Rahsia Tarian Poco-poco

15.10.10










Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dengan izinNya. Saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan semua tentang tarian poco-poco yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat, umumnya masyarakat kita yang beragama Islam terutama ketika manghadiri kursus.

Sebenarnya tarian poco-poco ini berasal dari Filipina bukannya dari Indonesia. Ia ditarikan oleh masyarakat yang beragama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka. Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yang membentuk salib. Mungkin kita tidak perasan kerana kita suka mengikut-ikut sesuatu yang baru tanpa usul periksa.

Inilah cara musuh-musuh Islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yang telah difatwakan haram kerana menyerupai agama Hindu. Cuma tarian poco-poco ini belum difatwakan haram lagi.

Marilah kita sama-sama fikirkan. Saya dulu pernah terfikir, kenapa tarian itu dimulakan daripada kiri? Dan apa jenis senaman ini? Relevankah tarian ini, yang kelihatan seperti tidak siuman? Saya menyeru kepada diri anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak menarikan lagi tarian ini dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.

Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini, asal usul dan kesannya kepada akidah umat Islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini, agar Umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan keasyikkan menarikan tarian ini.

8 conteng-conteng:

ibu_Arifa berkata...

ooo..yer ker? saya ingat dulu itu tarian org asli..hehehe..

saya tak pernah reti menari pun tarian ini..dok tgk kat tv jer.

rATu kEBaYA berkata...

ooo... sebelum ada jugak ikut org menari poco2 tapi masa tu tak tahulah...

bagus info no.. tq for sharing..

az rina a.k.a jaijina berkata...

itulah org kite, ikut aje ape benda² macam ni..tanpa selidik terlebih dahulu apakah makna & darimana asalnye..

skang ni kalau ade acara erobik pon dorang mesti nak nari poco² ni..

Naimatul Hafizah Nor Rodin berkata...

org kita ni mmg suka ikut2. bahay juga,,,takut2 rosak akidah. kena pantauan segera supaya akidah msy. dpt terpelihara... tq 4 sharing.

|| NaFiRaa || berkata...

errkkk.. ye ke???? bahaya jugak nih~

shafida berkata...

tq utk info ini saya pernah berkursus dan diajar tarian ini..tapi xleh buat pun...geranagn keras macam batu aje

YanDarwisy berkata...

good info..salamsinggah!

.:fyzz:. berkata...

ha ah..tuh la fiza pun pasan gak..pergerakan dia cam membentuk salib kan..fiza mmg tak reti nak wat pergerakan nih..terabur..tp elok lah tak yah la kita nak menari2 lagi poco2 nih kan..

 
Direkacipta Oleh Ibu ComeL