KUALA LUMPUR - "Saya bukan saja tertekan tapi rasa diperbodoh dan dipermainkan!"
Demikian dakwa ahli perniagaan, Datuk Azlina Che Abdullah mengenai tindakan bekas rakan kongsinya, pelakon dan penerbit, Sheila Rusly yang memburukkannya di akhbar kononnya telah ditipu tetapi masih memakai rantai Chopard dan cincin pemberiannya.
"Paling menyedihkan apabila ibu saya jatuh sakit kerana pertanyaan orang yang menggambarkan saya seolah-olah menipu dan mengaut keuntungan seperti mana didakwa," kata Azlina tenang semasa perbicaraan kes saman Sheila terhadapnya di Mahkamah Tinggi di sini semalam.
Azlina selaku defendan juga membuat laporan polis gara-gara menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada pihak tidak dikenali supaya menutup restoran milik suaminya, Datuk Stapa Omar yang baru dibuka.
Malah, defendan mengakui hubungan dengan suami menjadi kurang baik kerana kerap ditegur berikutan masa, tenaga dan wang ringgit banyak dicurahkan ke atas Nasi Dagang House sehingga urusan rumah tangga dan perniagaan lain terabai.
Sheila, 39, sebagai plaintif menyaman Azlina, 43, pada 16 Disember 2005 atas dakwaan mungkir perjanjian lisan berhubung perniagaan restoran Nasi Dagang House dan menuntut ganti rugi yang tidak dinyatakan jumlahnya, modal RM55,000 dikembalikan dan perjanjian perkongsian lisan itu dibatalkan.
Terdahulu, Azlina yang menjawab soalan peguamnya, Azahir Nasir berkata, dia mengenali Sheila melalui bekas pekerja dan kemudian melantiknya sebagai duta syarikat D'Navechee selama setahun.
Bagaimanapun, setelah restoran beroperasi selama sebulan sejak Julai 2005, Sheila didakwa tidak berpuas hati dengan draf perjanjian perkongsian restoran mereka dan mahukan ia dibahagikan secara sama rata.
15 conteng-conteng:
macam-macam
skrg ni xtau la nk percaya kat artis ke x..mcm2 hal...
satu kata lain.. lagi satu kata lain lak.. entahlah tak tau nak percaya ke tak..
ssh juga bila byk duit ye..
HMMMMM macam2
kesian kpd keduanya kerana bergaduh...moga cepat2 dpt dipulihkan... Akak paling takut bergaduh...takut hidup dah tak aman lagi sbb M'sia ni kecik je...gitu gini terjumpa balik.
aiii tak tau mana satu niii. tunggu khabar je la. tapi rasanya mcm tak setel².
Fay Nana (Cik Fana): huhuhuh
aliesha kirana : kita pun tak tahu sape yang benar tengok ajelah...
rATu kEBaYA: kita tak tahu sape yang betul...
Hamizah: tak ade duit pun susah jugakkan...
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ tinieƸ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙: dah adat namanyer manusia...
Miss Mirror a.k.a Sam : betul tu kak....dirang gaduh memang kaw2 nyer...cepatlah berbaik semula..
ch@ : memang blum settle lagi tu... huhuhu
Catat Ulasan