gambar oleh google
Belacan atau 'keju orang Asia' begitu popular sebagai perasa hidangan bagi penduduk Asia Tenggara, terutamanya masyarakat Melayu di Malaysia. Hidangan sambal belacan umpamanya cukup terkenal sebagai pembangkit selera di meja makan.
Nama belacan berasal dari perkataan Portugis iaitu 'balcao'. Belacan yang masih tidak dibuka bungkusannyea, tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk. namun jika bungkusannya dibuka, ia perlu disimpan di dalam bekas kedap udara dan disejukkan untuk lebih tahan lama.
Belacan dibuat daripada udang geragau. Ia terbahagi kepada gred 1, 2 dan 3. Gred pertama adalah dibuat daripada udang putih dan berwarna putih. belacan gred kedua pula dibuat daripada udang kecil yang bercampur dengan ikan bilis dan berwarna gelap. Belacan gred ketiga pula dibuat daripada pelbagai jenis ikan kecil dan berwarna hitam.
Hasil tangkapan yang diperolehi akan dicampurkan dengan garam putih dan kemudian dimasukkan ke dalam mesin pengisar untuk dihancurkan. proses kisar dan peram ini akan dilakukan berulang-ulang kali sehingga pes udang cukup matang. pes belacan ini kemudiannya dijemur sebelum dimasukkan ke dalam mesin untuk dipadatkan menjadi ketulan. ketulan ini seterusnya akan dipotong mengikut bentuk yang diingini, dibungkus dan sedia utuk dipasarkan.
9 conteng-conteng:
ain selalu dapat belacan special.....
yang buat belacan tu duk dekat ngan rumah mil.....
semerbak harum bau tau....
Suke mkn belacan...
My hubby lg lah..
X de belacan..x selera nk mkn.. :)
ain: belacan terengganu mesti sedapkan ain...selalu dapat free bagilah skit kat sini...hehehe
lily: buat sambal belacan pastu cicah ngan ulaman sedap...makan nasik mesti bertambah...
cess.. hantu mane yg dah set kan my mind jgn mkn belacan,, nnt resdung teruk.. cesss, kn da fobia..
belacan mmg umpp.. klu blk kg, mesti bli stok la bw mai kedah..
kat melaka ni banyakkkkkk sangat jual belacan...
eb suker belacan.... ;p
wat sambal belacan tak buh belacan baik buang lam tong sampahh...
elienz87: orang yang kata...klu resdung tak bleh makan belacan....gatal katanyer...
echa: kat melaka bukan sekadar ade belacan cencaluk pun ade...sedap klu makan ngan asam limau...
mamahanim : kat kedah tak ade belacan ker mama...jauh benar import belacan...
mamaaerish: sedapkan...
shi3la: klu sambal belacan mesti letak belacan..sebab tu namanyer sambal belacan..klu tak ade belacan namanyer sambal tumbuk..hehehe
Catat Ulasan