesir) dalam fatwa beliau iaitu Fatawa Asriyyah : Al-Kalimut-Tayyib.

Begitu juga pandangan Imam An-Nawawi (Al-Majmu’, 5/144, 258) yang mengatakan bahawa solat (jenazah) ke atas orang kafir dan mendoakan keampunan untuknya adalah haram dengan nas Al-Quran dan Ijma’.

Manakala Syeikh Nasiruddin Al-Albani menyatakan bahawa haram menunaikan solat jenazah, memohon ampun dan memohon rahmat ke atas mayat golongan kafir dan munafiq. (Lihat Ahkamul Jana’iz wa Bida’uha, Muhammad Nasiruddin Al-Albani, Maktabah Al-Ma’arif, Al-Riyadh, 120). Mayat mereka wajib dikebumikan di kawasan berasingan atau di tanah perkuburan orang-orang bukan Islam yang selayaknya untuk mereka!

Pada masa yang sama, bagi mayat golongan munafiq yang tidak diketahui akan sifat nifaqnya itu, maka hendaklah dihukum pada zahir. Lantaran itu, mayatnya akan diuruskan sebagaimana mayat orang Islam yang lain. Tetapi jika, diketahui akan sifat nifaqnya itu, maka haram diuruskan sebagaimana mayat orang Islam. Saidina Umar r.a. tidak menunaikan solat jenazah ke atas mayat yang tidak disolatkan oleh Huzaifah Al-Yamani kerana beliau (Huzaifah) mengenali orang munafiq dalam Peperangan Tabuk. (Syarah Al-Tohawiyah fi Al-‘Aqidah Al-Salafiyyah, Ibnu Abi Al-‘Izz Al-Hanafi, Tahqiq Ahmad Muhammad Syakir, Maktabah Al-Riyadh Al-Hadithah, 325). Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani menyebut di dalam Fathul Bari (8/119) bahawa jumlah orang munafiq yang diketahui dalam peristiwa Perang Tabuk adalah seramai 80 orang.

Saya mempunyai pengetahuan tentang seorang mualaf yang murtad telah ditanam di tanah perkuburan orang Islam hanya semata-mata kerana kad pengenalannya tertulis perkataan Islam padanya. Sedangkan kebanyakan penduduk kampung tersebut sangat mengetahui kehidupannya yang kufur tersebut.  Saya terasa sangat sedih kerana orang Islam atau pihak berkuasa agama Islam tertentu hanya “sibuk” ketika mualaf itu meninggal dunia tetapi hal ehwalnya diabaikan ketika dia masih hidup! Lantaran itulah, kita dapat membaca di dada-dada akhbar, berita perebutan mayat antara pihak berkuasa agama dan keluarga mayat. Lebih memalukan, mayat digali dan dikorek semula semata-mata untuk ditanam di tanah perkuburan Islam. Umat Islam atau pihak berkuasa agama mula dipandang sinis sebagai pihak yang suka berebut mayat dan lebih dahsyat daripada itu digelar sebagai pengorek mayat!. Wahai Umat Islam, di manakah kamu berada ketika mualaf tersebut masih hidup tetapi menyembah berhala?

2 conteng-conteng:

Hamizah berkata...

entah apa nak jadi..dunia oh dunia..

Zaidah berkata...

Hamizah : itu maksudnyer diaorang nie tak tahu,....main hentam aje...konon macam bagus...

 
Direkacipta Oleh Ibu ComeL