Aleeza Kasim Bercerai

28.10.10


Pelakon dan model terkenal Aleeza Kasim akhirnya bercerai dengan suaminya, Mohd. Fauzi Che Rus setelah beberapa lama melalui dugaan. Mereka bercerai di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur hari ini.

Lafaz cerai itu dibuat oleh suaminya di kamar Hakim Syarie, Mohd. Suhaily Rosdi.
Pada Januari  lalu Fauzi telah melafazkan perkataan yang boleh membawa kepada maksud perceraian lalu membawa mereka ke mahkamah untuk membuat pengesahan lafaz tersebut.
Bagaimanapun pada 12 Mei  lalu Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya memutuskan pasangan itu sah sebagai suami isteri dan lafaz `kita bercerai esok' semasa berlaku pertengkaran di rumah mereka tidak memutuskan ikatan perkahwinan.
Hakim sebaliknya memutuskan lafaz tersebut sebagai hasrat, bukannya lafaz cerai.
Aleeza, 39, dan Fauzi, 45, yang berstatus duda beranak dua itu berkahwin pada 16 Julai 2006 di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
Mereka mengadakan resepsi sederhana di rumah keluarga Aleeza di Pantai Dalam, Kuala Lumpur sebelah malamnya sebelum diraikan pada majlis resepsi sebulan kemudian di Hotel Palace of Golden Horses, Seri Kembangan. Mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
Aleeza bagaimanapun enggan ditemuramah dan mahu berdiam diri pada saat ini.
"Aleez nak diamkan dulu... Aleez okey aja," kata Aleeza ringkas melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada penulis.



7 conteng-conteng:

Ain berkata...

dah jodohnya sampai situ jer kan, bercerai jugak akhirnya....

az rina a.k.a jaijina berkata...

dah tak boleh di selamatkan lagi..tp pesal ye aleeza tu nangis mase kuar mahkahmah? kalau sayang kenapa perlu bercerai? hnya dia yg tahu..

Amy Syaquena berkata...

salam..

trend artis sekarang, kawen cerai dowang buat macam tukar baju je..

amy follow sini

mamalieyna berkata...

alahai..lagiiii artis bercerai! huhu..

|| NaFiRaa || berkata...

sampai di sini sahaja jodoh mereka kan~

AngahSayang2314 berkata...

pelik sekarang nie.. kalau cerai...musim cerai jer...

tapi kalau musim kawen..kawen jer semua...

tapi bila lak musim beranak...ahh ambikk semua beranak

Lelord berkata...

macam2....

 
Direkacipta Oleh Ibu ComeL