Wanita Cantik Menyihatkan Lelaki

13.10.10

WAHAI lelaki, ada berita baik untuk memastikan kesihatan terus terpelihara. Mudah saja, selalulah bertemu atau berdampingan dengan wanita cantik!



Ini dibuktikan menerusi kajian 'University of California' seperti dipetik oleh Telegraph. Kajian mendapati kehadiran wanita cantik meningkatkan hormon testosteron dan kortisol lelaki.

Hormon testosteron berfungsi sebagai pembangkit ghairah selain meningkatkan kesihatan dan memberi tenaga. Hormon ini berada pada tahap tertinggi semasa lelaki berumur 20 tahun dan berkurang seiring pertambahan usia dan tempoh hubungan.

Kortisol pula berfungsi menurunkan ketegangan urat-urat saraf dan meningkatkan kepekaan. Jika tahap kedua-dua hormon ini sama-sama meningkat, anggota badan pun akan terasa lebih sihat.

Kajian diketuai oleh Dr. James Roney itu melibatkan 149 pelajar lelaki berusia 18 dan 24 tahun yang dipertemukan dengan wanita cantik dan tentu sekali yang memikat hati.

Selang beberapa minit pertemuan, air liur responden diambil dan diuji untuk mengetahui kadar hormon testosteron dan kortisolnya.

Di sinilah satu fakta menarik ditemui. Hanya dalam masa lima minit berbual dengan wanita cantik itu, tahap testosteron mereka meningkat hingga 14 peratus manakala hormon anti tekanan kortisol meningkat sehingga 48 peratus.

Tetapi berbeza pula apabila responden terlibat bertemu dengan rakan lelaki mereka. Tahap testosteron dan kortisolnya malah menurun sehingga 7 peratus.

Penjelasan mudahnya, semasa lelaki bertemu wanita cantik dan memikat, otaknya akan menghantar mesej pada kelenjar pituitari untuk mengeluarkan kedua-dua hormon tersebut. Ketika hormon itu tersebar ke dalam badan, sistem metabolisme akan menjadi lancar dan tubuh pun akan terasa lebih bugar.

Ternyata lebih menyihatkan tubuh badan selain tentunya membahagiakan ketika bersama wanita cantik berbanding melepak dengan rakan lelaki seperti yang selalu dilakukan oleh lelaki Malaysia di kedai-kedai mamak.

24 conteng-conteng:

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

bahaya tu Zai... :D

ainzuryn berkata...

memang dah lumrah semulajadi manusia memang sukakan keindahan...

shi3la berkata...

wahh kalo cam ni kesihatan lakiku terpeliharalah selalu..maklumlah ader bini chantek...!!

mhuahuahuaa statement tak agak-agak,jgn ko pitam mendengornyer udah la kak oii...

kmieja berkata...

wahhhh terapi baru:)

♥Leily|Ummi Alya Husna♥ berkata...

ye la tu..
mane tak sihat, asyik tgk shantek aje kn..makin berselera, siap tambah lagi.. huhuhuhu, sabo aje la..

LYaFRINA berkata...

owh.. iyer k??
y penting kt cntik d mata suami kita kan??

diriku berkata...

waa..g2 ke..he2..patut la rasa makin sihat je :P

SYaMiLa berkata...

bagus info ni...biasa la kan...dh lumrah manusia sukakan kecantikan...

Lelord berkata...

hehehhehe

ayu berkata...

suka canteq2 ni..lg2 utk tatapan en suami yg tersayang..ahakss

ibu_Arifa berkata...

amboi..entry dia.. hihihi

Zaidah berkata...

@Miss Mirror a.k.a Sam kena jaga2lah..takut jadik lain plak...

Zaidah berkata...

@ainzuryn yang cantikkan sedap mata memandang

Zaidah berkata...

@shi3la KO MEMANG DAH CANTIK...SO LAKI KO MESTI SUKA....N KESIHATANNYER PASTI TERPELIHARA...

Zaidah berkata...

@kmieja UNTUK PERKONGSIAN BERSAMA..

Zaidah berkata...

@♥Leily|Ummi Alya Husna♥ YANG ITU KENA FAMILY PLANNING....

Zaidah berkata...

@LYaFRINA BETUL TU LYA...YANG PENTING SUAMI KITA SUKA N SAYANG KAT KITA

Zaidah berkata...

@diriku TERAPI KESIHATAN

Zaidah berkata...

@SYaMiLa ZAI PUN SUKA YANG CANTIK...SEDAP MATA MEMANDANG

Zaidah berkata...

@Lelord LELORD YANG CANTIK

Zaidah berkata...

@ayu KLU BLEH MEMANG NAK CANTIK SELALU

Zaidah berkata...

@ibu_Arifa IBU ARIFA MEMANG DAH CANTIK....HEHE

Amy Syaquena berkata...

salam...

cantik2 untuk suami kan satu perkara yang wajib...

jom join baby contest...

http://sinarraudah.blogspot.com/2010/10/cutest-baby-contest-bersama-sinar.html

Nur Hawa Mohd Zin berkata...

wow kan..i like dis entri..heheheheh...

 
Direkacipta Oleh Ibu ComeL