CINTA TIGA SEGI SHAHZ JASZLE

7.3.11


Peminat drama Asmara lakonan Shahz Jaszle akan menemui sekuel kedua mulai minggu depan, 8 Mac 2011 setiap hari Selasa pukul 9 malam di slot Lestary. Kali ini, pengarah Asmara 2 menampilkan barisan pelakon seperti Faralyna (Melati), Faezah Elai (Zaliya), Fize Elite (Tria), Dian P.Ramlee, Fauziah Nawi & Rahim Jelani.
Terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd, drama 13 episod ini mendapat sentuhan kreatif daripada sutradara Heykal Hanafiah. Lanjutan daripada musim lalu, Asmara seperti kehilangan semangat dan menjadi murung. Nek Mah sentiasa mengingatkan Asmara tentang tanggungjawabnya kepada Adam (anak Zaliya). Zaliya yang dianggap sudah meninggal dunia sebenarnya berada dalam koma kerana Sahlan sengaja menyembunyikannya daripada pengetahuan Asmara. Sahlan mahu menyingkir Asmara daripada kehidupan Zaliya buat selama-lamanya dan enggan mengakui Adam sebagai cucunya.
Selepas tiga bulan, Asmara mengambil keputusan untuk mengahwini Melati atas desakan semua dan demi Adam. Pada hari perkahwinan Asmara dengan Melati, Zaliya sedar dari koma. Zaliya kecewa kerana Asmara menganggapnya sudah mati dan anaknya kini dalam jagaan Asmara. Zaliya memulakan kehidupan baru dengan semangat positif atas bantuan kakaknya, Tria.
Asmara sibuk menguruskan syarikat ayahnya namun tidak disenangi oleh adik-adik tirinya, Fikri dan Zira. Mereka menganggap Asmara sebagai musuh yang mahu membolot harta. Melati pula menyambung pelajaran di peringkat Sarjana. Melati bertembung dengan Zaliya tetapi Zaliya memperkenalkan diri sebagai Suhana. Zaliya tidak dapat mengawal perasaan diri daripada mengintip kehidupan Asmara dan Melati.
Tria berkenalan dengan Ferhad (Fezrul Khan), seorang pemuda yang baru balik ke Malaysia selepas tinggal di luar negara selama 20 tahun. Ferhad mendampingi keluarga Tria termasuk Zaliya untuk mendapatkan maklumat Adam. Rupa-rupanya Ferhad ialah abang kepada Raziq dan merancang untuk membunuh Adam selepas ayahnya mewariskan harta kepada Adam.
Asmara terserempak dengan Zaliya tetapi Zaliya berjaya menyembunyikan rahsianya. Sejak itu, fikiran Asmara terganggu kerana wajah Suhana saling tidak tumpah seperti Zaliya. Melati yang kini sudah hamil sedar bahawa Asmara masih mencintai Zaliya. Masing-masing sengsara dengan perasaan cinta, cemburu dan prasangka tanpa menyedari muslihat Ferhad yang akan membahayakan nyawal si kecil yang tidak berdosa. Apakah Zaliya akan berterus-terang dengan Asmara? Masih adakah peluang kedua bagi Asmara dan Zaliya?

21 conteng-conteng:

AngahSayang2314 berkata...

mesti ceritanya bestkan?? apa pun nantikan esok....

Ghumaisha berkata...

ASKUM BLOGGER...ALREADY FOLLOW UR BLOG..JOM JD BLOG FOLLOWER DAN KLIK LIKE FB FANPAGE GHUMAISHA UNTUK MENDAPATKAN UPDATE TUDUNG2 YG TERKINI DIPARASAN..TQ

lydzar berkata...

Asmara 1 aritu tak sempat pon tgk ending dia..blur je

Amy Syaquena berkata...

Amy suka menonton cite nie tapi lepas dengar macam2 cerita sal si shaz tue terus x de mood nak tengok dah..

sarah mohamad berkata...

baru habis download drama asmara 1 ni. tak sabar nak layaaaan :)

mamaqari berkata...

mamaqari mmg layan la cita ni..x sabar nk tgk sambungan dier..lagu tema pn kena..mmg best!!!

MamaYatie berkata...

tak sabar nak nengok..saya follow cite ni

~Siti Hajar~ berkata...

xsabar tau nk tgk Asmara 2 ni, mmg follower citer dl, best la tgk citer2 gini, blh release tension, tmbh lg pelakonnya mantop2...hehe

munna berkata...

munna tak follow citer ni... mesti blurr bila tgk nanti...

LyNn HaMzAh berkata...

dah masuk season2 dah...yang first memang lynn x tengok tau...ramai yg cakap best...

mamalieyna berkata...

huuu asmara 1 pun tak sempat layan betul2..dh kuar no.2 punya dah ye..huu..nmpk gaya cam best jer..

Zaidah berkata...

@AngahSayang2314 tak sabar nak tunggu

Zaidah berkata...

@lydzarsama ngan zai...tapi citermelayu mesti kita fahamlah klu tengok sambungannyer

Zaidah berkata...

@sarah mohamadtengok cilok2 aje...tapi memang emosi jugak...

Zaidah berkata...

@mamaqarikita tunggu malam selasa yer...

Zaidah berkata...

@MamaYatiewaaaa...peminat setialah mama....

Zaidah berkata...

@~Siti Hajar~betul tu...jalan citer pun best....

Zaidah berkata...

@munnatapi citer melayu memang senang nak faham...

Zaidah berkata...

@LyNn HaMzAhzai tengok cilok2 aje...masa tengok tu memang best...

Zaidah berkata...

@mamalieynaklu ikut sinopsisnyer macam best....layan tengoklah eina...

Zaidah berkata...

@Amy Syaquenaklu tentang pelakon tu memang tak best cuma tengok watak yang dia bawak ajelah best...

 
Direkacipta Oleh Ibu ComeL