Gadis 12 Tahun Dicekup Berzina

23.8.10



KULIM: Usianya baru menjengah 12 tahun, namun gelora nafsu seorang gadis sunti yang juga murid tahun enam, tidak dapat membendungnya daripada melakukan maksiat. Lebih mengejutkan, ketika umat Islam menahan lapar dan dahaga kerana menunaikan ibadah puasa, murid sebuah sekolah rendah di Kuala Ketil, dekat sini, bertindak di luar dugaan apabila berkhalwat bersama dua lelaki sekali gus pada siang hari. 

Malah, ketika operasi mencegah maksiat dilakukan, remaja terbabit didapati sedang melakukan hubungan seks dengan seorang daripada lelaki berkenaan dalam sebuah rumah di Taman Desa Aman, Karangan, dekat sini. 

Dalam operasi dijalankan Penguat kuasa Pejabat Agama Islam Daerah Kulim Kedah (PADK) kira-kira jam 11 pagi Khamis lalu, murid perempuan berkenaan didapati sedang bersetubuh dengan lelaki terbabit, manakala seorang lelaki lagi turut berada dalam rumah itu. 

Ketua Unit Penguat kuasa PADK, Azmi Rejab berkata, pihaknya menerima aduan orang awam mengenai perbuatan terkutuk remaja terbabit pada jam 10.35 pagi sebelum pegawai PADK, diketuai Sheikh Radzi Abdul Mutalib bersama tujuh anggota, membuat pemeriksaan di rumah berkenaan kira-kira jam 11 pagi. 

Katanya, melalui intipan sebelum melakukan serbuan, pihaknya mendapati remaja perempuan itu bersama seorang lelaki berusia 23 tahun dalam sebuah bilik, manakala seorang lagi lelaki turut berada dalam rumah sama. 



“Gadis sunti itu baru mengenali lelaki berusia 23 tahun terbabit sebelum mereka melakukan hubungan seks,” katanya. 

Azmi berkata, seorang lagi lelaki berusia 20 tahun menjemput remaja berkenaan di Kuala Ketil sebelum membawanya ke rumah sewa lelaki itu di sini. 



Berdasarkan siasatan, lelaki berusia 20 tahun itu turut mengaku tidur bersama remaja perempuan terbabit pada malam sebelum itu. 

“Mereka mengakui tidak mempunyai hubungan mahram dan ketiga-tiganya ditahan sebelum dibawa ke Balai Polis Kulim untuk diambil keterangan,” katanya. 

Menurutnya, gadis berkenaan dihantar ke Hospital Kulim untuk pemeriksaan lanjut manakala kedua-dua lelaki terbabit ditahan di lokap Balai Polis Kulim. 

Difahamkan, polis mengklasifikasikan kes sebagai rogol kerana membabitkan remaja perempuan bawah umur dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. 

Dalam perkembangan sama, Azmi berkata sedikit kekecohan berlaku apabila ibu gadis terbabit dipanggil ke pejabat PADK berikutan ketidakpuasan hati wanita berkenaan terhadap tindakan anaknya dan pasangan. 

“Ibu remaja itu memukul kepala, muka serta badan lelaki yang ditahan menggunakan kasut kerana tidak puas hati selepas anaknya didapati bersekedudukan, namun kekecohan berjaya dileraikan pegawai bertugas,” katanya.

24 conteng-conteng:

atty's berkata...

salam ..ya allah ..12 thn ..dah buat perangai

::Mamalyna:: berkata...

baru 12 tahun! alahaiii...apeler nak jadik ngan dunia kita sekarang nie...

Ain berkata...

sedihnya dengan gejala nie....

semakin berleluasa sekarang nie kan....

huhuhu......

idah @mama izzya berkata...

kecik2 dah pandaikan..
hape nak jadi bila bsr nnt..

Min Hamzah berkata...

takutnya saya....nauzubillah...mintak2 dijauhi benda2 macam nie terjadi kpd anak2 kita, adik-beradik kita, anak2 kawan kita, anak2 saudara mara kita...adakah ini tanda2 akhir zaman...

