Anda selalu dengar orang berkata, cinta pandang pertama. Biasa kita dengar ungkapan itu daripada pasangan suami isteri yang bahagia. Ada juga sesuatu pasangan itu apabila ditanyakan bagaimana mereka boleh bertemu dan berkahwin, dengan bangganya mereka berkata inilah berkat cinta pandang pertama.
Apa istimewanya cinta pandang pertama?
Berdasarkan kata-kata di atas dapat kita rumuskan bahawa hasil cinta pandang pertama, sesuatu perkahwinan itu akan membawa kebahagiaan. Tetapi tahukah anda mengapa cinta pandang pertama dan bagaimana dikatakan cinta pandang pertama, dan mengapa cinta pandang pertama itu boleh menjadikan sesuatu pasangan bahagia?
Di sini saya ingin mengajak remaja termasuk pelajar universiti yang sedang mencari pasangan supaya bersama saya meneliti isu ini dengan penuh minat. Semoga dengan ini anda semua akan boleh mencapai kebahagiaan hasil cinta pandang pertama.
Pandang pertama bermaksud, seseorang lelaki atau wanita yang secara kebetulan terserepak dengan pasangan yang belum pernah kenal. Apabila dikatakan cinta pandang pertama, bererti hasil pertemuan yang tidak terancang itu sudah ada bibit cinta antara kedua, rasa cinta mula berputik di hati. Pada pertemuan itu mereka mungkin tidak sempat berkata-kata, tetapi sudah tersimpan dalam hati bahawa “dia sesuai untuk aku.”
Hasil pertemuan itu, salah seorang daripadanya akan cuba merisik dengan bertanya-tanya kawan masing-masing kalau-kalau mengenali orang yang dimaskudkan itu. Apakah yang menyebabkan seseorang itu mahu didekati dan dikenali secara lebih dekat?
Ya, sudah pasti pada lelaki atau wanita yang dipandang itu terdapat keistimewaan. Mungkin terpancar pada wajahnya akhlak yang baik, mungkin pada tingkah lakunya terserlah kasih sayangnya. Dan mungkin pada rupanya yang manis terserlah hati yang suci.
Bolehlah pandang pertama itu sudah boleh dibuat ukuran? Kenapa tidak? Lazimnya pertemuan pertama tanpa terancang akan terserlah keaslian peribadinya.
Maknanya kalau kita jumpa seseorang yang kita belum kenal, kita akan kenal perwatakan asalnya. Jadi, kalau dia seorang yang baik budinya, sepanjang pertemuan itu dia akan menampakkan kebaikannya. Sebaliknya jika dia seorang yang panas baran sebagai contoh, sewaktu pandang pertama itu sudah nampak riaknya, sudah nampak kelibat buruknya. Kalaupun tidak nampak pada awalnya, akan terlihat juga sesekali kemudiannya.
Inilah yang dikatakan cinta pandang pertama. Pandang mata itu biasanya tidak menipu malah orang yang dilihat juga tidak sempat menipu. Apabila hati sudah berkenan tindakan seterusnya perlu disusuli iaitu jalinan secara yang dibenarkan oleh Islam. Selagi mereka tidak mencetuskan dosa, sudah pasti mereka boleh menjadi suami isteri yang bahagia.
Memahami maksud di atas, maka pertemuan yang terancang tidak boleh dikategorikan sebagai cinta pandang pertama. Sebagai contoh, perkenalan melalui internet, SMS atau telefon, setelah sekian lama bercinta, tentu mereka merancang pertemuan empat mata. Siapa yang boleh pastikan bahawa pertemuan itu akan menampilkan watak yang tulen? Saya pasti pertemuan terancang itu akan mengundang watak pelakon yang pastinya berlainan daripada asal.
Bayangkan jika hasil pertemuan itu mereka berakhir di jinjang pelamin, adakah perkahwinan mereka boleh bahagia? Mungkin dalam kehidupan itu penuh lakonan demi cinta. Kalaupun boleh bahagia, mereka terpaksa berhadapan dengan krisis yang memeritkan.
