Animasi Upin & Ipin, Kini Setaraf Hollywood....

1.12.10


Screen shot 2010 11 30 at 4.06.11 AM Sah! Disney Asia Tayang Animasi Upin & Ipin, Kini Setaraf Hollywood
Tiada sebarang pengumuman daripada produksi Upin & Ipin, namun kami tabik kepada mereka kerana berjaya meletakkan siri animasi Upin & Ipin setaraf dengan rancangan kanak-kanak Hollywood yang lain seperti Stich, Hannah Montana & lain-lain. Hasil tinjauan kami di laman rasmi Disney Channel Asia, Upin & Ipin akan ditayangkan melalui saluran tersebut mulai 6 Disember 2010, secara serentak di Malaysia & Filipina.
Secara tidak langsung, pihak Disney sudah mengiktiraf Upin & Ipin sebagai rancangan kanak-kanak yang berkualiti, dan satu-satu’nya animasi tempatan yang berjaya melepasi tahap piawaian mereka yang tinggi. Kami, melontarkan jutaan tahniah buat kumpulan produksi Upin & Ipin, bangga gila!
Mana tahu, nanti satu hari Pixar bekerjasama pula dengan mereka untuk menerbitkan filem Upin & Ipin versi Hollywood.

8 conteng-conteng:

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. berkata...

tak sanggka kan? bgs la kalau mcm tue. harap lepas nie lagi ramai orang kita buat kartun sehebat dan setanding uoin ipin. cayokkkk...cayokkkkk!

ibundo berkata...

naik nama negara kita...

sarah-najwan berkata...

anak saya suka tgk nih..betul3..

thniah kpd pencipta upin ipin nih...

CT berkata...

Camtulah bgs..senyap2 tapi gempak...hehehe

Zaidah berkata...

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::..: tahniah untuk upin n ipin

Zaidah berkata...

kakpah: pun turut bangga

Zaidah berkata...

sarah-najwan : menjadik ikon kepada kanak2...memang best

Zaidah berkata...

CT: betullah...senyap ubi berisi...

 
Direkacipta Oleh Ibu ComeL