Kamu akan kehilangan darah yang sedikit semasa period. Ia biasanya antara 2 sudu kecil hinggalah 5 sudu besar darah. Kadang-kadang ia mungkin nampak banyak terutamanya bila kamu nampak kesan darah yang besar pada tampon atau tuala wanita. Jangan risau. Ia memerlukan lebih daripada kehilangan 5 sudu besar darah untuk kamu mendapat simptom yang bakal memerlukan pemeriksaan doktor.
Jangan Panik Bila
- Terdapat banyak tompokan darah pada tampon atau tuala wanita kamu. Setitik kecil darah akan diserap oleh tampon atau pad kamu yang diperbuat daripada kapas. Apabila ia terjadi, tompokan kecil pun boleh nampak banyak. Jangan kelur kerana tuala wanita atau tampon yang telah penuh diserap perlu ditukar setiap 3 jam. Aliran period kamu akan meningkat dalam tempoh dua hari pertama. Jadi, aliran pasti akan berkurang pada hari ke-4 atau ke-5.
- Terdapat darah berketul pada darah period. Ketulan itu sebenarnya merupakan lapisan uterus yang digugurkan semasa period. Ia mungkin kelihatan seperti gumpalan darah kerana ia dilitupi oleh darah. Jika kamu lihat dengan dekat, ia sebenarnya tisu yang bertekstur seperti lapisan getah nipis.
Kehilangan Darah Sebenar
- Kamu mempunyai aliran period melampau untuk lebih dari 3-4 hari. Tampon dan tuala wanita kamu penuh terserap setiap jam dan perlu kerap ditukar. Jika ia berkekalan untuk 3 hari atau lebih, lekaslah berjumpa doktor. Jika kamu kelihatan pucat atau mula rasa nak pengsan, tak perlu tunggu sehingga 3 hari. Jumpalah doktor kamu secepat yang mungkin.
- Darah yang mungkin bukan period. Periksa tempat pendarahan lain. Masalah dengan pundi kencing dan pembuangan air besar mungkin merupakan penyebabnya. Doktor kamu mungkin boleh memeriksa dengan melakukan ujia memeriksa darah ke atas air kencing dan najis kamu.
Anemia Kekurangan Zat Besi dan Kitaran Haid
Selain daripada kehilangan sejumlah kecil darah semasa period, ada juga perkara lain yang mungkin kamu hilang pada masa ini. Ia merupakan satu unsur dipanggil ZAT BESI. Apabila darah dipecahkan oleh tubuh kamu, zat besi yang terdapat dalam darah kamu akan dikitar semula. Sebab itu, apabila kamu kehilangan darah, kamu juga akan akan kehilangan zat besi. Zat besi penting untuk memastikan darah kamu berwarna merah serta mengekalkan fungsi lain dalam tubuh kamu. Dengan tahap zat besi yang bagus dalam darah, kapasiti darah kamu untuk membawa oksigen dan nutrien lain ke bahagian lain dalam tubuh kamu berada dalam keadaan yang bagus. Kekurangan zat besi disebabkan oleh diet yang tidak sempurna, kehamilan dan kitaran haid yang banyak akan menyebabkan Anemia Kekurangan Zat Besi.
Fakta Ringkas mengenai Zat Besi dan Period Kamu
- Kamu kehilangan 15-20 mg zat besi semasa period bulanan kamu.
- Wanita hamil dan ibu yang menyusukan anak memerlukan lebih banyak zat besi setiap hari
- Makanan yang kaya dengan zat besi termasuklah daging merah, epal, pisang, terung dan sayur-sayuran berdaun
- Semasa kamu period, kamu mungkin memerlukan diet tambahan yang kaya dengan zat besi serta tablet zat besi. Ini mungkin berlaku terutamanya apabila kamu tidak memakan daging merah.
4 conteng-conteng:
Eh..zai cat 'umah' lg yer..hehe..cantik.. ;)
Lily klu period..selalu lbh dr seminggu..pernah tu sampai 12hari..X pernah p cek lg..
LiLy @ MumMyQiStInA: zai biasanyer klu period seminggu dah habis dah...tapi klu bulan pose mesti ade ekor2..
Zai.. dah lama x jenguk tgk2 rumah baru dah.. very nice!
ain punya normal jer...
kena makan banyak epal, pisang dan daging waktu period ni erk....
Catat Ulasan