Akhirnyer Dia Bercerai Juga...

18.6.10

Sudah lama cerita Ramlah Ram dan suami tinggal berasingan diperkatakan. Namun Ramlah seboleh-bolehnya menafikan keretakan rumah tangganya dengan penerbit sukan di RTM, Kamal Muslim.



Rumah tangga yang dibina pada 3 Novemebr 2000 itu akhirnya menemu jalan buntu apabila mereka memfailkan perceraian bulan lalu. Ramlah mengakui desas-desus itu. Namun dia enggan mendedahkan lebih lanjut.



Masih boleh berkawan.

Ramlah mengakui memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Shah Alam sekitar Mei lalu.

"Saya tak mahu bercakap banyak pasal perkara itu. Tunggulah sehingga keputusan rasmi keluar," kata Ramlah semasa ditemui media pada majlis sidang akhbar persembahan istimewanya, Malam Gala 25 Tahun Ramlah Ram pada 9 Oktober depan di Hotel Impiana, KLCC.

Keputusan untuk memfailkan perceraian adalah di atas keputusan bersama setelah mereka mengadakan perbincangan. Namun kata Ramlah, hubungannya dengan Kamal masih baik dan mereka akan terus berkawan selepas ini.

"Hubungan kami tetap bauk, cuma tak ada persefahaman dalam rumah tangga dan kami tidak boleh tinggal bersama.

"Saya akui sangat sayangkan rumah tangga kami, tapi apabila tiada jalan penyelesaian, lebih kami berpisah," sambung Ramlah yang tenang sahaja bercerita pasal hal peribadi itu.

Apabila sepasang suami isteri yang tidak bergaduh tiba-tiba bercerai, pasti ada yang mengandaikan ia berpunca daripada pembabitan orang ketiga. Namun Ramlah menafikannya sebaliknya mengatakan masalahnya datang daripada mereka sendiri.

Persembahan istimewa sempena ualng tahun ke-25 dalam bidang seni.
 

"Saya tak mahu mengaibkan sesiapa dan selesa menyelesaikan masalah secara baik," jelas Ramlah.

ebelum ini Ramlah pernah mengeluarkan kenyataan yang menjurus ke arah perceraian apabila ditanya pasal kedudukan rumah tangganya. Akhirnya apa yang dibayangkannya itu menjadi kenyataan. Ramlah redha menerima ketentuanNya



sumber: manggaonline

7 conteng-conteng:

cik helena berkata...

sian..huhu artis kan..no wonder sangat..

LiLy @ MaMaQiStInA berkata...

Sian kan..tp tu lah artis..nk ngelak camne pon akhirnyer akn ketahuan gak..

shila ariff berkata...

sudah takdir dia gitu kot??..tapi kalo boleh tak mau le jadi gitu...mintak dijauhkan..amin..

Fiza Rahman berkata...

Salam kunjungan balas utk zaidah. Cerianya blog...suka..☺☺☺

Lagi artis bercerai...hhmmm...lpas ni artis mana lah plak kan.

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ tinieƸ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ berkata...

huhu
sudah tiada jodoh

Zaidah berkata...

helenas: memang dunia artis macam tu agaknyer...

lily: susah klu nak sembuyik...last2 mesti pecah...

shila:kita doakan semoga kita dijauhkan macam tukan...

fiza: terima kasih...tak tahulah plak lepas nie artis mana...

tinie: dah takdirkan macam tu...nak buat macam mana...

mast berkata...

mcm ni ke rupa ramlah ram? sgt beza dr mase dulu2

 
Direkacipta Oleh Ibu ComeL