Pernah tak dapat sms atau email sebegini?
Assalamualaikum,
Yaasin, Walqura-nilhakim. Innakala minalmursalin. A'lasiratil mustaqim. Tanzilal azizirrahim. Litunziraqaumamma unzila aba uhum fahum ghafilun. Kirim surah Yaasin ini kpd 7 insan berugama islam. Insya Allah esok saudara akan menerima khabar yang baik, gembira dan rezeki anda sentiasa berada di tangan anda.
JGN DELETE, Ini betul2 jadi kenyataan.
---------------------------------
Aku secara peribadi dah terima sms ayat yang seperti di atas. Dan ini kali kedua through email plak.
Ape yang aku nak bagitau kat sini ialah, udah2 lah tu umat ISLAM di bolak-balik kan . Mari kita ambik sedikit pengajaran dari kes-kes ini.
Pesan dari aku (yang ilmu tak seberapa ini). Hentikan lah apa2 saja surat bercorak surat berantai ini. Kerana ini adalah perkara2 yg boleh melemahkan umat Islam dari dalam.
Lalu aku terus reply kpd si pemberi tadi agar berhenti berbuat demikian. Malah tolong pulangkan balik pesanan kepada mereka yang telah mengedarkannya! (Celaka org yg memulakan ini!)
1) Once, kita forward email @ SMS sebegini, kita dah percaya (beriktikad) bahawa dengat kudrat aku menghantar SMS ini, aku akan dapat khabar baik & rezeki. Bukan Qudrat & Iradat ALLAH.
2) Tanpa menyemak, kes ini terdapat kesalahan ejaan pada ayat dari surah yaasin ini. Sila semak Litunziraqaumamma unzila aba uhum fahum ghafilun. Org yg tiap2 malam baca surah yaasin pun boleh terkesima dengan kesalahan ejaan ini.
3) Kesalahan ejaan unzila yang sepatutnya unzira ini, berlaku dlm kedua2 email & sms yang saya terima. maka saya pasti ianya disengaja kan. Tapi atas dasar apa? Kalau kita perhatikan unzila aba uhum ini bermaksud = di TURUNkan BAPA Kamu. Bapa = father. Saya khuatir ia mahu menyelindungkan ayat ISA yang diturunkan??? sedangkan maksud YAASIN yang suci tadi adalah terlalu amat jauh dari ini!!! Cilaka kamu yang menghantar ini! AWAS! buat semua muslim!.
Pesanan ringkas saya,
Apa saja yang bersifat surat berantai, tolong tolak.
Apa saja yang melibatkan perkara2 shortcut, tolong tolak. kalau aku send sms dapat pahala, kalau aku reply dapat rezeki - KEPALA HANGGUK ENGKAU! Ini perkara serious beb, ini AQIDAH!
Apa saja yang melibat kan ayat2 Al-Quran. Tolong semak!
Kalau ada org dtg rumah kerumah, jual ayat quran pun tolong tolak. Jam ada ayat QURAN ke...
Orang buta minta sedekah - sedekah boleh bagi - tapi kalau dia bagi sticker ayat QURAN, tolong bagi dia balik.
Kerana kita khuatir, di sini bermulanya benda2 yang tak betul. Kerana saya pernah dapat ayat seribu DINAR yang salah eja ini selepas bagi derma kat sorang pakcik tu!!
Kat sekeliling kita dah banyak org cuba pesong kan AQIDAH kita secara halus, pesong ayat Quran! Walaupun mereka takkan mampu menghapuskan KALAM ALLAH ini. Tapi kita sebagai umat ISLAM mestilah Peka!!
Ayat2 Al-Quran bukanlah selayaknya di perjual beli. TAK semurah itu BEB!! Kalau kau nak bagi apa saja yang ada kaitan ngan ayat Quran, sepatutnya FREE! Jam Quran ke, ape ke, bagi free le! Unless kita betul2 sure yang kualitinya baik, ayat nya disemak maka OK! MENJAJA AYAT2 QURAN dgn cara sebegini adalah, menempatkan ianya bukan pada tempat. Ia bukan balasan utk kita menderma RM1.
So, tolong le sampai2 kan pesanan aku ini, semoga ALLAH yang lebih layak nak balas kat kita, rezeki ke, berita gembira ke?... & Ingat! ajal maut, rezeki & jodoh hanya Allah yang menentukan, bukan email seberapa banyak orang yang anda hantar... Tapi tak salah kalau nak ingatkan orang lain tentang kebaikan... So ape lagi... send le kat 7 org ke, 70 ribu orang pun takpe...
HAMBA ALLAH
22 conteng-conteng:
dl srt berantai,skang sms & e-mail berantai plak..syirik tu..
Hamizah: memang syirik jangan percaya...
Salam Zai.. erma setuju ngan K.Hamizah tu.. dlu2 surat..pastu sms n skang email berantai.. selalu erma abaikan jek.. sebab rase cam ntah aper2 bkn x cayer tap kadang ayatnyer tu.. so biarkan jek.. Betul aper yang Zai n3.. erma setuju 100% he he he
** Selamat menjalani Ibadat Puasa tuk Zai sekeluarga..
Minta izin share di blog saya ya..
terima kasih
saya kalau dapat email mcm ni marah jugaklah.. ingat dgn antar mcm tu rezki pun boleh datang mcm tu ke.. tak fahamlah..
part² mcm ni mmg kita tak ambik port langsung, paling tak terus delete. kekadang baca je tak masuk kat hati, kalau dapat email, harusla ignore kekadang terus delete sbb jarang sgt buka email. kikiki...
thanks sbb selalu berkongsi ilmu kat blog akak ni..skang ni dah macam2 cara nak jatuhkan org islam..kalau tak cukup ilmu mmglah mudah terpesong akidah..mintaklah kita dijauhkan bende2 tak elok camni..
manusia senang terpedaya dgn hasutan syaitan. saya pun pernah dpt sms mcm ni. tapi saya abaikan je. berdosa besar kalau kita percaya. mana boleh kita percaya send sms boleh bawa rezeki. rezeki kita Allah yg tentukan.
dulu2 pernah jugak dapat surat berantai camni, tapi ain buat dunno jerk....
kalau sms berantai tu tak pernah lagi kot...
anyway, selamat berpuasa buat zai sekeluarga...
salam ramadhan
jgn buat main2 ngan surah tersebut.tak baikkkkkk
apa2 pun singgah sini lama tak singgah sini
selamat menjalani ibadah pose
kalau dpt email @ sms cam ni baik abaikan ajalah
btl la blh pesongkan akidah kita org islam..hati2!
betul2.. sgt penat dgn surat berantai ini...~
HALAMANKU: kekadang memang tak masuk akal langsungkan...
DaiADellas: bleh apa salahnyer...
rATu kEBaYA: klu nak rezeki kita kena carik...bukannyer just send email ajekan
ch@: betul tu...delete aje terus
az rina a.k.a jaijina: benda yang baik perlu dikongsi bersama...mintak2 jangan kita terpesong olehnya...
Naimatul Hafizah Nor Rodin: rezeki..jodoh n pertemuan Allah yang tentukan...kita berusaha dan berdoa..
AngahSayang2314: berdosa tau....selamat berpuasa untuk angah..
~Siti Hajar~: bila dah terpesong akidah...berdosa besar
nina syakina: memacam sekarang niekan
Ain: dulu ade jugak dapat surat berantai...email n sms pun pernah dapat...
untuk ain jugak selamat berpuasa...
Catat Ulasan