sukacitanyer ingin aku umumkan pemenang bagi Kontest Ibu Kaulah Sumber Inspirasiku adelah
pemenang tempat pertama
Ibu kaulah sumber inspirasiku lantaran kaulah seorang balu yang berhati gagah dalam membesarkan sepuluh orang anak-anakmu. Kau tidak pernah mengeluh malah sentiasa tersenyum walau digamit keperitan. Andai dibentang sejuta rintangan, kau tetap tabah bangkit berjuang.
Ibu, kagum aku pada dirimu, dengan sabar melayan karenah zuriatmu walau onak dan duri yang kami tabur, dengan ikhlas kau terus menabur jasa. Telah kau sediakan diriku dengan benteng sabar, merumahkan aku dengan keimanan dan mempersiapkan aku untuk menempuh dunia yang penuh pancaroba.
Di matamu ada sinar redha buat anak-anakmu dan kasihmu sentiasa harum umpama setanggi syurga buatku. Kaulah srikandiku, penerang obor cahaya dikala aku kegelapan. Terima kasih ibu
pemenang tempat kedua
Ibu Kaulah sumber inspirasiku ....
Emaklah ibu ..emaklah ayah kami .... arwah abah meninggalkan kami 7 beradik dan seorang adik dalam kandungan ketika usianya 38 tahun ... di saat itu emak bagaikan putus harapan .... namun mak bangun juga ... demi kami adik beradik ...... pemergian arwah abah mengeratkan hubungan kita ... semenjak itu emaklah yang mengambil alih tugas menjaga kami berlapan ... tidak ternilai dan tak terbalas pengorbanan emak kepada kami ... seorang surirumah yang sanggup melakukan bermacam - macam kerja untuk membesarkan kami . Dari kami kecil hinggalah kami dewasa , kami hanya ada emak . Kami sangat manja dengan mak ... malah hingga kini , bila balik kampung kami akan tidur dengan emak .
Kini pengorbanan mak sudah membuahkan hasil ... kalau dulu orang hanya pandang kami sebelah mata ... kini semua mengagumi kemampuan emak dan kami adik beradik . Anak-anak mak sudah berjaya dalam hidup berkat doa mak .... mak sudah pergi ke merata tempat .. emak sudah mampu hidup senang ... Selagi diri ini bernafas akan aku berbakti kepada mak . Ya Allah panjangkanlah umur mak supaya aku dapat terus membalas jasa-jasanya . Love you forever .
dan pemenang yang ketiga
Ibu Kaulah Sumber Inspirasiku kerana mama adalah kekuatan untuk saya terus hidup hingga ke hari ini. Tanpa mama tak mungkin saya dapat menikmati kehidupan seperti hari ini. Dilahirkan sebagai anak bongsu, membuatkan saya lebih dekat & rapat dengan mama. Apa-apa keputusan semuanya merujuk pada mama. Setiap kali saya sedih, mama pembakar semangat. Saya berkongsi segala macam hal bersama mama. Ada waktu, ketika saya menangis menceritakan masalah saya, mama turut menangis bersama. Mama sentiasa ada di belakang menyokong saya. Walaupun kini, saya sudah berkahwin, tapi mama tetap rujukan saya. Setiap kali saya sakit, semangnya saya perlukan mama. Alhamdulillah, suami memahami situasi saya.
Ingin ceritakan pengorbanan mama dalam mendidik saya , kakak & abang2 sehingga masing-masing berjaya hingga ke tahap yang membanggakan.. Mama bergelar ibu tunggal pada usia yang cukup muda. Sepeninggalan arwah ayah mama menjalankan tangungjawabnya dengan begitu tabah sekali. Mama berjaya mendidik kami adik-beradik. Buktinya kesemua 8 orang adik-beradik saya melanjutkan pelajaran di universiti dan 2 orang daripadanya melanjutkan pelajaran di luar negara.. Selain itu kesemua kakak & abang saya merupakan pelajar terbaik di Terengganu pada tahun itu. Kini mama mampu tersenyum, kerana anaknya berjaya. Tapi disebalik semua ini mama diuji dengan dugaan yang amat kuat, apabila saya sakit bermula tahun 2000 dimana ketika itu saya perlu melakukan pembedahan mbuang ketumbuhan di otak..
Dan tahun demi tahun ada saja perkara yang menimpa ke atas saya. Namun mama begitu tabah.. Sehingga satu saat, pada tahun 2003 saya lumpuh sepenuh badan. Dan mamalah orang yang paling banyak bersabar dengan segala kerenah saya yang amat teruk ketika itu.. Semuanya gara2 emosi saya yang benar2 tertekan krn tidak dapat menerima keadaan diri saya waktu itu.. Saya lumpuh.. Saya terpaksa lupakan dunia architecrer. Dan atas kesabaran mama dalam merawat saya & berkat doanya, akhirnya saya mampu tersenyum kembali setelah berduka. Akhirnya saya mampu untuk memulakan kehidupan saya yang hampir hancur itu. Semuanya kerana usaha mama. Akhirnya, atas keinginan saya, mama sekali lagi menghantar saya belajar dalam bidang marine dan akhirnya saya berjaya menamatkan pengajian saya itu. Dan mama lah sumber inspirasi yang membawa kejayaan yang cemerlang dalam kehidupan ini..
11 conteng-conteng:
hoyeah... tahniah kepada pemenang =)
Alhamdulillah ... Thanks tuan rumah buat contest ni...dari contest ni jugak la kak yan dpt kenal Zai.
Tahniah kpd pemenang2.. :)
tahniah....sayu tgk gambar pertama tu..
tahniah zai ucapkan kepada pemenang...kepada pemenang sila beri zai keterangan peribadi untuk urusan pengeposan hadiah kat
sendayu1@yahoo.com.my
p/s: pemenang no 1...zai terharu sangat..tulah menyebabkan zai memilih dia...
tahniah kpd yg menang..mama aqif pun kenal aunty zai ni sbb contest ni :) mama aqif suka lah ..
thniah pada pemenang..
tahniah kat pemenang...nampaknya eku x de rezeki la zai ye...bila ko nak buat kontes lagi? hahaha
mama aqif: yerlah klu tak memang zai tak kenal..
kak yan: zai kenal akak pun melalui contest nie...
zue: bleh cuba lagi..
ayu: cubalah lagi ayu...mana tahu ade rezeki...klu aku buat lagi contest aku akan bagi tau...heheh...
wow.. zai//lya sgt2 xsangka terpilih sbg pemenang.. tq zai...
Salam Zai..
Terima kasih banyak2 atas kemenangan ini..
Syukur Alhamdulillah...
Kak Nida dah emelkan maklumat yg diperlukan, harap Zai dah dapat..
Catat Ulasan