LYaFRINA berkata...

uishhhh..
lya msa umur 12 thn xreti mde2 tu sume... ingt main j... mmg btl2 budak2..

skrang budk2 dh tlalu advance akibat byk sgt pdedahan pelbagai iklan, filem & cerita & mcm2 lagi..

♥Leily|Ummi Alya Husna♥ berkata...

macam² la ngan dunia skrg..
umo 12 thn dh pandai, ..
agaknya akhir baligh awal tu..
kawen2 la cepat, tp nyusah mak pak plak nnti.. tataw jaga anak lak, huhuhu.. =((

az rina a.k.a jaijina berkata...

masya allah, hak ni lagi kronik..12 tahun dah terjebak ngan seks, ngan 2 org laki lak tu, nauzubillah..mintak² lah dijauhkan dari terkena diri sendiri..

tp macam tak adil plak, sbb bawah umo so di klasifikasikan kes rogol..dah sah² lah budak tu terlepas padahal suke same suke kan..

mamalieyna berkata...

Masyaallah...tak terkata! kelu..huhu..sedihnye..

zurazari berkata...

astaghfirullah....
mengucap jang sy membacer nyer...

ya ALLAH, lindungi la zuriat ku dan zuriat kawan2 ku dari dugaan duniawi ini...

Tanpa Nama berkata...

Inilah contoh Melayu yang menjahamkan Melayu. Tak kira besar atau kecik asal dapat peluang, kenduri. Tak pikir masa depan budak tu. Memang wujud segelintir lelaki melayu kerjanya merosakkan gadis2 melayu. Dah boring, tinggal. Bagaikan labu dikorek tikus, perempuan yang rosak terus hanyut ataupun masuk pusat pemulihan akhlak.

Budak2 apa tau, jenis yang galak/ingin tahu pasti terjerat dengan permainan lelaki seperti ini. Ibu bapa harus memberi perhatian jika ada anak seperti ini.
Tak apa jika dikata manjakan anak pergi sekolah berhantar, balik berjemput. Tambahan pula anak2 yg kategori comel dan menggatal, baru sekolah rendah dah berhias macam orang dewasa.

.:fyzz:. berkata...

baru 12 thn..hmm takut dengar cerita skang nih..kes rogol..zina..dunia akhir zaman .Nauzubillah

Naimatul Hafizah Nor Rodin berkata...

12 tahun dah pandai buat mcm tu....ini kes tersiar...kes tak tersiar mungkin byk lagi. nau`zubillah. minta dijauhkan dr anak2 kita....
penerapan iman dan amal sedari kecil sgt penting bg mewujudkan remaja soleh yg takutkan Allah.

|| NaFiRaa || berkata...

ya Allah.. tak tau nak cakap ape.. makin takut bila baca berita2 cam nih kat paper.. makin menjadi2!

~~ciklinn~~ berkata...

alahaiiii tecik2 lagi dha pandii dh...

LyNn HaMzAh berkata...

ya allah...apa la nak jadi dgn budak2 skrg...

Zaidah berkata...

atty's: dah tak kira dah...yang penting dia dapat...

Zaidah berkata...

::Mamalyna:: kecik2 lagi dah pandai tu..

Zaidah berkata...

Ain: gejala sosial semakin menjadik2 sekarang nie

Zaidah berkata...

Min Hamzah : amin....

Zaidah berkata...

LYaFRINA : samalah lya...masa tu rasa masih kecik lagi n tak tahu bab2 seks nie

Zaidah berkata...

♥Leily|Ummi Alya Husna♥: klu kahwin bleh tapi nanti anaknyer dibuang plak..kes lain plak yang timbul...

Zaidah berkata...

az rina a.k.a jaijina : tulah lain kali jangan buat ngan budak bawah umur...kan dah kena kes rogol..

Zaidah berkata...

zurazari: amin....insya Allah

 
Direkacipta Oleh Ibu ComeL