Sejarah Hari Ibu....Fikirkanlah...

4.5.11

Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.
 
Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.

Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.

Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.
Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia. 
 
Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.
 
p/s terpulanglah kepada kita yang hendak menilaikannyer....

27 conteng-conteng:

MamaYatie berkata...

mcm tu pulak yer..takper la..kita sambut jer hari ibu tiap2 hari..tanda kasih sayang kita pada ibu..ngeee

ch@ berkata...

kalau ikut hari omputih ni, semua memang ada sejarahnya. kita ni je la rajin nak sambut atau mudah terikut. hari-hari, hari ibu. lagi bulan mei minggu pertama, tahun kedua menyambut hari bergelar ibu. kekeee.

Unknown berkata...

hmm semua ada kaitan dgn sejarah lama org kristian rupanya..

mamaarifakeemaisy berkata...

herm...apapun semuanya berbalik pada niat kita sendiri kan..apa slhnya anggap je hari2 adlh hari ibu..kan senang..hee~

sarah-najwan berkata...

kita niat sambut hari ibu krn sayang akn ibu kita..

Unknown berkata...

mommy tak sambut pun hari ibu tu...befday sendiri pun tak,,,befday anak2 je~kalu tau benda tu dah menyalahi..baik tingglkan je..nanti keluar fatwa dari harunsani, baru nak tinggalkan~salam petang zai

sekadar satu coretan berkata...

baru tau...
kite sambut dgn niat kasih sayang..antara ibu n anak2 jer la ye..untuk mengeratkan lagi kasih sayang sesama keluarga...

ayukhairy berkata...

alahai..ada kisah rupanya hari ibu ni ye..thanks for sharing ye zai...

Zuwairi Aiman berkata...

Salam kunjungan.. singgah la ke blog saya ;)

Bardboo berkata...

mcm tu rupanya..baru tahu..huhu

Asri Alam berkata...

janji terletak pada niat kita. setiap hari, hari ibu, setiap hari sayangi ibu, prihatin dgn ibu. tentu tak salah jika niat mcm tu :)

munna berkata...

munna sambut hari ibu hari2 ..tiap2 hari nakin sayang pada ibu

zaidah berkata...

@MamaYatieapa salahnyer kita sayang kat ibu sambut hari ibu setiap hari...

zaidah berkata...

@ch@betul tu cha...kita orang muslim nie mudah sangat ikut hari2 omputih nie..

zaidah berkata...

@lydzarbegitulah kisahnyer

zaidah berkata...

@mamalieynasetuju ngan eina.....niat kita murni untuk ibu kita..bukannyer ibu tuhan..

zaidah berkata...

@sarah-najwansokong...

zaidah berkata...

@mommylavendertapikan setakat nie tak ade fatwa yang kita dengar tentang tu kan...

zaidah berkata...

@ainnorainiitulah yang sebaiknyer..niat untuk ibu n anak aje...

zaidah berkata...

@ayusesama ayu...

zaidah berkata...

@Zuwairi Aimaninsya Allah...nanti akak singgah...

zaidah berkata...

@bArdbOOselama ini kita tak tahu kan....

zaidah berkata...

@Sasa Al-Sharifbetul...yang penting niat kita ikhlas ngan ibu...

zaidah berkata...

@munnabetul munna...setiap hari adelah hari ibu....

♥MiZz-siHa♥ berkata...

ye ke??mcm tu plak..xpe la..kt smbut je beday ibu..hari ibu..xpon hari2 adalah hari ibu..

Riffzam berkata...

hari ibu tak payah sambut pun tak mengapa.tak kan lah setahun sekali baru nak hargai ibu.mengapa tidak hari-hari sebab pengorbanan ibu tu terlalu besar.yg penting setiap anak perlu ingat akan jasa ibu dan menjaga semula ibu mereka kelak.sbb mcm biasalah,ibu blh menjaga 10 org anak tapi tak semestinya 10 org anak tadi blh jaga ibunya balik kan.

erm.mcm-mcm yg kita sambut sebenarnya mempunyai tersurat & tersiratnya.bahaya juga tu. :) kena berhati-hati lepas ni.

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. berkata...

baru tahu..tq sharing.

kina nk share cite nie blh?

 
Direkacipta Oleh Ibu ComeL