Mati Demi Anak...Ayah maut pertahan 2 anak

2.8.10

Demi pertahankan anak daripada samseng...seorang bapa menghalang dan rela diserang bagi menyelamatkan anaknya...begitulah kasih seorang bapa kepada anak iaitu kasih sehingga mati...

Ayah maut pertahan 2 anak


AMPANG: Kasih bapa hingga ke hujung nyawa. Itu padah yang menimpa seorang ayah ketika cuba menghalang empat samseng daripada menyerang anaknya apabila mati ditetak oleh kumpulan penyangak terbabit di Flet Permai Ria, Ampang, semalam.


SIASAT...polis menyoal siasat seorang daripada anak mangsa.
anak mangsa


KANAYAH...ditetak
Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam kelmarin, mangsa yang hanya dikenali sebagai Kanayah, 62, maut selepas ditetak dengan parang oleh kumpulan samseng yang berkunjung ke rumahnya untuk merekrut dua anak warga emas berkenaan menganggotai kumpulan kongsi gelap. Difahamkan, empat samseng terbabit pergi ke rumah keluarga berkenaan di tingkat enam pangsapuri itu dan mereka dipercayai cuba memaksa dua anak mangsa menganggotai kumpulan kongsi gelap sebelum berlaku pertengkaran. Berikutan ketegangan itu, kumpulan terbabit cuba menyerang anak mangsa sebelum dia




campur tangan dalam usaha menghalang anaknya dicederakan. Tindakan itu membangkitkan kemarahan kumpulan terbabit menyebabkan mereka bertindak ganas dengan menyerang dan membelasah warga emas berkenaan. Mangsa yang juga bekas kakitangan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) ditetak dengan parang di kepala dan anggota badan sebelum dia meninggal dunia di tempat letak kereta pangsapuri berkenaan ketika mahu dikejarkan ke hospital. Dalam serangan itu, dua anak mangsa cedera ketika bergelut dengan kumpulan penjenayah terbabit dalam usaha menyelamatkan bapa mereka.


Anak mangsa, K Pebaragan, 34, yang juga kakitangan sebuah firma guaman parah dan dikejarkan ke Hospital Ampang manakala adiknya yang bekerja di kedai cuci kereta, K Arasan, 22, cedera ringan. Difahamkan, sebelum ini kumpulan terbabit pernah mengganggu ahli keluarga berkenaan melalui panggilan telefon dengan tujuan memaksa anak mangsa menganggotai kongsi gelap.


Malah, mereka pernah mengugut hendak membunuh seluruh ahli keluarga Kanayah jika anaknya enggan menyertai kumpulan kongsi gelap itu, namun mangsa tidak melayan ugutan berkenaan. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan, berkata warga emas terbabit maut akibat parah di kepala, tangan serta badan dan meninggal dunia sebelum dikejarkan ke hospital. Menurutnya, penduduk yang menyedari kejadian itu mengejar keempat-empat penjenayah terbabit yang dipercayai berusia 20-an hingga 30-an dan sempat membelasah seorang daripada mereka, namun tiga rakannya menyerang semula sebelum suspek melarikan diri. 


“Semua suspek melarikan diri dengan menaiki kereta Nissan Sentra dan sebuah motosikal. Siasatan di rumah mangsa menemui sebuah beg mengandungi pedang samurai dipercayai milik penjenayah terbabit. 


“Berikutan itu, polis melancarkan gerakan memburu keempat-empat suspek yang dipercayai mendalangi kumpulan kongsi gelap di sekitar ibu negara,” katanya. 


Menurutnya, polis juga tidak menolak kemungkinan serangan itu bermotifkan dendam selain cubaan menarik remaja menyertai kumpulan samseng dan setakat ini keterangan anak mangsa yang bekerja sebagai pencuci kereta itu dirakamkan bagi mengenal pasti punca kejadian. S


Sehubungan itu, orang ramai yang terlihat atau mana-mana pengusaha klinik serta hospital swasta di Ampang dan ibu negara diminta melaporkan kepada polis jika ada lelaki mencurigakan yang cuba mendapatkan rawatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya di talian 03-42522222 bagi membantu siasatan.

12 conteng-conteng:

peaNut berkata...

siann org tua ni kan kak...demi anak sanggup korbankan nyawa sendiri...semoga tuhan membalas segalanya setimpal dgn pengorbanan nya tu...

r|nA @ ja|j|na berkata...

itilah kasih seorang bapa kan, sanggup berkorban demi anak2nya..harap anak2nya tu sedarkan kak..

sarah shafie berkata...

kasih ayah hingga ke syurga..

Ain berkata...

kasihnya ayah berkorban nyawa...

apa saje sanggup dilakukan demi anak2 tercinta....

matahati-aishahazhar berkata...

hish.. kejam betul manusia zaman sekarang ni.. main parang2 je sekarang ni ye..

Zaidah berkata...

peaNut: kasih seoran bapa

Zaidah berkata...

az rina a.k.a jaijina : kita berharap anak2nyer sedarkan...

Zaidah berkata...

sarah shafie : betul tu..

Zaidah berkata...

Ain : biarpun terpaksa bergadai nyawa

Zaidah berkata...

rATu kEBaYA : memang kejam...dah macm tak siumanlah plak....

Mama Hanim berkata...

kenapa perlu sekejam itu? mcm dh xde hati perut langsung agaknya..

Zaidah berkata...

Mama Hanim : manusia sekarang memang kejam...

 
Direkacipta Oleh Ibu ComeL