Hukuman Mati...Buang Bayi

13.8.10

KERATAN Kosmo! semalam.
KUALA LUMPUR Polis diarah menjalankan siasatan terhadap kes buang bayi sebagai percubaan membunuh atau sekiranya dengan niat boleh ditakrifkan sebagai kes bunuh yang membawa kepada hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, arahan terbaru itu diputuskan selepas isu mengenai kes buang bayi dibangkitkan oleh kementeriannya pada mesyuarat Jemaah Menteri semalam.
Menurut beliau, kerajaan perlu mengambil tindakan yang lebih berkesan bagi membendung penularan kes tersebut kerana kejadian pembuangan bayi masih berleluasa walaupun pihak berkuasa telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk menangani masalah itu.
Sehubungan itu, pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah diminta untuk menyiasat kes-kes ini sebagai kes percubaan membunuh atau sekiranya dengan niat, sebagai kes bunuh, katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Bagi kesalahan membunuh dengan niat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, sesiapa yang disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman mati mandatori manakala di bawah Seksyen 307 kanun sama iaitu cubaan membunuh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun.

14 conteng-conteng:

zue @ annaleeya berkata...

mmg itulah hukuman yg sewajarnya... bayi tuh pon berhak idup... klu bayi tuh mati sbb kena buang... jadi wajarlah sipelaku pon dpt hukuman mati.... bkn si ibu jer... tp si bapaknya skali... mmg sokong sgt2....

az rina a.k.a jaijina berkata...

mmg patut pon hukuma tu, setimpal dgn perbuatan..bukan manusia dah kalu sanggup buang anak sendiri, walaupon bukan halal..baby tu langsung tak bersalah..

peaNut berkata...

bagus tul tindakan yg d ambik ni...biar dia org yg buat keja2 bodoh ni dpt hukuman setimpal ngn apa yg dia dh wat...

Min Hamzah berkata...

setuju ssgt ngan tindakan yg diambil..biar diorg rasakan...sesuka hati mak badak dia je nak buang2 bayi cam tu...macam bangkai haiwan je diorg buat....geram tul sy ngan semua ni..dah le sy susah payah brusaha nk dpt anak..diorg main buang cam tu je....

Fieza79 berkata...

tak abis2 kes buang bayi...geram sgoh dgr..

Zaidah berkata...

zue @ annaleeya: betul tu..ngan bapaknyer skali...

Zaidah berkata...

az rina a.k.a jaijina : baby tu suci...yang bersalah mak n bapaknyer...bagus klu dihukum...

Zaidah berkata...

peaNut : sebagai teladan untuk yang lain

Zaidah berkata...

Min Hamzah : kes membuang bayi semakin menjadik2 sekarang niekan

Zaidah berkata...

Fieza79 : bilalah nak selesai kes nie...

ch@ berkata...

stuju-stuju, kalau dpt pampang gmbr sipembuang bayi tu bsr², nak glamour sgt kan...

mamalieyna berkata...

makin menjadi2 kes2 buang baby ni kan..sedih betul!! mmg patut la kena hukuman GANTUNG !

Nur Hawa Mohd Zin berkata...

buang anak = bunuh jadi biar keadilan menentukan hukuman

LYaFRINA berkata...

SETUJU!!!!!

harap2nya.. jk ada hukuman sebegini.. dptlah kurangkan gegala buang baby..

tp xtaula.. pd y x serik n insaf serta ambik iktibar dr semua y tjadi ni.. n ttp juga truskan niat.. terimalah padahnya..

didunia n akhirat

 
Direkacipta Oleh Ibu ComeL