Kenapa jadik macam nie:Seksa Jaga, Bakar Sekolah

10.2.10

Aku terbaca tentang berita di Harian Metro pasal jaga diseksa semata-mata untuk hendak bakar sekolah...sekolahkan tempat menuntut ilmu kenapalah ade manusia yang tergamak untuk melakukan perbuatan jenayah macam tu...dah tak ade integriti langsung...klu skolah dibakar ape yang ade untuk kita tinggalkan pada generasi pelapis masa depan...


Seksa jaga, bakar sekolah
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my
2010/02/10

jaga yang diseksa

sekolah yang dibakar

RAWANG: Dua pengawal keselamatan dikurung dan diseksa separuh mati menggunakan pelbagai kaedah kejam oleh enam lelaki yang menceroboh sebelum membakar bilik guru serta kabin mencetak kertas soalan peperiksaan di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) San Yuk, Rawang di sini, tengah malam kelmarin.


ANGKARA PEROMPAK...Mohd Zin (kiri) menunjukkan kesan tikaman pada tubuh, manakala Jaginderpall yang cedera paru-paru diberi rawatan rapi.
HANGUS...keadaan bilik cetak sekolah SJKC San Yuk selepas dibakar enam penceroboh, awal pagi kelmarin. Kedua-dua pengawal keselamatan warga emas itu diseksa kumpulan penjenayah berusia awal 20-an terbabit dengan pelbagai cara termasuk memaksa mereka membuka mulut sebelum disembur racun serangga serta cecair kimia yang diambil dari tiga tong alat pemadam kebakaran.

Seorang daripada mangsa, Mohd Zin Hamat, 59, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 12 tengah malam ketika dia bertugas mengawal keselamatan sekolah itu.


Dia ditemui di Hospital Selayang (HS) semalam berkata, ketika kejadian dia sedang berkawal di bahagian belakang sekolah manakala rakan setugasnya, Jaginderpall, 47, di bahagian hadapan.


�Ketika membuat rondaan, saya menghampiri tandas sekolah sebelum ternampak kelibat seorang lelaki yang menceroboh masuk ke kawasan sekolah.


�Berikutan itu, saya segera memeriksa lokasi berkenaan sebelum terserempak sekumpulan lelaki bersenjatakan batang besi yang mengepung saya. Saya kemudian diarahkan jangan melawan sebelum telefon bimbit dan dompet duit saya berisi wang RM200 dirampas,� katanya. Menurutnya, dia kemudian ditarik kumpulan penjenayah terbabit ke satu sudut sunyi dalam bangunan sekolah sebelum dipukul bertalu-talu tanpa belas kasihan menggunakan batang besi dan kayu cota yang dirampas daripadanya.




�Saya turut ditendang selain dahi dan kepala saya berdarah akibat dipukul bertalu-talu dengan besi dan kayu cota,� katanya.


Mohd Zin berkata, rakan setugas yang cuba membantunya turut dibelasah penjenayah yang dipercayai lelaki warga tempatan.


Menurutnya, semua lelaki terbabit kemudian menyoal mereka berhubung lokasi bilik guru, makmal komputer dan bilik menyimpan wang namun dia gagal menjawab berikutan tidak bermaya akibat dibelasah bertalu-talu.


�Tidak cukup dengan seksaan dilakukan itu, saya dan rakan kemudian diseret pula ke bilik stor sebelum mereka sekali lagi menyeksa kami.


�Kali ini mereka menggunakan tong alat pemadam kebakaran yang disimpan dalam stor sebagai senjata untuk menyeksa kami. Mereka sengaja menyembur kami dengan cecair daripada alat pemadam kebakaran itu terutama ke muka dan kepala kami yang terluka,� katanya.


Menurutnya, sebaik isi kandungan tiga tong alat pemadam kebakaran itu habis, penjenayah terbabit mencapai tabung racun serangga lalu menyembur ke muka mereka.


�Ketika itu kami berdua hampir mati lemas akibat tak dapat bernafas kerana disembur bertalu-talu dengan cecair kimia berkenaan. Lebih ganas apabila satu peti televisyen yang ditempatkan dalam bilik stor turut dibaling ke arah kami sehingga pecah.


�Tidak cukup dengan seksaan itu, leher saya kemudian dililit dengan tali sebelum dijerut,� katanya.


Mohd Zin berkata, penderaan sampai kemuncaknya apabila seorang daripada lelaki terbabit yang bersenjatakan pisau menikam bahagian belakang tubuhnya sebanyak tiga kali sebelum meninggalkan mereka tersungkur tidak bermaya dalam bilik stor berkenaan.


�Paling mendukacitakan apabila kumpulan terbabit membakar bilik pejabat sekolah dan kabin kontena yang menempatkan kertas soalan peperiksaan sebelum melarikan diri.


�Apa yang saya ingat, ketika itu Jaginderpall masih mampu bangun dan berjalan untuk meminta bantuan di luar kawasan sekolah sebelum pihak polis dan ambulans tiba dan membawa kami ke hospital,� katanya.


�Kejadian itu menyebabkan saya menerima sembilan jahitan di kepala manakala belakang tubuh saya yang ditikam menerima 10 jahitan,� katanya sambil menunjukkan pergelangan tangan dan kakinya yang lebam teruk kesan dipukul dengan batang besi.


Sementara itu, Jaginderpall berkata, dia cuba menolong Mohd Zin yang dipukul teruk, namun tindakannya itu menimbulkan kemarahan penjenayah terbabit menyebabkan dia turut dibelasah.


�Apa yang saya lakukan itu hanyalah atas dasar perikemanusiaan tanpa mengira bangsa atau agama. Namun tindakan saya mengundang marah penjenayah yang kemudian turut menikam belakang tubuh saya berulang kali.


�Satu daripada tikaman berkenaan tembus hingga mencederakan paru-paru saya. Kecederaan itu menyebabkan saya batuk dan muntah darah,� katanya.


Menurutnya, semua penjenayah terbabit menutup muka menggunakan kain seperti ninja.


�Ini bukan kali pertama sekolah itu dicerobohi penjenayah dan saya yakin ia dilakukan kumpulan penjenayah sama,� katanya selepas menerima kunjungan pegawai Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Gombak, petang semalam.

2 conteng-conteng:

Ain berkata...

risau pulak keselamatan ayah ain yg memang kerjanya jaga sekolah....

mintak dijauhkan....

Zaidah berkata...

kita kena sentiasa beringat sebelum kena...lagipun bukan kerjaya jaga aje...yang lain pun sama kena berwaspada...

 
Direkacipta Oleh Ibu ComeL