Hakim Syariahpun Boleh Di Tangkap Khalwat

9.12.10

Hakim syariah bersekedudukan

KUALA LUMPUR: Seorang hakim Mahkamah Tinggi Syariah ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pulau Pinang kerana disyaki bersekedudukan dengan seorang wanita di kuarters kerajaan di Georgetown, Ahad lalu.

Menurut sumber, hakim terbabit yang berusia 40-an ditangkap ketika bersama pasangannya kira-kira jam 2 pagi. 

“Sewaktu kejadian, isteri dan anaknya tiada di rumah kerana dikatakan ke ibu kota. 


“Pasangan itu ditangkap penguat kuasa agama hasil maklumat diperoleh,” katanya ketika dihubungi, semalam.



Hakim terbabit dikatakan berkhidmat di Mahkamah Tinggi Syariah di sebuah negeri di utara Semenanjung sejak lebih setahun lalu.



Sebelum ini, beliau bertugas di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Putrajaya. 



Kes berkenaan bagaimanapun masih di peringkat siasatan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang dan hakim terbabit belum didakwa, sebaliknya dia dibebaskan dengan jaminan Jabatan Agama Islam selama seminggu. 



Sumber itu berkata, kes berkenaan agak sulit kerana mempunyai unsur ugutan daripada tertuduh terhadap pegawai penyiasat. 



Namun, katanya, pihak penyiasat sudah membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan. 



“Pada masa ini hakim terbabit diberi jaminan penguat kuasa. Tempoh jaminan akan berakhir Isnin depan dan pada hari berkenaan, kes dijangka disebut di mahkamah syariah. 



“Beliau sebelum ini dikatakan mengugut pegawai siasatan dan penguat kuasa dengan mengancam untuk mengambil tindakan jika mereka meneruskan kes berkenaan kerana beliau mendakwa mempunyai hubungan rapat dengan pihak atasan,” katanya.


14 conteng-conteng:

matahati-aishahazhar berkata...

macam hal terjadi... herm.. hakim manusia jugak..

Rinna berkata...

Aduhai.. Hakim Mahkamah Syariah pun buat hal jugak ekk..

r|nA @ ja|j|na berkata...

isk, memalukan betul..biasa dia yg hakimi pesalah, kali ni dia plak di bicarakan, bikin panas aje..

AishaAminudin berkata...

emm..mcm2 kes skrg ni..

[leily.laily] berkata...

perhh.. skali die plak terjerat.. biasa menghakimi kes org, jap agi dihakimi kes sendiri la... huhuhu..
nafsu tak kenal siapa agaknye.. :P

Zaidah berkata...

@rATu kEBaYAmanusai yang sering jugak melakukan kesilapan

Zaidah berkata...

@Rinnaso macam mana nak tengakkan keadilan nie..

Zaidah berkata...

@az rina a.k.a jaijinapanas...panas..panas..

Zaidah berkata...

@Adysharizdunia nak akhir..

Zaidah berkata...

@♥Leily|Ummi Alya Husna♥dah kena rasuk ngan setan....dah tak bleh kwal lagi nafsu tu

Lelord berkata...

hmmm macam2...adeh yg x best tu dh ade kuarga

Mek Rose berkata...

kak..dah nama pon manusia..wekekekek..wat malu jeeee

LYaFRINA berkata...

ishhh.. ishhh...

dah namanya manusia.. walau setebal mana pun iman, kalo dh tertunduk pada nafsu. semuanya menipis

shila ariff berkata...

ishk ishk...sampai tahap tu ke??..hakim syariah tu!!!..patutnya dia lagi tahu dgn bab hukum hakam nih...tapi dia plak yg lebih2...huhuhu...sedis sedis!!!

 
Direkacipta Oleh Ibu ComeL