AYAM RAMADHAN SEMAKIN MAHAL

12.8.10

KUALA LUMPUR - Kenaikan harga ayam pada minggu pertama bulan Ramadan berlaku lagi dengan para pembeli di beberapa negeri terpaksa membayar sehingga RM7.50 atau 70 sen melebihi harga biasa bagi setiap kilogram sejak kelmarin.
Senario itu dikatakan gambaran awal bahawa harga ayam boleh mencecah RM10 sekilogram menjelang Syawal selepas harganya kini ditentukan oleh pasaran dan bukan lagi sebagai barangan kawalan sejak 15 Julai lalu.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata, keputusan itu diambil memandangkan bekalan ayam semakin stabil.
Bagaimanapun, kesannya kini ramai penjual mendakwa tersepit di antara harga pemborong yang lebih tinggi serta menjadi sasaran kemarahan pelanggan.
Dalam tinjauan Kosmo! di Kuala Terengganu semalam, ayam dijual RM7.50 sekilogram berbanding RM6.90 iaitu kenaikan sebanyak 50 sen.
Peniaga ayam di Pasar Bukit Besar yang dikenali sebagai Pok berkata, kenaikan itu terpaksa dibuat memandangkan mereka membeli pada harga semakin tinggi daripada pemborong.
"Ada dua pemborong ayam yang aktif di Kuala Terengganu dan hampir kesemua peniaga mendapatkan bekalan daripada mereka," katanya.
Di Pulau Pinang, tinjauan di Pasar Bayan Baru pula mendapati ayam dijual di antara RM6.90 hingga RM7.20 sekilogram berbanding RM6.50 sebelum ini.
Keadaan sama juga berlaku di Pasar Awam Tun Sardon apabila pengguna terpaksa membayar lebih 70 sen kerana harga ayam dijual mencecah RM7.20 sekilogram berbanding RM6.50 sebelumnya.



16 conteng-conteng:

Hamizah berkata...

brg kat tganu mmg paling mahal kat msia..apasal?

matahati-aishahazhar berkata...

amboi.. mahalnya.. makan bubur jelah.. letak bawang goreng..

mamaarifakeemaisy berkata...

mahainye..rugi tak beli ayam byk2 sblm bln posa =P..

camno tu ye, takkan nak makan ikan je hari2..ikan pun mahai gak..huhu..

LiLy @ MaMaQiStInA berkata...

Bln2 beginilah diorg amik kesempatan naikkan harga ayam..Nk mkn ikan..ikan pon mahal gak kan..

AngahSayang2314 berkata...

salam ramadhan

ermm nampak gayanyer syawal nie makan sayur jer la....

Fieza79 berkata...

mahainya..ishh nk jimat cm na mcm ni nya gaya...mkn ikan dh la..huhu

Lynn Nasir berkata...

mkn ikan je la gamaknya..

Zaidah berkata...

Hamizah: tak tahulah..bukannyer barang kat johor mahal jugak...

Zaidah berkata...

rATu kEBaYA: makan bubur sesekali sedap jugak

Zaidah berkata...

mamalieyna: ikan pun mahal...lepas nie vegetarian lah kta...makan sayur aje

Zaidah berkata...

LiLy @ MumMyQiStInA : dengarnyer bawang putih pun naik harga

Zaidah berkata...

AngahSayang2314 : makan sayur n sambal pun sedap...

Zaidah berkata...

Fieza79: tapi nabil suka ayam...ikan tak nak...huhuhu

Zaidah berkata...

Lynn Nasir : makan ikan lagi baguskan...

Min Hamzah berkata...

barang2 basah semuanya mahal2 lebih2 bulan pose ni...selasa lepas pi pasar malam nak beli brg basah maklum le esok kan pose...mmg x segar langsung ikannya..ayam lagilah...dah le sejuk pastukan pucat je...entah knape kan???...pose ni kalu leh nak ikan yg segar2 wak buka n sahur kan?????

Zaidah berkata...

Min Hamzah: takut peniaga mengambil kesempatan

 
Direkacipta Oleh Ibu ComeL