Di sini saya sekali lagi mengajak remaja termasuk pelajar universiti yang sedang mencari pasangan agar mencari cinta, dapatkah cinta pandang pertama. Setelah ada ciri-ciri kebaikan yang dicari, risiklah secara lebih dekat melalui wakil yang jujur. Setelah itu, binalah hubungan secara lebih dekat dengan bertemankan kawan yang amanah. Setelah berpuas hati, mintalah ibu bapa rancang peminangan dan seterusnya perkahwinan.
Percayalah kalau kaedah ini dapat diikuti, pasangan itu akan bahagia sehingga ke dalam syurga.
sumber:email
27 conteng-conteng:
setuju dgn artikel tu, sy pn kira cinta pandang pertama tau...huhahuha...ekekekek
cinte pertama saya tak kesampaian tapi cinta terakhir bawak ke pelamin=)hikhik
munna punya husband sekrg ni bukanlah cinta pandang pertama.. mula2 jumpa tak berkenan langsung tapi mak dan ayah dah suka terima je... tapi bila dah kahwin syukur dikurniakan dia sebagai pemimpin munna...
first luv kue sadih gler....time2 ngah cbuk ngan final projek pakwe kue leh wat hal...dier de orang lain, ggur jantung kue bler tngok dier ngan pempuan2, happy gler kue tngok dier ngan pempuan2....ckit pon xde maap dari mlut dier
Cinta pandang pertama amy tak kesampaian kak , dia pergi mengadap illahi huhuhU~
hubby lily tak taulah cinta pandang kebrp.. :D
Zai..comellah header..
uwaaaaaaaaaaaaaa header akak chantekk..teringat lagu arwah achik kau yang paling comel..selalu karok ngan boypren no empatblas..ops..huhu
saya dah terlebh pandang,baru suka...
saya ngan hubby
mmg cinta pandang pertama
hubby pom gtu sb saya da risik kwn2 dia..hehe..xpenah ade awek..keh3..
saya pom gtu..xpenah ngorat kecuali jumpa ngan hubby..5 thun kwn..then kami kawin..kira kenal hubby masa kami sama2 umo 20 tahun lagi..hehe..dan yg lebih gembiranya..saya rasa hubby ngan saya sama shj spt masa kami mula2 jumpa dahulu..xdak berubah..saya lagila..camtu je..cuma hubby sedikit kechubian..gumuks sket..hahaha
**terpnjg pulok doh..
hee...kita lak pndang pertama cam tak berkenan lg, tp dh lama2 sket kenal..baru rasa keserasian..Insyaallah hrp kekal hingga ke syurga..Amin...
sha kene pandang lama2 baru suka..hehe
payah nk kenal hati budi org kalau pandang kejap jer
Yeah! setuju sangat dengan apa yang diperkatakan. Namun untuk bahagia dan cinta sentiasa mekar dihati... resepinya adalah menerima pasangan kita dgn seadanya.. Jgn melihat kekurangan yang ada pada pasangan kita. Sebaliknya melihatan kelebihan pada dirinya. Apa2 pun dear thanks yer kerana sudi singgah ke blog saya. Keep in touch =)
Awak kena tag http://fizalinolie-buahhatiku.blogspot.com/2011/04/giveaway-purse-polo-by-darkbatman.html
Jom... Tengok =)
cinta pertama saya cinta monyet kot.. zaman skolah2 dulu.. muahaha
@~Siti Hajar~cintan pandang pertama membawa bahagia...hehehe
@hezrina83alhamdulillah.....bahagiakan...
@munnakirakan cinta pilihan keluargalah nie....
@first luvalahai mcam gitu jadiknyer...buaya betul pakwe awak tu
@Amy Syaquenaal-fatihah untuk dia amy...
@LiLy @ MumMyQiStInAhehehe...dah tak terkira ker lily...ramai nie cintan nie....hehehe..
terima kasih lily....nak tunggu tutorial font lily lagi
@♥ Che NamNam ♥terima kasih shiela.... ramainyer bf ko....hehehe
@ct N honeyhahaha....
@sarah-najwantahniah...cinta pandang pertama hingga ke jinjang pelamin
@mamalieynaalhamdulillah eina....kekadang yang tak berkenan tu yang bahagia
@Adysharizkenal hati budi dulu..baru sangkut..
@Fizalinoliebetul tu...kena terima pasangan kita seadanya...
@|| NaFiRaa ||cinta zaman sekolah...
Catat Ulasan