GEMENCHEH: “Tak apalah ayah ‘pergi’ asalkan kamu selamat,” itu ungkapan terakhir dibisikkan seorang pengurus kilang kayu getah sebelum maut selepas terbabit kemalangan di Kilometer 22, Jalan Tampin-Gemas, berhampiran kilang batu di Seri Asahan, dekat sini, malam kelmarin.
Anak bongsu mangsa, Wong Seng Yuen, 23, berkata bapanya, Wong Leong Chai, 58, ketika itu tersepit di tempat duduk pemandu depan pacuan empat roda dipandu abangnya.
“Ketika itu, keadaan ayah sudah nazak dan tersepit, namun dia berbisik kepada abang saya, Wong Leou Yuen, 28, yang cedera.
“Tidak lama selepas itu, bapa saya menghembuskan nafas terakhir kerana parah, manakala abang saya yang memandu kenderaan itu dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan,” katanya ketika ditemui di pekarangan Hospital Tampin, dekat sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.45 malam itu, Leong Chai mati di tempat kejadian kerana parah di bahagian dalaman badan selepas kenderaan pacuan empat roda dinaikinya terbabit kemalangan dengan sebuah lori.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Wooi Kooi Cheang mengesahkan kejadian berkenaan berkata, siasatan kemalangan terbabit dijalankan.
Menurutnya, pemandu lori yang melanggar kenderaan mangsa kini ditahan bagi membolehkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
18 conteng-conteng:
ayahnya mcm dah tau dia nak pegi dulu kan???
itulah kasih seorang ayah..
alahai... walaupun die cina, tp sebak plak rasa hati nie...
singgah sini...
seeloknya jauhkan keta kita dari hang up dekat lori.
mesti sedih kan hilang owang tersayang dalam keadaan macam gitu kan..
JOM BACE ENTRY BARU
"1.Dr Rozmey idola hatiku"
"2.Kelebihan Ayat Ruqyah"
kdg2.. bila seseorg tu nak pergi...
mmg akan ada sesuatu perkara@ kata2 y menujukkan dia x kembali.. cuma kt sbg manusia biasa x menyedarinya & apabila perkara itu sudah terjd.. bru kita sdr, rupanya itu petanda dia mahu tinggalkan kita buat selamanya..
itulah..kita xtau takdir kita..
huhu.. touching gle.. biarpon die da nk pergi, die still nk make sure ank die slamat.. huhu..
@zue @ annaleeyaada setengah orang memang dia dah tahu yang akan pergi...
@az rina a.k.a jaijina tidak bergalang ganti...
@::Mamalyna:: memang...kasih tak mengenal bangsa...
@AzMasselalu memang macam tu tapi klu dah nak terkena macam mana
@KimiCnoLape2pun redha...
@LYaFRINAbetul tu lya...bila dah pergi baru kita dapat tahu rupanyer itu tanda yang dia nak pergi....
@sarah-najwanhanya Allah yang menentukan...
@Seindah Bicara 2itulah kasih seorang ayah...
if nak ninggal mmg tahu kot sbb mak sy cakap, arwah ayah sy sebelum ninggal selalu pesan jgn kasi anak2 kat org lain if dia takde..dia suh jaga elok2..bagi pelajaran yg secukupnye..sob sobsob
tahziah semoga arwah ditempatkan dikalangan orang2 beriamn
Catat Ulasan