‘Goyang lalok’ rai hari lahir

2.3.11

‘Goyang lalok’ rai hari lahir

KUALA LUMPUR: Gara-gara mahu meraikan hari lahir rakan secara luar biasa, 25 lelaki dan lima wanita ditahan ketika ‘goyang lalok’ dalam satu parti liar dadah dan arak yang dianjurkan mereka di sebuah hotel di Jalan Pudu, Pudu Ulu di sini, Sabtu lalu.


Difahamkan, semua suspek berusia antara 18 hingga 30 tahun itu ditahan sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras ketika asyik menari dipercayai di bawah pengaruh dadah dan alkohol.

Malah, ada dakwaan mengatakan kumpulan terbabit turut melakukan hubungan seks ketika meraikan majlis hari lahir seorang daripada mereka. Semua mereka dipercayai saling mengenali antara satu sama lain.


Dalam serbuan kira-kira jam 4 pagi itu, pihak berkuasa turut merampas pelbagai jenis dadah, antaranya Eramin 5, methapetamin dan Ecstasy.

Menurut sumber, sepasukan polis bergegas menyerbu bilik hotel bertaraf tiga bintang itu selepas menerima aduan daripada penghuni lain kerana kumpulan terbabit dikatakan membuat bising sehingga mengganggu ketenteraman mereka.


“Ketika serbuan dilakukan, ada segelintir daripada kumpulan terbabit masih menari kerana dipercayai di bawah pengaruh dadah.


“Semua yang ditahan kemudian dibawa ke balai polis untuk pemeriksaan dan siasatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh ketika dihubungi, mengesahkan penahanan kumpulan terbabit.




“Hasil ujian air kencing yang dilakukan, 19 daripada mereka termasuk dua wanita didapati positif dadah. Malah, pihak berkuasa turut merampas pelbagai jenis dadah yang digunakan dalam parti berkenaan.

“Mereka semua akan direman sehingga hari ini (semalam) dan akan dihadapkan ke mahkamah esok (hari ini),” katanya.


Mohan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 12 (2) dan Seksyen 15 (1a) Akta Dadah Berbahaya 1952.


“Saya menasihatkan orang ramai terutama ibu bapa supaya sentiasa memantau perkembangan anak masing-masing bagi mengelak kejadian sama berulang,” katanya

7 conteng-conteng:

Hamizah berkata...

apa dah jadi dgn manusia skrg?

Normaliza berkata...

jgn la ada antara anak-anak kita terlibat dgn perbuatan camni..AMIN..

dinor's family berkata...

dunia akhir zaman lg teruk dr zaman jahiliah.........jauhkn la dr kuaga kita bnda2 yg xelok ni.......

CuTeMiUt78 berkata...

ish...ish.. dunia sekarang kan.. mcam2 ragam..minta di jauhkan la ngan perkara2 yg tak elok ni..

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. berkata...

zaman skrg dah mcm nie...nanti zaman anak² kita mcm ne pulak kan? takutnyer!!

Amy Syaquena berkata...

Masyaallah,apa nak jadi la dengan manusia sekarang nie..

munna berkata...

aduhai apa nak jadi muda-mudi skrg ni.. sepatutnya raikan dgn kesyukuran sebab Allah panjangkan umur...

 
Direkacipta Oleh Ibu ComeL