tukang urut lari bogel...

27.4.10

KLANG: Memalukan apabila seorang tukang urut wanita warga asing yang sedang memadu asmara dengan pelanggannya di sebuah spa di bandar ini, bertindak melarikan diri dalam keadaan bogel sebelum diberkas sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang, di sini, kelmarin.


MALU...tukang urut warga asing yang ditahan dalam operasi di sebuah spa malam, kelmarin. Dalam operasi bermula kira-kira jam 10 malam dan berakhir tiga jam kemudian itu, polis menahan lima wanita Indonesia dipercayai terbabit dalam aktiviti tidak bermoral manakala dua lagi sempat melarikan diri.

 

Siasatan polis mendapati spa terbabit mempunyai lesen sah untuk menjalankan perniagaan rumah urut, bagaimanapun pemilik terbabit dipercayai menyediakan khidmat seks kepada pelanggannya sekali gus menyebabkan mereka mampu meraih pendapatan lumayan selain mendapat permintaan menggalakkan daripada pelanggan.

 
Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, pusat spa terbabit sudah dua kali diserbu pihak berkuasa, namun pengusahanya tetap berdegil dengan menjalankan aktiviti tidak bermoral.

 
“Ketika pemeriksaan dibuat, kelima-lima wanita berusia lingkungan 20-an gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri dan kita percayai mereka tidak mempunyai dokumen sah.

 

“Semua mereka kemudian dibawa ke IPD untuk tindakan lanjut. Kami juga akan mengambil tindakan ke atas pemiliknya yang didapati terbabit dalam aktiviti tidak bermoral,” katanya di sini, semalam.

Difahamkan, harga ditawarkan untuk khidmat urutan adalah RM100 manakala caj tambahan berjumlah RM50 dikenakan ke atas pelanggan bagi menyentuh beberapa bahagian tubuh tukang urut warga asing itu.

Turut ditemui ketika serbuan itu, kondom yang belum dan sudah diguna bertaburan di atas lantai.

Ketika serbuan, terdapat tujuh tukang urut berada di dalam bilik masing-masing bersama pelanggan, bagaimanapun sebaik menyedari premis mereka diserbu, mereka bergegas melarikan diri.

Lima daripadanya diberkas sebelum polis mengarahkan mereka supaya menutup tubuh bogel dengan tuala.


Mohamad berkata, turut ditahan dalam seruan itu seorang pelanggan, bagaimanapun dia dibebaskan sejurus keterangannya direkodkan.

10 conteng-conteng:

LiLy @ MaMaQiStInA berkata...

Mcm2 jer cara nk jd kaya cepat..ishhh..

FCUTEAM berkata...

hmm... nape polis lepaskan pelanggan tu... nape tak bagi plempang gilir-gilir dulu...

komen entry i juga ye.. klik laju-laju link nih >>BLOGGER-BLOGGER YANG SUSAH DAPAT DAN BAGI KOMEN!! YEEHA!! MARI SAYA TUNJUKKAN CARANYA..



Ain berkata...

tak habis2 maksiat sana sini.....

eiiiiii gerammmm.....

Dalila berkata...

masa urut2, best2 tak malu...pastu lari bogel tak malu..dah kene cekup baru la malu2..

mamaarifakeemaisy berkata...

sempat la en polis sume tu cuci mata eh..haish..seb baik en abe kawe tak jd polis cenggini, jaga traffic ja..huhu.. :p

*maksiat sesaja skrg ni ye..akhir zaman..

♥ Anje a.k.a Mama_Balqis ♥ berkata...

macam2 kes kan sekarang...ape nak jadi la zaman sekarang ni...tak ingat dosa langsung kan

Mama Hanim berkata...

dunia akhir zaman..

gooseberries berkata...

huhu..mcm2 la skang nie.. makin menjadi2 lak.. g pon sbb byk sgt jd x terkawal plak.. =(

~aSHa~ berkata...

malu je kan..tambah malu kalo ada yg muslim

Zaidah berkata...

lily: nak kaya cepat mcm tu lah...

aiz:polis mcm teruja kot sebab diorang tu berbogel...

ain:dunia nak kiamat sebab tu maksiat berleluasa....

dalila: malu takut orang tahu diorang tu kerja ape...

mamalieyna: best jugak tu...dapat tayangan free..hehehe

anje:yang diorang ingat tu asalkan dapat duit n kaya...

mama hanim: betul tu...

gooseberries:kekadang dalangnyer pun orang2 besar...mcm mana nak hapus...

asha: memang ade yang muslim...lagisatu kekadang student IPT lagi..

 
Direkacipta Oleh Ibu ComeL