Tidak Tergamak Buang Bayi Rakan

2.12.10

Ubah pelan buang bayi


KANGAR: Cubaan sepasang pelajar sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negeri ini untuk membuang bayi hasil hubungan sulit mereka di sebuah masjid di sini, gagal apabila rakan mereka yang diminta membantu rancangan itu enggan berbuat demikian, semalam.

Dalam kejadian awal pagi itu, pasangan berusia 22 tahun yang bersekedudukan dengan menyewa sebuah rumah kedai di bandar ini, mulanya dikatakan terkejut dengan kelahiran bayi lelaki berkenaan pada usia tujuh bulan kandungan sebelum meminta seorang rakan membuang bayi berkenaan di sebuah masjid.


Bagaimanapun, rakan pasangan pelajar terbabit dikatakan tidak tergamak berbuat seperti diarahkan, sebaliknya membawa bayi yang masih bertali pusat itu ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini sebelum melaporkan kejadian itu kepada polis.


Difahamkan, pasangan pelajar terbabit menyewa sebuah rumah kedai di Jalan Jublee Emas di sini, dan sering berulang-alik bersama mengikuti pengajian di IPTA berkenaan di Arau.


Ibu bayi malang yang masih belajar itu dikatakan cuba menyembunyikan kehamilannya daripada pengetahuan keluarga yang menetap di sekitar Kangar.



Sumber polis berkata, bayi itu dilahirkan cukup sifat ketika usia kandungan tujuh bulan itu berjaya diselamatkan daripada risiko maut berikutan tindakan bijak rakan kepada bapa bayi berkenaan apabila membawanya ke HTF, bukan dibuang di masjid seperti diarahkan.



Katanya, bayi lelaki itu kini ditempatkan di wad kanak-kanak HTF dan dilaporkan sihat selepas dilahirkan kira-kira jam 1.30 pagi semalam.


“Pasangan pelajar lelaki dan perempuan itu dikatakan panik apabila mendapati bayi mereka dilahirkan awal daripada dijangkakan. “Mereka berdua dikatakan menguruskan sendiri proses kelahiran bayi itu di rumah kedai yang disewa dan sejurus dilahirkan, bapa bayi berkenaan menghubungi rakannya untuk membantu membuang bayi berkenaan,” katanya ketika ditemui di sini.

Katanya, berikutan aduan diterima daripada rakan pasangan terbabit, polis menahan pasangan itu untuk siasatan lanjut sebelum merujuk kes itu kepada Jabatan Agama Islam Perlis (Jaips).


“Ibu bayi malang itu turut menerima rawatan di HTF dan keadaannya dilaporkan masih lemah,” katanya.



Sementara itu, Pengarah Jaips, Abdul Malik Hussin, ketika ditemui di pejabatnya mengesahkan menerima laporan berhubung kelahiran bayi luar nikah membabitkan pasangan pelajar berkenaan.



Pihaknya memandang serius kes itu dan sudah mengambil keterangan pelajar lelaki dipercayai bapa kepada bayi berkenaan tengah hari semalam manakala ibu bayi itu masih dirawat di HTF.



“Pelajar perempuan yang melahirkan bayi luar nikah dan pasangannya yang bersubahat melakukan perbuatan terkutuk itu akan diambil tindakan mahkamah mengikut Enakmen Jenayah Dalam Syarak Perlis 1991,” katanya.



Menurutnya, ibu bayi berkenaan akan didakwa mengikut Seksyen 15 (1) manakala teman lelakinya pula didakwa mengikut Seksyen 46 enakmen sama yang jika sabit kesalahan boleh didenda RM5,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-dua sekali.


14 conteng-conteng:

r|nA @ ja|j|na berkata...

bongoklah dia ni, sanggup nak suruh org lain buang anak dia yg baru je lahir..sedangkan org lain pulak tak sanggup, ishk..tatau apelah nak jadi..

LYaFRINA berkata...

nasib baik kwn ibubapa bayi ni x kejam mcm mak bapak dia..
alhamdulillah, bayi ini terselamat..

εïзmmyHazaεïз berkata...

Bagus tindakkan si member tu.. x tanggung dosa sama kan..

cetot berkata...

salam zai.. cetot ni.. hehe sabojekla... mcm mana die leh sembunyikan pregnancy die dari pengetahuan family ye..sebab dah 7 bulan.. x balik kg selama 7 bulan ke? adoi lahai.. perut boleh nampak... hebat betol..

Unknown berkata...

'Dlm dunia haiwan xde manusia, tp dlm dunia manusia ada haiwan' huhu..

sekbek kwn parent baby tu manusia, klu haiwan jgk, kesian la baby tuh..huhu

ayukhairy berkata...

kesiannya baby tu....mujur la kawan dia tu tak buang juga kan...

umiawadah berkata...

selamat sudah nyawa seorang bayi yang tidak berdosa

Zaidah berkata...

@az rina a.k.a jaijinanak jadik nateslah tu

Zaidah berkata...

@LYaFRINAjangan nak tambah lagi dosakan....tak baik...

Zaidah berkata...

@εïз mummyHaza εïзbetul tu...

Zaidah berkata...

@cetotorang klu dah buat benda haram...mesti pandai sorok punyer...

Zaidah berkata...

@~Siti Hajar~klu haiwan jugak...memang dah mati dah baby tu...

Zaidah berkata...

@ayu bagus kawan dia tu

Zaidah berkata...

@Syahidaalhamdulillah...

 
Direkacipta Oleh Ibu ComeL