Amalan bersedekah di waktu ada dan tidak ada akan memurahkan lagi rezeki kita. Jika kita mempunyqi wang yang sedikit, hulurkanlah sedikit tetapi jika ada lebih hulurkanlah lebih. Jangan menjadi bakhil untuk membuat kebaikan. Niat bersedekah kerana Allah Ta'ala, Insya Allah akan diberkati. Umpama citer dibawah....
Di kota Array terdapat seorang Qadhi yang kaya-raya. Suatu pagi di hari Asyura' datanglah seorang miskin meminta sedekah. "Wahai tuan Qadhi, saya seorang miskin yang mempunyai tanggungan keluarga. Demi kehormatan dan kemuliaan hari ini, saya meminta pertolongan dari tuan. Berilah saya sedekah sekadarnya berupa sepuluh keping roti, lima potong daging dan dua dirham wang."
Qadhi menjawab, "Datanglah selepas shalat Zuhur!"
Selepas shalat Zuhur, orang miskin itu pun datang. Sayangnya si Qadhi kaya itu tidak menepati janjinya dan menyuruh si miskin datang lagi selepas shalat Asar. Selepas waktu yang dijanjikan, untuk kali keduanya ternyata si Qadhi tidak memberikan apa-apa. Maka keluarlah si miskin dari rumah si Qadhi dengan penuh kecewa.
Ketika si miskin sedang berjalan mencari-cari, ia melintas di depan seorang Nasrani yang sedang duduk-duduk di hadapan rumahnya. Kepada orang Nasrani itu si miskin minta sedekah, "Tuan, demi keagungan dan kebesaran hari ini berilah saya sedekah untuk keluarga saya."
Orang Nasrani itu bertanya, "Hari apakah ini?"
"Ini hari Asyura, "kata si miskin sambil menerangkan keutamaan dan kisah-kisah hari Asyura'. Rupanya orang Nasrani itu sangat tertarik mendengar cerita si peminta sedekah dan hatinya berkenan untuk memberi sedekah.
"Katakan apa engkau inginkan?” tanyanya.
"Saya memerlukan sepuluh keping roti, lima potong daging dan uang dua dirham saja,” jawab si miskin.
Dengan segera orang Nasrani itu memberi si peminta sedekah semua keperluan yang dimintanya. Si peminta sedekah pun kembali dengan gembira kepada keluarganya.
Adapun sang Qadhi bermimpi di dalam tidurnya didatangi seseorang. "Angkat kepalamu!" kata suara dalam mimpinya. Dia pun mengangkat kepala, tiba-tiba tampak di hadapan matanya dua buah bangunan yang cantik. Sebuah bangunan dibuat dari batu-bata berbalut emas dan sebuah lagi dibuat dari bahan yang berkilau-kilauan warnanya.
Qadhi itu bertanya, "Ya Tuhan, untuk siapa bangunan yang sangat cantik ini?"
Terdengar jawaban, "Semua bangunan ini untukmu seandainya mau memenuhi keinginan si peminta sedekah itu. Kini bangunan itu dimiliki oleh seorang Nasrani."
Begitu Qadhi bangun dari tidurnya, ia pun pergi menemui orang Nasrani yang dimaksud dalam mimpinya. Qadhi bertanya kepada si Nasrani, "Amal apakah gerangan yang telah engkau perbuat sehingga mendapat pahala dua buah bangunan yang sangat cantik?"
Orang Nasrani itu pun menceritakan tentang amal yang diperbuatnya bahwa ia telah bersedekah kepada fakir miskin yang memerlukannya pada hari Asyura' itu. Sang Qadhi pun berkata, “Juallah amal itu kepadaku dengan harga seratus ribu dirham."
"Ketahuilah wahai Qadhi, sesungguhnya amal baik yang diterima oleh Allah tidak dapat diperjual-belikan sekalipun dengan harga bumi serta seisinya."
"Mengapa Anda begitu kikir, sedangkan Anda bukan seorang Islam?" tanya sang Qadhi.
Ketika itu juga orang Nasrani itu membuang tanda salibnya dan mengucapkan dua kalimah syahadat serta mengakui kebenaran agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw.
Syahrir Rizki

0 conteng-conteng:
Catat Ulasan