Lagi cerita putus cinta Fasha Sandha & Jejai menjengah muka anda pagi ini. Hari ini, Hmetro melaporkan bahawaNora Danish berasa lega apabila tidak lagi dikaitkan dengan kisah putus cinta Fasha Sandha & Jejai.
Seperti yang kami paparkan dalam entri Kronologi Hubungan Fasha Sandha & Jejai, Sudah Lama Putus Cinta, hubungan Fasha & Jejai memang sudah lama terputus, kira-kira 2 bulan sebelum pemergian Fasha Sandha ke Bali.
Walaupun selepas hampir 3 tahun bercerai, pergolakan hubungan Fasha & Jejai kerap kali dikaitkan dengan Nora Danish, dan situasi itu membuatkan Nora Danish kerap bersedih. Namun, dia mengambil sikap mendiamkan diri & membiarkan waktu sahaja yang menentukan kebenarannya. Nora Danish juga menyatakan bahawa dia sedang mengenali seseorang seperti yang diluahkan oleh Jejai, semalam.
Namun, daripada sumber terdekat kami menyatakan bahawa kemungkinan besar Fasha Sandha & Jejai akan berbaik semula. Hasil daripada survey seramai 4127 responden, sebanyak 82% bersamaan 3397 undian tidak bersetuju Fasha & Jejai berbaik semula. Manakala, 18% bersamaan 730 undian bersetuju Fasha & Jejai berbaik semula. Fuh, tidak ramai sebenarnya yang merestui hubungan cinta mereka berdua.
Dalam edisi terbaru majalah Stailista, Fasha Sandha telah diambil sebagai covergirl untuk majalah tersebut. Namun, tajuk utama majalah tersebut tidak relevan lagi untuk dibaca.
sumber:ohbulan.com
20 conteng-conteng:
suka plak dgr die org dak berpisah....ada harapan nora berbaik semula demi anaknya:):)
hah? Agenda Asmara? hehehe...tak kisahlah dioerang nak berpisah ke ape.. Nora steady je..hot lagik!
dunia artis, putus cinta, kawin cerai dah perkara biasa...tp klu pndapat sy, baik jejai & fasha berbaik semula, nikah terus la, dh byk sgt kisah mereka bkasih-kasihan, halalkan trs la yg haram tu...btl x?
nampak sesekali si fashya ni cm dah tak betul dah..tpi nurul setuju sangat kalau jejai nak baik semula ngan nora tau bukan fashya sb ada ikatan anak tuh..cian anak lahir2je org tua dah bercerai..fasha tuh racun jer.hikhik memandaijerk.
Rajin betul bergossip nih...leh jadi wartawan hiburan nih...cayalah :)
Dah tiada jodoh , apa yang terjadi pasti ada hikmah harap pasni fasha akan lebih berhati2.
putus dah?? isk3.. kesian~
kesian gak..hehe
herm..no komen..ekeke.. =P
@Mieja@Amiizaa2001itulah yang sepatutnyer kan...
@::ienafazlyna::betul tu masih ramai peminat lagi...
@~Siti Hajar~tu pun betul jugak..biarlah nora carik yang better then jejai
@wan nurul hezrina abd halimtak suka dia...
@Sapura Sakurahehehe....hilangkan keboringan...
@Amy Syaquenajangan terlalu yakinkan...
@|| NaFiRaa ||ko macam perli aje dia tu...
@Adyshariznak buat macam mana dah takdir
@mamalieynaeina memang tak suka ngan fashalah tu...
dah takde jodoh la maknanya tu..hmm..tetiba rasa macam suka jer..hehe
macam2 la artis ni ,malas nak amik tau...ape pun semoga yang terbaik untuk mereka
Catat Ulasan