Cengkaman Setan

26.10.10

Marah ibu suruh taubat


KUALA LUMPUR: Seorang anak yang mabuk sanggup bertindak luar batasan apabila mendukung dan cuba mencampakkan ibu kandungnya sendiri dari tingkat 14, sebuah flat di sini, selepas tiba-tiba naik berang mendengar syarahan ibunya agar bertaubat, malam kelmarin.

Bagaimanapun, wanita berusia 47 tahun dan bekerja sebagai pekerja pembersihan itu terselamat daripada maut apabila sempat meronta dan melarikan diri sebelum membuat laporan polis selepas tidak tahan dengan sikap liar anak lelakinya yang berusia 22 tahun itu. 


Sumber Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur berkata, kejadian berlaku jam 8.30 malam apabila suspek dalam keadaan mabuk pulang ke rumah ibunya di Flat Sri Sarawak, Jalan Kenanga, Cheras.


“Difahamkan, suspek yang tidak dapat berfikir waras mengamuk tanpa sebab di dalam rumah dengan sengaja menjerit dan membuat bising. Tidak cukup dengan itu, suspek turut merosakkan perkakas rumah.


“Walaupun diminta ibunya supaya menghentikan perbuatan itu, suspek bertambah ganas apabila mula membaling barang kaca seperti pasu hingga pecah. 


“Tidak cukup dengan itu, suspek turut memecahkan tingkap kaca rumah menyebabkan ibunya hilang sabar dan menjerit mengarahkan anaknya berhenti daripada berkelakuan liar,” katanya. 

Difahamkan, mangsa cuba menasihatkan anaknya itu supaya berubah dan menjadi anak yang baik, selain menghentikan tabiat buruknya yang gemar pulang mabuk. 

Namun, nasihat ibunya itu menyebabkan suspek menjadi bertambah ganas sebelum mengugut mahu membunuh wanita berkenaan dengan mencampakkan mangsa ke bawah. 

“Bagaimanapun, mangsa yang cuba ditarik suspek melarikan diri sebelum segera menghubungi polis bagi mendapatkan bantuan selepas bimbang dibunuh anaknya sendiri. 

“Polis yang segera datang sebaik menerima laporan kemudian memberkas suspek yang ketika itu masih berada di rumah,” katanya. 

Menurutnya, polis menahan reman suspek selama tiga hari sebelum dihantar ke Balai Polis Bukit Jalil di sini, untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan. 

“Bagaimanapun, suspek yang bekerja sebagai penjual tiket wayang dibebaskan pada hari sama selepas ibunya tidak sampai hati dan menarik semula laporan polis yang dibuat. 

“Susulan penarikan semula laporan polis terdahulu yang dibuat mangsa, polis melepaskan suspek yang berjanji berkelakuan baik,” katanya.




18 conteng-conteng:

mamaarifakeemaisy berkata...

isssh menakutkan anak2 la ni...berdoalah kita sentiasa, moga2 anak2 kita terpelihara Iman dan sentiasa di jln yg benar! issh...macam2 anak2 zaman skrg nih!

Mek Rose berkata...

aduhai..mcm2 ye..
tula penangan air setannnnnnn
grrrrrrrrrr

mintak2 anak2 kita nnti dijauhkan benda2 camni..tapi ape yg penting, kita yg corakkan mereka agar tak jd camtu..tak gitu kak zai??

eB ezrin berkata...

dunia akhir zaman... sgt menakutkan...

LYaFRINA berkata...

ya Allah...
macam2 hal.. sama kita doakan agar anak2 kita selamat di bawah lindungannya... & cuba memberikan didikan yang terbaik

AngahSayang2314 berkata...

ya allah apa nak jadilah zaman sekarang nie.. isk..isk..isk....

Kak Amy berkata...

salam..

hadoi tue la penangan iar setan, dunia akhir zaman macam2 perkara berlaku...



jemput ke sinar raudah ye

r|nA @ ja|j|na berkata...

ishk ishk, tak tatau dah nak ckp pe..kalau dah mak kandung pon samggup buat macam tu.............mmg tak bau syurgalah, agaknye..

ermm..dunia dah akhir zaman..

|| NaFiRaa || berkata...

ya Allah.. jauhkan lah anak2 kita dari berperangai macam nih.. aminnn

Sricahaya berkata...

Kerana benda kotor tu sanggup bt ibu sendiri cam tu..ibu plak tak sampai hati tgk anak dipenjara..
elok anak macam tu dimasukkan ke pusat pemulihan akhlak jer..

*semoga Allah melindungi anak2 kita..amin..

Zaidah berkata...

@mamalieyna mcm malaslah nak dengar citer pasal anak2 yang macam tu...

Zaidah berkata...

@rose --{@ ibuRafiq @}-- air setan tu adelah ibu kepada kejahatan

Zaidah berkata...

@mamaaerish@eb mohon dijauhkan

Zaidah berkata...

@LYaFRINA insya Allah lya...

Zaidah berkata...

@AngahSayang2314 jadik hantu...atau jin....

Zaidah berkata...

@Amy Syaquenadoa2 dijauhkan kita n keturunan kita

Zaidah berkata...

@az rina a.k.a jaijina dah tak ade akai...

Zaidah berkata...

@|| NaFiRaa || kita mohon bersama mintak dijauhkan

Zaidah berkata...

@Sricahaya btul tu...biar dia sedar skit dosa dia tu..

 
Direkacipta Oleh Ibu ComeL