Aku telah diajak oleh Momma Mia untuk join GA beliau...so dengan rasa bangga kerana penghargaan yang diberikan .... terima kasih Momma Mia
zai memang setuju 200% .... kerana
a. Susu ibu adalah anugerah yang Allah berikan yang terbaik untuk anak...selain Rasulullah pun menyuruh kita menyusukan anak kita sehingga berumur dua tahun
b. Susu ibu memenuhi keperluan anak-anak mengikut usia anak
c. Kebaikan susu ibu kepada bayi
i. mengandungi antibodi yang tinggi bagi mencegah penyakit
ii. menggalakkan tumbesaran yang baik
iii. meningkatkan daya perkembangan intelek yang baik
iv. mengurangkan risiko alahan
d. Kebaikan susu ibu kepada ibu
i. membantu pengecutan rahim dan mengurankan pendarahan
ii. mengurangkan risiko barah payudara dan ovari
iii. menjarakkan kelahiran
iv. mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak
v. menjimatkan masa dan wang
vi. mudah dan tidak perlu persediaan sebagaimana FM
dan tidak ketinggalan bila firas nangis...sumbat nenen aje dia akan senyap so susu ibu adalah sebagai ubat penenang kepada anak-anak...
OLEH ITU ZAI TAG IBU DALILA...
2 conteng-conteng:
sayang angah dapat bagi 19 hari jer susu badan yg selebihnya botol
AngahSayang2314: tak ape..untuk kelahiran yang akan datang bleh tanamkan azam untuk bagi susu badan..
Catat Ulasan