Riwayat Aku...Saat2 Aku Bergelar Ibu Part Akhir

13.5.10

Preggy Firas

Mengandungkan Firas sama seperti mana aku mengandungkan Nabilah..mabuk yang teruk…aku sanggup tak makan n minum selama dua hari gara2 tak nak muntah…tapi aku muntah semakin hari semakin teruk….dalam beberapa hari saja berat badan aku dah turun kerana muntah n hilang selera makan…aku rasa macam nak aje berbaring kat dalam bilik air…supaya senang untuk aku muntah…aku rasa sinki kat bilik air tu pun naik muak n berlumut…aku kerjakan…hahaha…. Oleh kerana tak tahan aku gie KK Kulai untuk buat buku merah n terus mintak drip…so aku dapatlah satu botol penangan drip kat klinik…

Kebetulan waktu aku tengah mabuk2 tu..rumah mak aku buat kenduri perkahwinan adik pompuan aku…so aku tak banyaklah yang bleh membantu…kerana aku memang dah lembik…selepas majlis aku balik rumah..keadaan still sama…keesokan malam harinyer aku balik semula ke kampong n aku teus masuk spital Mersing…. Duduklah aku kat spital Mersing tu lebih kurang 4 malam…n aku di masukkan lebih kurang 18 botol…fuhhhhhhhhh banyak gila tu… aku kuar daripada spital pada Hari Raya Korban…dapatlah jugak merasa beraya kat wad…so aku memang tak hantarlah adik pompuan aku gie rumah mak mertua dia..untuk Kenduri Menyambut Menantu…tapi tak ape…lepas gie kenduri diorang pakat ramai2 datang melawat aku kat wad…penuh katil aku dikelilingi pelawat2….hehehe….

Setiap kali preggy aku tak bleh makan ikan…aku bleh makan ikan setelah usia kandungan 5 bulan ke atas…iaitu setelah aku berselera untuk makan….hehehe…so setiap hari memang aku makan ayam ajelah…daging memang aku jauhkan…darah tinggi…

Bila usia kandungan aku 8 bulan aku ade diabetis plak…memacamlah…aku redha…so dua mingu skali aku akan ambik cuti sebab kena cucuk ambik darah (BSP) sebanyak 4 kali/ hari…. So aku memang kena diet…aku plak klu mengandung mesti nak makan nasik…nasik nie memang jahat…kandungan glucose dalam nasik memang tinggi….so aku gantikan nasik putih kepada beras perang…teringin jugak nak makan dorian…tapi memandangkan ada kencing manis kena pendamkan hasrat tu…

Pada minggu 37 aku dikehendaki berjumpa ngan doctor pakar kat HSA … so aku dah get ready ape yang patut…sebab aku dah dapat jangkakan yang aku akan kena tahan kat ward paling kurang pun 3 hari…apa telahan aku memang tepat…so aku import adik bongsu aku untuk jaga anak2 aku kat rumah sepanjang aku kat ward…kat ward aku kena buat BSP 7x/hari…lagi tension…klu kat klinik nurse yang cucukkan…kat spital kna cucuk sndiri…kekadang tak kuar…cucuk lagi…BP pun terkawal…so hari ketiga aku dah bleh kuar…aku ade masalah buasirlah plak…so aku nyer annuse bengkak….doktor pesan rendamkan dalam air suam yang dicampurkan dengan garam selama 15 minit..buat 3 kali sehari..bagi mengecutkan annuse tersebut…

Appointment seterusnya adelah next week aku kena gie spital n terus admitted n doctor dah bagitau awal2 yang aku akan dimasukkan ubat minggu depan…so aku dah tahu rasa sakitnya macam mana n dah ready…



Next appointment…lepas solat jumaat..asben antar aku gie HAS…masuk ward terus..n tunggu apa kata doctor…doctor bagitau esok pagi baru masuk ubat…pagi esoknyer doctor cuba check jalan…dah bukak 1cm..n terus dia masukkan ubat pkul 7.30am…pkul 12.00 tgh..doktor Tanya ade tak tanda2…aku kata tak de..doktor Tanya pada aku sama ade aku dah rasa sakit2 ker belum…aku bagitau kat doctor bahawa aku masih belum rasa sakit2 Cuma baby aje yang kerap mengeras….diapun heran…dia kata “akak nie releks aje…tak ade sakit”..so dia bagitau pkul 2.00pm dia akan check jalan…



Pkul 2.00pm aku dipanggil ke bilik rawatan untuk dicheck jalan…jalan dah bukak 2cm…selepas doctor check barulah aku rasa sakit2….n makin kerap…sehinggalah ke petang…aku buat berjalan2 untuk meredakan kesakitan aku tu…pkul 5.30 aku dah mula sakit yang kuat…n rakan kat katil sebelah panggil doctor…so bila check dah 5cm…aku terus dipecahkan air ketuban n dibawa ke labor room…aku masuk labor room pada pkul 6.15 pm….kanan n kiri aku dimasukkan ubat..ubat kencing manislah…darah tinggilah…driplah..inducelah…entah ape lagilah…alhamdulillah walaupun tak lama jugaklah aku kat labor room…aku bersalin pkul 8.30pm..hari sabtu 20 Jun 2009 dengan berat Firas 3.65kg…

Sewaktu mengandungkan firaslah aku memang stress gila…dengan kerja yang banyak n diletakkan kat bahu aku…kekadang tu bukan akunyer kerjapun terpaksa aku buat…baru aku tahu perbezaan antara tanggungjawab n persahabatan…lupakanlah tu…hinggakan aku nak bercuti untuk ke spital…boss siap mintak aku amanat lagi…siapkan segala report n paper work …almaklumlah aku bercuti n terus bersalin….tapi aku suka…



Penutup

Kini anak2 aku kian membesar….aku bersyukur sangat kerana dapat jugak aku menyusukan anak2 aku…hanya firas aje yang aku BF secara eksklusif…berbanding kakak n abang diorang yang kekadang aku campur ngan susu formula…aku berdoa semoga anak2 aku menjadik anak yang solehn solehah…yang untungnyer…diorang akan sambut besday pada bulan yang sama iaitu bulan Jun..so kena buat kek besday tiga tingkat…Firas aje yang jauh skit tarikh lahirnya tapi still bulan Jun ….hahaha

Nie adelah sebahagian daripada pengalaman aku yang tak seberapa besar cabaran dan dugaan...ibarat 1% sahaja klu nak bandingkan dengan ibu2 yang lain mempunyai dugaan n cabaran lagi hebat dari aku...walau bagaimanapun aku bangga kerana menjadik ibu...orang pompuan memang telah dianugerahkan ngan kehebatan dan kekuatan yang amat luarbiasa klu nak dibandingkan dengan kaum lelaki...


2 conteng-conteng:

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ tinieƸ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ berkata...

mencabranya masa ko mengandung eh

maszmadi berkata...

isk ni pon da ckup mencbar da... hm, tu la kkuatan ibu, umi, mama, mummy, bonda n sgala yg swaktu ngnnyer.. TAHNIAH 4 all of us..

 
Direkacipta Oleh Ibu ComeL