Bahagian Tubuh Paling Bererti....

14.10.10

Ibuku selalu bertanya padaku apa bahagian tubuh yang paling

penting. Bertahun-tahun, aku selalu meneka dengan jawapan yang
aku anggap benar.

Ketika aku muda, aku fikir suara adalah yang paling penting bagi
kita sebagai manusia, jadi aku jawab, "Telinga, Bu."
Jawab Ibuku, "Bukan. Ramai orang yang tuli. Tapi, teruslah
memikirkannya dan aku menanyakanmu lagi nanti."

Selang beberapa tahun kemudian, dia bertanya padaku lagi. Sejak
jawapan pertama, kini aku yakin jawapan kali ini pasti benar. Jadi,
kali ini aku mengatakan, "Bu, penglihatan sangat penting bagi
semua orang, jadi pastilah mata kita."





Dia memandangku dan berkata, "Kamu belajar dengan cepat, tapi
jawapanmu masih salah kerana ramai orang yang buta."



Gagal lagi, aku meneruskan usahaku mencari jawapan baru dan dari

tahun ke tahun, Ibu terus bertanya padaku beberapa kali dan
jawapannya selalu, "Bukan. Tapi, kamu semakin pandai dari tahun ke
tahun, anakku."

Akhirnya tahun lalu, datokku meninggal. Semua keluarga bersedih.
Semua menangis. Bahkan, ayahku menangis. Aku mengingatinya kerana
itulah saat kedua kalinya aku melihatnya menangis. Ibuku
memandangku ketika tiba giliranku untuk mengucapkan selamat
tinggal pada datok.

Dia bertanya padaku, "Apakah kamu sudah tahu apa bahagian tubuh
yang paling penting, sayang?"

Aku terkejut ketika Ibu bertanya pada saat seperti ini. Aku sering
berfikir, ini hanyalah permainan antara Ibu dan aku.

Ibu melihat tanda kebingungan diraut wajahku dan memberitahu,
"Pertanyaan ini penting. Ini akan menunjukkan padamu apakah kamu
sudah benar-benar "hidup". Untuk semua bahagian tubuh yang kamu
beritahu padaku dulu, aku selalu berkata kamu salah dan aku telah
memberitahu kamu kenapa. Tapi, hari ini adalah hari di mana kamu
harus belajar pelajaran yang sangat penting."

Dia memandangku dengan wajah keibuan. Aku melihat matanya penuh
dengan airmata. Dia berkata, "Sayangku, bahagian tubuh yang paling
penting adalah bahumu."

Aku bertanya, "Apakah kerana fungsinya untuk menahan kepala?"
Ibu membalas, "Bukan, tapi kerana bahu dapat menahan kepala
seorang teman atau orang yang kamu sayangi ketika mereka menangis.

Kadang-kadang dalam hidup ini, semua orang perlu bahu untuk
menangis. Aku cuma berharap, kamu punya cukup kasih sayang dan
teman-teman agar kamu selalu mempunyai bahu untuk menangis bila-
bila pun kamu memerlukannya."




Akhirnya, aku tahu, bahagian tubuh yang paling penting adalah tidak
menjadi orang yang mementingkan diri sendiri. Tetapi, simpati
terhadap penderitaan yang dialami oleh orang lain.

17 conteng-conteng:

Fieza79 berkata...

ye la kkdg harus kita mendengar rintihan penderitaan org len sebelom tiba masa kita pulak nnti...

LYaFRINA berkata...

ermmm sungguh tsentuh..
sama2 kita menyelami penderitaan & kesakitan org lain supaya bila tba masa kita adanya org bersama kita utk mharungi wktu itu

|| NaFiRaa || berkata...

mmg mendalam maksud cerita nih kan~ :)

EIJAM'S FAMILY berkata...

mendalam dan boleh dijadikan panduan utk kiter..

az rina a.k.a jaijina berkata...

sebab tu ade pepatah mengatakan, you have my shoulder to cry..lebeh kurang gitulah bunyinye, heheheh..

kmieja berkata...

zaii,

sungguh dalam maknanya:):)

AngahSayang2314 berkata...

kita telah di cipta perlu mengdengar rintihan org kan kak zai
some time la...

shila ariff berkata...

kak zai..sbb tu kita kekadang perlu tgk bawah gak..tgk penderitaan n kesusahan org lain..pasti kita akan sentiasa bersyukur dgn hidup kita hari ini..dgn rezeki yg Allah bagi pada kita...

Zaidah berkata...

@Fieza79betul tu fieza...barulah kita tahu tak semestinyer kita akan senang ajekan

Zaidah berkata...

@LYaFRINA sebagai panduan dan pengajaran

Zaidah berkata...

@LYaFRINA betul tu lya...

Zaidah berkata...

@|| NaFiRaa || untuk perkongsian bersama

Zaidah berkata...

@EIJAM'S FAMILY benda yang baik perlu dikongsikan bersama

Zaidah berkata...

@az rina a.k.a jaijina bagus juga pepatah tu.... :)

Zaidah berkata...

@kmieja untuk perkongsian bersama mieja...

Zaidah berkata...

@AngahSayang2314 bagi kesedaran untuk diri kita yang sentiasa alpa

Zaidah berkata...

@shila ariffbetul tu..jangan berbangga diri...

 
Direkacipta Oleh Ibu ComeL