Lepas Raya Ni, Aku Dah Tak Ada

6.9.10

Lepas raya ni, aku dah tak ada

KUALA LUMPUR: “Lepas raya ni, aku dah tak ada (meninggal),” itulah antara kata-kata terakhir pelawak veteran, ‘stand-up comedian’ dan juga penyanyi lagu jenaka, Yusof Chong, 63; yang menghembuskan nafas terakhir tepat jam 3.30 petang di Hospital Selayang, di sini, semalam.
Kata-kata Allahyarham yang dilahirkan dengan nama Yusop Mat Said, itu masih terngiang-ngiang di telinga anaknya, Ahmad Nuzul, 28. 

Yusof disahkan meninggal dunia akibat komplikasi penyakit batu karang di dalam buah pinggangnya selain menghidap kencing manis kronik dan paru-paru berair. 

Lebih menyedihkan, pemergian beliau di saat lima hari saja lagi umat Islam akan menyambut Aidilfitri, Jumaat ini. 

“Saya sudah menjangkakan hal ini akan terjadi kerana penyakit abah yang semakin kronik. Malah, dia juga sering bercakap bukan-bukan termasuk soal mati sehingga saya mula berasa dia akan meninggalkan saya serta adik-beradik lain sebagaimana dilafazkan,” kata Nuzul sebak. 

Beliau berkata, sebelum ayahnya ditempatkan di Hospital Selayang sejak lima hari lalu, arwah terlebih dulu dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani selama seminggu bermula 26 Ogos lalu. 
“Abah dimasukkan ke Hospital Selayang sejak lima hari lalu untuk menjalani dialisis buah pinggang kerana keadaan kritikal. 

“Saya sangkakan kami sempat beraya dengan abah walaupun kata-katanya (lepas raya ni, aku dah tak ada) bagaikan petanda semua itu takkan berlaku. 

“Saya berasa amat sedih apatah lagi, tidak sempat berada di samping abah pada saat terakhir dia menghembuskan nafas terakhir begitu juga adik-beradik lain kerana masing-masing ada urusan kerja,” katanya menyifatkan ayahnya seorang yang periang dan mengambil berat hal anak-anak. 



Selain Nuzul, Yusof seorang bapa tunggal sejak kematian isterinya, Zaleha Osman pada 1994, dikurniakan empat lagi anak iaitu Zaliana, 32, Ita Zahirah, 30, Ahmad Shatri, 24 dan Siti Nurbaya, 20. 

Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke rumah anak bongsunya, Siti Nurbaya dan dikebumikan di Sungai Tua, Selayang. 

17 conteng-conteng:

iela berkata...

tengok tajuk cam suspen....rupanya berita hehe...

AishaAminudin berkata...

ajal dan maut di tangan tuhan, al-fathiha..zai, saje je ko buat suspen ngan tajuk tu..terkejut tau..

Fieza79 berkata...

tajok suspenn..hahaa
sedih family arwah kan terima berita mcm ni nak2 plak dkt raya ni...

|| NaFiRaa || berkata...

sedihnye.. dekat nak raya dah... ajal maut di tangan tuhan~

HALAMANKU berkata...

Oh Zai... laju2 dtg.. fuh ingatkan aper tadi.. Innalillah mga rohnyer bersama org beriman..

Zai.. manyaknyer kuih.. pas sikit Zai.. he he he rajin tullah Zai..

JijahJambu@Jj berkata...

dah sampai masanya ... innalillah

AngahSayang2314 berkata...

alamakkkkkk angah tak kenal la artis nieeee...kwang..kwang..kwang...

Zaidah berkata...

@mama qistina tajuk tu zai copy dari metro...

Zaidah berkata...

@Adyshariz zai copy tajuk daripada metro...memang tak ubah ape2...sorry yer shah

Zaidah berkata...

@Fieza79 kena redha...mesti tak meriah raya...

Zaidah berkata...

@|| NaFiRaa || alfatihah untuknya

Zaidah berkata...

@Jijahh @ f.k kena redha...

Zaidah berkata...

@HALAMANKU bleh...kena paksa diri buat erma...klu beli aje memang tak sempat raya dah habis

Zaidah berkata...

@AngahSayang2314 artis nie memang tak berapa glamor...tapi ade jugak kuar kat tv...

mamaarifakeemaisy berkata...

Alfatihah buat arwah! ada tengok kt berita gak..mula tu, tertanya2 gk siapa dia ni...moga rohnya dicucuri rahmat!

Zaidah berkata...

@mamalieyna pelakon nie memang tak berapa di kenali...semoga rohnyer dicucuri rahmat

LyNn HaMzAh berkata...

al-fatihah...moga roh arwah dicucuri rahmat...

 
Direkacipta Oleh Ibu ComeL