Ajal Selepas Merajuk

12.10.10

Ajal lepas merajuk

MELAKA: “Tak sangka, kami ‘lepaskan’ dia sekejap saja, tetapi dia pergi buat selama-lamanya. Itulah kali pertama dia menaiki bas ekspres sepanjang hayatnya, tapi menjadi yang terakhir,” rintih Rohata Adam, 43, ibu kepada Sharene Sofia Fadzry Tan, 18.
SEDIH...Fadzry dan Rohanta memujuk Natasha (dipangku), kelmarin. 
SEDIH...Fadzry dan Rohanta memujuk Natasha (dipangku), kelmarin.

Anak bongsu daripada dua beradik itu antara 10 penumpang bas ekspres Delima yang terbunuh dalam kemalangan ngeri meragut 12 nyawa di Kilometer 222.9 Lebuh Raya Utara-Selatan, lewat petang kelmarin.



Rohata tidak menduga permintaan Sharene Sofia yang beria-ia mahu ke Klang, Selangor, menemui rakannya sehingga merajuk beberapa hari kerana tidak dibenarkan pergi, ibarat petanda ajalnya sudah hampir.

Menurut Rohata, dia dan suaminya, Fadzry Tan Abdullah, 45, keberatan melepaskan anak mereka menemui rakannya yang dikenali ketika dia mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di negeri ini tahun lalu.

“Bagaimanapun, Sofia merajuk dan memujuk agar saya membenarkannya pergi bermalam dua hari di rumah rakannya itu.

“Tidak mahu dia merajuk berpanjangan, akhirnya saya membenarkannya pergi,” katanya yang ditemui di rumah ibunya di Kilometer 14, Kampung Umbai, dekat sini, semalam.

Jenazah Allahyarham Sharene Sofia dikebumikan kira-kira jam 11.30 pagi semalam, di tanah perkuburan Islam Umbai, di sini.



Dalam kejadian kira-kira jam 6.50 petang kelmarin, bas ekspres Delima yang membawa 34 penumpang, terbabas dan memasuki laluan bertentangan lebuh raya dan menghempap beberapa kenderaan menyebabkan 12 terbunuh.


Polis mengesahkan 10 yang terbunuh penumpang dan pemandu bas ekpres berkenaan dan masing-masing satu dipercayai pemandu van dan kereta Honda Accord.

Rohata berkata, selepas diizinkan pergi, Sharene Sofia mula berubah menjadi terlalu periang dan suka bermanja dengannya serta keluarga.

“Dia nampak ceria berlebihan dan suka bergurau serta menyakat saya. Malam sebelum menaiki bas, dia meminta tidur bersebelahan kakaknya (Natasha Ernie, 19), tetapi anak sulung saya tidak membenarkannya,” katanya yang kini menetap di Taman Semabok Perdana, dekat sini.

Menurut Rohata, selepas menghantar Sharene Sofia di Terminal Melaka Sentral, dia tidak turun dari kereta, sebaliknya hanya bersalaman ketika menurunkannya berhampiran bas yang mahu dinaiki.

“Selepas itu saya tidak lagi melihat kelibatnya. Bagaimanapun, saya sempat menghubunginya bagi memastikan dia selamat menaiki bas,” katanya.

Rohata berkata, sejam selepas itu, dia menghubungi telefon bimbit anaknya lima kali termasuk menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS), tetapi tidak dijawab.

“Saya bertambah bimbang apabila rakannya yang menunggu di Kuala Lumpur menghubungi memberitahu bas dinaiki Sofia belum tiba.

“Saya dihubungi semula rakannya dan terkejut apabila diberitahu kenderaan dinaiki anak saya terbabit kemalangan.

“Saya menghubungi polis di Negeri Sembilan dan Melaka, namun mereka gagal mengesan nama anak saya dalam senarai mangsa cedera atau terbunuh.

“Kerana tidak sedap hati, saya dan suami terus ke Hospital Melaka bagi mendapatkan maklumat di Jabatan Kecemasan, namun masih gagal,” katanya.

Bagaimanapun, kata Rohata, apabila tiba di Jabatan Forensik, anggota polis memintanya membuat pengecaman menerusi gambar.

“Alangkah terkejut dan pilunya saya apabila mendapati gambar mayat itu anak saya. Apapun, saya tetap reda dengan ketentuan Allah SWT,” katanya.




13 conteng-conteng:

CT berkata...

sedih baca n3 ni...

rATu kEBaYA berkata...

aduh.. sungguh dahsyat kemalangan kali ni..

LYaFRINA berkata...

salah 1 episod kmalangan y dasyat kat m'laysia...

kdg2... bla org tua halang kt tentu ada sbbnya.. apa2 pun, ajal maut d tgn tuhan. smoga smua roh tenang d smpinNya.

♥Leily|Ummi Alya Husna♥ berkata...

sedih lak ek..
tulah, ajal maut ditangan-Nya..
kita pun tataw bile akan dijemput pulang..
tp mmg ngeri kemalangan ni yer..
huhuhuhu, AlFatihah tuk sume mangsa nahas

AngahSayang2314 berkata...

ya allah sedih tul angah baca betul2 menghayat hati la.. tak sanggup angah nak baca
takziah angah ucapkan pada keluarga mangsa

Zaidah berkata...

@CT al-fatihah untuknyer

Zaidah berkata...

@rATu kEBaYA rasanyer paling mengerikan...

Zaidah berkata...

@LYaFRINA kekadang mak bapak kita memang dah terasa sesuatu sebelum berlaku...

Zaidah berkata...

@♥Leily|Ummi Alya Husna♥ alfatihah...

Zaidah berkata...

@AngahSayang2314 semoga rohnyer dicucuri rahmat...

encHIx laNDax berkata...

memang sdih~emmm

Asma berkata...

al fatihah untuk mangsa..harap keluarga mangsa2 kejadian tabah hadapi dugaan ini...

Lelord berkata...

uwaaa utk kesekian kalinya nanges lagi...adeh xleh tahan benonya xnak dah baca or tgk berita peristiwa 10.10.10 tp ati meronta2 :(

 
Direkacipta Oleh Ibu ComeL