Papan Kekunci Komputer Sarang Bakteria

26.2.10

TAHUKAH anda bahawa papan kekunci komputer lebih kotor daripada tandas? Kajian yang dilakukan di beberapa buah pejabat di United Kingdom menunjukkan bawa papan kekunci menjadi sarang bakteria seperti E. Coli dan staph yang boleh memudaratkan kesihatan.
Ahli mikrobiologi British, James Francis yang mengetuai kajian itu mendapati kuman-kuman tersebut boleh mengganggu usus dan hidung individu yang menggunakannya. Akibatnya, individu akan mengalami keracunan makanan dan selsema.
Membabitkan 33 papan kekunci komputer, penelitian itu menemui empat papan kekunci yang berpotensi mengganggu kesihatan. Malah satu daripada papan kekunci tersebut mencatat bahaya sehingga lima kali ganda kerana bakteria yang dimilikinya melebihi bakteria yang menempel pada sebuah tandas duduk. Amalan bertukar-tukar papan kekunci komputer di kalangan staf pejabat dapat menyebarkan penyakit di kalangan mereka.
sumber: Harmoni
Oleh itu, kita fikirkan sendiri sama ada keyboard kita nie bebas daripada sebarang bakteria....gunakanlah dettol...

5 conteng-conteng:

Sayang Amirah berkata...

gunakan dettol ! :)

Zaidah berkata...

kalau gunakan lifebouy pun bleh...hihihi

Lily@MamaZaraZareef berkata...

wah..baru tau info ni..tk sngka byknya kuman kat keyboard comp..kena cuci ngan dettol selalu bg suci nmpaknye.=D

asphaq berkata...

guna clorox tak leh meh? xD

tiba2 rasa cam nak antar laptop pi dobi =.="

Zaidah berkata...

shamin: klu guna kloroz nanti hilang plak tulisan kat keyboard...

mamazara:klu nak btul suci lagi menyucikan gunakan satu bahagian air+ tanah n enam bahagian air biasa...:)

 
Direkacipta Oleh Ibu ComeL