KENANGAN...Safura bersama suami, Sharonizam Noor serta anak-anak, Allahyarham Nur Aisyah Mariam (dua kiri) dan Yusoff Firdaus menjayakan satu program televisyen sempena Aidilfitri Ogos lalu. Foto: Munira Abdul Ghani
KUALA LUMPUR: Anak kepada penyanyi, pelakon dan penggiat teater, Safura Yaacob, Nur Aisyah Mariam, tiga tahun meninggal dunia semalam selepas Maghrib kerana demam berpanjangan sejak tiga hari lalu.
Anak ketiga kepada penyanyi yang popular menerusi lagu Sedalam Mana Cintamu itu adalah anak sulung hasil perkahwinannya dengan Sharonizam Noor juga seorang pelakon.
Safura ketika dihubungi berada di Hospital Ampang Puteri sedang menunggu jenazah anaknya dimandikan sempat menyatakan rasa hibanya kerana kehilangan anak secara tiba-tiba.
“Saya tidak tahu dan tidak mampu berfikir ketika itu kerana semuanya mengejut. Apapun saya menyifatkan kehilangan Mariam adalah ketentuan dan suratan buat saya sekeluarga. Saya terima walaupun hakikatnya begitu pedih untuk ditelan.
“Saya memang tidak tahu punca kematiannya kerana apa yang saya tahu, anak saya demam dan badannya panas sejak tiga hari lalu. Lantas Mariam saya hantarkan ke Hospital Ampang Puteri, namun ketika itu doktor hanya mengklasifikasikan demam biasa. Peliknya selepas pulang dan mengambil beberapa ubat yang diberi, suhu badannya tidak menurun.
Justeru petang tadi selepas beberapa hari suhu badannya masih sama malah lebih teruk, saya bawa sekali lagi Mariam ke hospital yang sama petang semalam. Namun selepas beberapa jam dirawat, doktor mengesahkan Mariam sudah meninggal dunia dan tidak dapat diselamatkan.
“Jadi saya memang tidak tahu untuk menjelaskan bagaimana,” katanya yang tidak mampu memberi kenyataan lanjut kerana tidak mampu menahan perasaan sebak.
Safura ketika dihubungi berada di hospital bagi menunggu jenazah anaknya dimandikan sebelum dibawa pulang ke kediamannya di Ampang. Jenazah Mariam akan dikebumikan hari ini sebelum Zuhur.
Hasil perkahwinan Safura sebelum ini, dia dikurniakan dua anak, Nurul Natasha 17 dan Muhammad Daniel Khaqim 11. Bersama suami sekarang, Sharonizam Noor, pelakon itu dikurniakan dua anak Nur Aisyah Mariam dan Yusoff Firdaus yang masih berusia setahun.
Malah Safura yang pernah tampil bersahaja menerusi teater Ronggeng Rokiah dan Terima Kasih Cinta kini sedang sarat mengandung lima bulan.
sumber: harian metro
16 conteng-conteng:
ya allah tabahkan la hati ibu bapanya.. kita yg mendengar terasa berat apatah lg dia yg menanggungnya semoga mereka tabah.. alfatihah
memang sedih kan, bila mana anak pergi dengan tiba2...
comel anak dia...
al-fatiha..
td ade baca..sedihkan
ya Allah,sedihnya baca..tak dpt bygkan..moga safura sekeluarga tabah mengahadapi dugaan ni..
Al-fatihah..satu lagi bidadari syurga..
al-fatihah ..
ya allah ya tuhanku, jangan engkau menguji kami jika ujian itu tidak mampu dipikul oleh kami aminnn ...
besar dugaannya ...
Al Fatihah..sedihnya.mmg syurga buat anak nya...
mmg sedih sgt..terharu dn bergenang air mata
moga safura dn suami tabah..
al-fatihah..
mmg terkejut dgr berita ni..
semoga keluarganya terus tabah..
al-fatihah....
moga sapura tabah..
alfatihah...sedihnya.. demam apa ye sampai boleh meninggal mcm ni
al-fatihah..
AlFatihah...sedihnya baca.
innalillah... sedihnyer.... x sanggop...
alfatihah...
semoga sapura tabah mghadapi ujian ni..alfatihah..n takziah...
memang sedihkan...hati ibu mana yg boleh terima situasi mcm ni...:)
Innalillah!! Al-Fatihah buat arwah!! Ya Allah!! Dugaan Allah!! Takziah buat keluarga arwah..
ya allah..berat nya dugaan di kala msh dlm bln syawal ni...takziah buat keluarga safura..hrp2 la dia tabah dn redha..
Catat Ulasan