Kanak2 3 Tahun Lemas

24.5.11



Tindakan tergesa-gesa seorang lelaki yang tidak mahu ketinggalan menghadiri upacara pengebumian sepupunya mengundang padah apabila dia pula kehilangan anak bongsunya yang lemas selepas tertidur bersendirian di dalam kereta kelmarin.
Kejadian pukul 11.45 pagi di Tanah Perkuburan Islam Morak dekat sini itu menyebabkan Nor Izyan Natasya Ishak, 3, menemui ajal selepas dia dibiarkan tidur di tempat duduk belakang kereta jenis Perodua Kancil selama hampir satu jam dalam keadaan kesemua pintu dan tingkapnya tertutup rapat.
Ketika ditemui, keadaan Nor Izyan begitu lemah manakala tubuh serta pakaiannya lencun dibasahi peluh ekoran tindakan bapanya, Ishak Salleh meletakkan kereta itu di bawah panas terik. Jarak antara kereta dan kubur itu kira-kira 500 meter.
Anak bongsu daripada enam beradik itu disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Wakaf Bharu dekat sini akibat kekurangan oksigen.
sumber: kosmo

15 conteng-conteng:

LYAfrina berkata...

YA ALLAH..
SEDIHNYA..

SEMOGA TENANG DI SANA.. AMIN

MamaYatie berkata...

terlalai sedetik, hilang yg tidak berganti

cik dah faridah berkata...

cerdik sggh tindakan bapa ni...x sek hbis agaknyer...

walaupun jarak dekat..kalu dah cermin tertutup rapat cemana nak bernafas kan...

beringat2la semua....

dinor's family berkata...

kesian anak tu...mcm mana dia mnahan panas n lemas slama 1jam...knp la ayahnya xtfikir bahaya tu...mgkn dah ajal tp pgajaran buat suma ni......

mummyrinazone beauty berkata...

akibat kecuaian manusia...tapi takdir menentukan..tapikan sebolehnya jgnlah cuai nnt menesal seumur hidup..al fatihah..

mummyrinazone beauty berkata...

eh nurul follow semula yea sb guna author baru

matahati-aishahazhar berkata...

herm.. tak tau nak kata macam mana.. dengar kematian budak kecik ni memang buat airmata keluarlah

Unknown berkata...

anak-anak tunggu papa isi minyak dalam 5 minit pon dh terasa panas..itu nasib baik bukak tingkap sket..inikan pula berpanas dgn tingkap rapat sejam..kesian nya anak itu..

LUNA LANUN berkata...

saya datang, saya baca, rupanya saya dah follow blog ni dulu.. :)

munna berkata...

AL-FATIHAH BUAT ARWAH...KLU BOLEH JGNLAN DISEBABKAN KECUAIAN KITA ANAK KITA PERGI BEGITU SAHAJA.. SENTIASALAH BERINGAT...

Nur Hawa Mohd Zin berkata...

ya Allah..kenapa la tglkan anak dapat kete sorng2..kalu tak pkr akan lemas..pkr kan la orang pecah kereta ke..

Jue berkata...

sedihnya....
mcm mana ayah dia boleh tak perasankan....
sedih betullah

sekadar satu coretan berkata...

ade dgr kat radio mase nak gi keje td...sedih sgt...

alfatihah untuk anaknye tu..

Ummi Salsabila berkata...

mcmana ayahnya boleh cuai.menyesal tidak sudah..Ya Allah.mungkin sudah ajalnya.Al-fatihah..

eB berkata...

masyallah, naper bapak dier luper eh?... sedeynyer... alfatihah...

 
Direkacipta Oleh Ibu ComeL