Saintis Haiwan

24.7.10


Adalah seorang saintis muda yang baru lulus daripada universiti. Disebabkan beliau teramatlah sukakan binatang, maka banyak kajian yang beliau buat adalah tentang binatang. Satu hari, beliau teramat takjub dengan kebolehan katak membuat lompatan. Sayugia, beliau pun mengkaji kehebatan katak melompat. Beliau mengambil seekor katak dan menyukat sejauh mana lompatan katak tersebut.



gambar en google

"Hey katak, lompat kehadapan",jerit saintis tersebut. Lalu katak pun melompat. Setelah itu, beliau menyukat jarak lompatan katak tersebut.



gambar en google

Sambil mencatat dalam buku beliau, "Well done. Katak dengan 4 kaki, jarak lompatan 2 meter"
Setelah itu beliau memotong salah satu kaki katak tersebut dan meletakkan semula tempat beliau membuat ujian.   
"Hey katak, lompat kehadapan",jerit saintis tersebut. Lalu katak pun melompat lagi. Setelah itu, beliau menyukat jarak lompatan katak tersebut.
"Hem.... bagus. Katak dengan 3 kaki, jarak lompatan 1.5 meter"
Setelah itu beliau memotong lagi salah satu kaki katak tersebut dan meletakkan semula tempat beliau membuat ujian.   
"Hey katak, lompat kehadapan",jerit saintis tersebut. Lalu katak pun melompat dengan 2 kaki sahaja. Setelah itu, beliau menyukat jarak lompatan katak tersebut.
"Hem.... great. Katak dengan 2 kaki, jarak lompatan 1 meter".
Setelah itu beliau memotong lagi kaki katak tersebut dan meletakkan semula tempat beliau membuat ujian.   
"Hey katak, lompat kehadapan",jerit saintis tersebut. Lalu katak pun melompat dengan 1 kaki. Setelah itu, beliau menyukat jarak lompatan katak tersebut.
"Hem.... good. Katak dengan 1 kaki, jarak lompatan 0.5 meter".
Setelah itu beliau mengambil katak tersebut dan memotong kaki katak yang penghabisan dan meletakkan ditempat ujian.
"Hey katak, lompat kehadapan". Tapi kali ini tidak ada tindak balas daripada katak tersebut. Beliau pun meninggikan suara dan mengarahkan katak tersebut untuk melompat. Tapi hasilnya tetap sama. Tidak ada tindak balas daripada katak tersebut.
Lalu beliau pun mengambil nota dan menulis
KATAK TANPA KAKI RUPA-RUPA NYA PEKAK!!!!

11 conteng-conteng:

LiLy @ MaMaQiStInA berkata...

hahaha..Takde kaki camne lah nk lompt yer..terlebih ilmu saintis dh tu.. :)

Un Phat Lee berkata...

haha.memang nice. XD

Mama Zharfan berkata...

kesian katak tu...
salam ziarah dari Nottingham UK

Lynn Nasir berkata...

ni saintis gilo namonyo..ceh..buek malu kaum yo..ahaha! ^^

Zaidah berkata...

LiLy @ MumMyQiStInA: tulah ..saintis tu dah tak tahu gunakani lmu yang ade...hehehe

Zaidah berkata...

Un Phat Lee: terima kasih

Zaidah berkata...

mama zharfan: katak tak berdosa jadik mangsa...salam dari bumi malaysia

Zaidah berkata...

Lynn Nasir: saintis tak betul....

Fieza79 berkata...

geli je asal sbot psl katak ni..heeee..geliii...!

Zaidah berkata...

Fieza79 : geli ngan katak rupanyer...

ch@ berkata...

kesian katak. dah la tak berkaki, dikata pekak pula ;)

 
Direkacipta Oleh Ibu ComeL