Fanpage Bantah Tayangan Tahajjud Cinta Diwujudkan?

22.7.11


Drama arahan Erma Fatima hasil lakonan pelakon popular Fazura, Shahz Jaszle & Fauziah Gous mula mendapat tentangan daripada sebuah kumpulan fanpage.
Fanpage Facebook, “Kami Bantah Tayangan Perdana Tahajjud Cinta” telah diwujudkan dengan jumlah penyokong sekitar 600 orang (buat masa ini). Motif penubuhan fanpage berkenaan dikatakan, “membantah jalan cerita dan gaya lakonan yang jelas menghina muslimat yang berpurdah.”
“Kami masih lagi membuka ruang untuk komen dan kritikan membina terhadap drama Tahajud Cinta. Kita bukan mahu menjatuhkan industri filem, malah mahu industri ini berkembang selari dengan kehendak Islam. Islam itukan syumul,” kata admin Fanpage berkenaan melalui statusnya.
Ada pendapat yang sensitif dengan penayangan Tahajjud Cinta kerana dipercayai menjatuhkan institusi pendidikan sekolah pondok.
Seorang penyokong Fanpage bernama Muhamad Nazri berkata, “Dalam cerita Tahajjud Cinta ini ingin menyampaikan mesej bahawa orang yang mengajar di pondok adalah orang yang jahil agamanya & bersikap jahat, dan orang yang belajar diluar negara itu adalah orang yang baik belaka… ini akan menjatuhkan istitusi pondok.”
Namun, ada yang menyokong penayangan Tahajjud Cinta dengan memberikan pendapat yang lebih terbuka.
“Watak tak semua perlu sempurna untuk sesebuah drama. Ada sebabnya diletakkan begitu supaya ada pengajaran yang mahu ditunjukkan. Itu lebih kepada realiti kehidupan kita sebenar. Bertudung tapi.. seorang ustaz tapi.. kemudian berubah. Itu realiti. kita tidak mahu tengok watak yang sempurna saja dalam drama. Drama yang mencabar mentaliti orang yang menontonnya lebih bagus! itu namanya drama, ” kata Desyntha Desy di Fanpage berkenaan.


Sumber:

17 conteng-conteng:

Unknown berkata...

saya suka cite ni

Bardboo berkata...

setiap org ada pandangan sendiri.. =)

ch@ berkata...

drama yg berbeza, sesekali melayan takde salahnya. kita suka tengok.

Anamarza berkata...

kurang nak layan sikit citer ni, tgk gitu2 je,

LYAfrina berkata...

citer ni best..

rasanya psti ada msg y ingin disampaikan..nama pon kehidupan..

Unknown berkata...

sejujurnya lia blm penah tgk citer ni sepenuhnya...cuma kdg2 je dpat peluang tgk sikit2...

lumrah manusia x semua sependapat kan...ada jer yg x kena....ssh nak puaskan hati semua org....

Nur Hawa Mohd Zin berkata...

awe tak tgk pula...huhu...jadi tak tahu nak komen

maszmadi berkata...

kadang2 jerk tertengok cite nie.....

bergantung pada persepsi n fahaman orang yang menonton kan, tapi jangan samapi menyimpangkan aqidah umat islam la kan.

Unknown berkata...

ketinggalan episod pertama....

Ummi Aisyah || Cik Yah berkata...

baru sekali tengok..tak berani nak komen lebih2 :P

Shiela Luddin berkata...

erk tak berani nak cakap sebab tak pernah tengok ponn...memang tak pernah tgk langsung citer nehh..hehe

Cikrosecute berkata...

saya suker cerita nie...kan...baru sekali di tayangkan....hihihi

e.l.i.z.@ berkata...

ter-missed episod mlm td..nk tahu jgk penerimaan mama citra dgn perubahan citra

semua drama ada pro n cons..mostly nk bg pengajaran..bukan nk menjatuhkan ..susah nya nk puaskan hati semua pihak..suh dia je la mengarah drama :P

MamaYatie berkata...

takkan dlm drama nak tunjuk watak yg baik2 semata..kdg2 kena tunjuk juga yg tak brapa best..dlm dunia realiti kan begitu..yg penting kita tengok mesej yg disampaikan

[leily.laily] berkata...

tgk gak mlm br ni..
heheh, tp tataw ape jln cite lg.. ;p

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ berkata...

lo mcm2 la kan...siap ada fanpage lg tu...ayoyo...

Pija Madzlan berkata...

Saya tetap follow cerita ni...mungkin ada sesuatu yg nk ditonjolkan di akhir rancangan... cuma di pangkalnya saya tak setuju bila pemimpin pelajar muslimat keluar musafir mcm tu dgn lelaki yg bukan suami dia :) selebihnya, nnt kita kaji...mungkin ustaz pondok yg samtin wrong tu akan terima natijahnya kelak :))

 
Direkacipta Oleh Ibu ComeL