Parti Birthday Erma Fatima Disaji Tarian Lucah, Memalukan!

30.3.11

Sambil makan2....sambil BW so ternampaklah tajuk nie kat www.ohbulan.com ....aku nak komen lebih2 takut kena tindakan plak...tak apelah aku komen dalam hati ajelah hanya Allah dan aku aje yang tahu....terpulang kat mata pandangan korang sendiri ....

Classy sangat majlis hari jadi Erma Fatima dihidangkan dengan tarian lucah oleh penari Nyah yang berpakaian menjolok mata. Ada yang berbikini, tak kurang yang menyarung g-string serta melakukan aksi menonggeng punggung terhadap para jemputan.


Hairan juga apabila Erma mengatakan di Twitter berbunyi, “Salah ke sy menghargai keikhlasan & pemberiannya? Knp isu itu mahu d perbesarkan? Itu tdk adil & menghina mreka yg bkn menjual diri mereka!’

Apa maksud Erma? Adakah soal keikhlasan harus diukur dengan aksi tarian lucah? Logik akal, kalau tarian lucah dihidangkan, bukan susah pun nak melangkah kaki keluar daripada majlis. Pihak penganjur pun salah, aksi Nyah sedemikian tidak patut disajikan kepada tetamu, memalukan!

Apatah lagi majlis ini turut disertai oleh VVIP seperti Ketua Pengarah Istana Budaya, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad dan produser drama bercorak Islam di TV AlHijrah, Kala Terbit Cinta. Tidak wajar seorang kawan (penganjur) memanggil Nyah melakukan aksi lucah untuk menghiburkan para tetamu. Mujur, tetamu VVIP yang hadir hanya sempat duduk untuk 5 minit.

Kes sebegini, bukan sahaja imej Erma tercemar, malah imej para VVIP turut kena tempiasnya.

Dalam satu kenyataan, Erma ada menyebut bahawa dia tidak menganggap ‘kejutan’ itu adalah satu penghinaan terhadap imejnya. Tambah Erma lagi, kalau itu hadiahnya maka itulah yang diterima seikhlas hati.

Kenapa pula ‘kejutan’ itu bukan satu penghinaan? Tarian lucah, bukan hinaan? Pelik?

Kalau pihak penganjur ni jenis yang ada ‘akal’, mereka sebenarnya boleh buat kejutan yang lebih menarik seperti pertandingan karaoke, aksi stunt & lain-lain lagi. Kenapa tarian lucah juga yang menjadi pilihan?

Dalam situasi ini, kami bukan menghina golongan Nyah. Tapi kami nak tegaskan, dimana letaknya akal pihak penganjur ketika membuat perancangan majlis hari jadi ini?

Anda fikir, anda nilaikan.

28 conteng-conteng:

CuTeMiUt78 berkata...

oooppsss..... rasanya tak patut di majlis sambutan ulangtahn di buat ngan persembahan camtu... tak setuju..

MamaYatie berkata...

huhu...tak berani nak komen lebih..mungkin ada cerita disebaliknya yg tak dijelaskan dengan betul

Zue AnnaLeeya berkata...

huhuhu... tak brani nak komen lebih2... tp rasanya mmg tak patutla...

[leily.laily] berkata...

perghhhh, cam negara omputes plak..
ntahla labuuu.. pandai² la kome..
slh ckp kan nnti ke dalam.. ;p

mamaarifakeemaisy berkata...

Astagfirullah...hal azim... huu~ sedih lah~

♥ aNJe a.k.a MaMa_BaLQis ♥ berkata...

mak ai baik punyer party, tak malu ke wat benda2 camni kan kita kan orang islam

Unknown berkata...

Bagi apa pun diterima dgn ikhlas..xleh kata apa dah klu dh keluar kenyataan camtu..dunia.. dunia...

Ummi Shira (AshAnas) berkata...

erma nk jaga hati org tu kot... tp klu saya, siyes, mmg rasa malu dan terhina...

@e_da berkata...

setuju kata asya tu.. merosakan imej erma lak nanti kan

munna berkata...

tak berani nak komen juga... tapi dah orang lain tegur tu minta maaflah je lah

Naimatul Hafizah Nor Rodin berkata...

lama tak ke mari...cantik blog zaidah skrg.
memalukan betul la....tak nak komen lelebih, nanti kena gam pulak!

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

opppsss....gulp!!

Unknown berkata...

mungkin bagi erma dia rasa dia seronok malam tu jadi semuanye dia rasa ok la..
cuba kalau dia kat tempat kita
tak mustahil dia pun rasa tu satu kesalahan..

dyea irdina berkata...

dah nmnya artis,org seni...pemikiran dorng tak sama cam kita ni..walaupun pakai tutup litup tp jawapan sentiasa ada...jgn la keturunan dyea ada yg jd artis..selisih!selisih!

ibu_Arifa berkata...

huhuhu..sabar jer lah..macam2 hal diorg ni kan.

Unknown berkata...

ish...kenapa la jadi cenggini??
blom cukup ilmu tuh...huhu

ct N honey berkata...

mmg tak patut,tak sesuai dgn penampilan diri erma sendiri,

eB berkata...

terkedu

Zaidah berkata...

@CuTeMiUt78klu buat kenduri lagikan bagus

Zaidah berkata...

@MamaYatieitu yang kita tak tahu tu

Zaidah berkata...

@Zue AnnaLeeyatahu tak ape...

Zaidah berkata...

@♥Leily|Ummi Alya Husna♥tu lah pasal klu komen lebih2...kena plak

Zaidah berkata...

@mamalieynasampai jadik macam tukan

Zaidah berkata...

@♥ aNJe a.k.a MaMa_BaLQis ♥macam dah tak bleh fikirdah dosa ke pahala

Zaidah berkata...

@~Siti Hajar~kenyataan dah keluar tak bleh nak tarik balik

Zaidah berkata...

@AshAnasmemang sungguh terhina sebab dengan keadaan kita yang bertudung disajikan sedemikian rupa

|| NaFiRaa || berkata...

isk3.. apelah nak jadik~

adianiez AIDA berkata...

hmmm pe nak jadi???

 
Direkacipta Oleh Ibu ComeL