Ambik aje Firas petang tadik...teacher dia bagitau firas kena campak....yer memang betul...muka dia dah tumbuh merah2...kat badan masih belum keluar sepenuhnya....rupanyer dia demam tu sebab nak kena campaklah....
nabil tak faham apa yang dikatakan campak...
nabil: ibu firas kena campak tu dia kena baling ngan teacher ker ibu...?
aku: taklah...campak tu penyakit yang merah2 tu lah...namanyer campak...
nabil: kenapa teacher campak firas ibu...tu ker yang firas sakit...
aklu (dalam hati) alamak macam mana lagi aku nak terangkan kat dia nie...makin tak faham nanti klu aku terangkan....
gambar oleh en google
sedikit info tentang campak
Apa itu penyakit campak (chickenpox)?
Campak atau demam kelentung adalah penyakit biasa yang menyebabkan kegatalan dari bintik-bintik merah dan gelembung-² mengandungi cecair jernih pada kulit di seluruh bahagian tubuh. Ia berjangkit melalui virus. Ia biasa menjangkiti kanak-kanak di bawah umur 12 tahun. Tetapi ia boleh menjangkiti semua peringkat umur tidak kira remaja dan dewasa. Kebanyakan orang akan pernah mengalaminya sekali seumur hidupnya. Ia tidak serius jika dialami oleh kanak-kanak yang sihat tetapi boleh mendatangkan masalah kepada wanita mengandung, remaja dan orang dewasa yang mempunyai sistem imunisasi tubuh yang lemah, menjadikan ia sukar
untuk memerangi jangkitan.
Selepas anda mengalaminya, anda tidak mungkin akan mengalaminya lagi di masa akan datang. Tetapi virusnya akan tinggal lama di dalam tubuh selepas itu. Ia boleh diaktifkan kembali tanpa mendapat penyakit yang sama. Apabila ia diaktifkan kembali, boleh menyebabkan jangkitan viral yang dipanggil kayap (shingles).
Apa yang menyebabkan campak dan bagaimana ia membiak?
Campak disebabkan virus varicella-zoster (VZV). Ia mudah berkembang melaui udara dan sentuhan. Anda boleh dijangkiti melalui batuk, bersin atau berkongsi makanan dan minuman dengan seseorang yang telah dijangkiti. Anda juga boleh dijangkiti melalui sentuhan cecair yang terkeluar dari gelembung-gelembung kulit pada orang yang dijangkiti campak. Seseorang yang dijangkiti campak boleh mengembangkan virus sebelum ia menunjukkan apa-apa tanda lagi. Ia mudah membiak dari 2 ke 3 hari sebelum bintik-bintik merah muncul lagi.
Jikalau anda belum pernah mengalami penyakit campak, anda berisiko tinggi mendapat penyakit ini jika salah seorang ahli keluarga anda atau rakan-² terdekat dijangkiti. Tanda-² awal campak selalunya bermula dengan demam, sakit kepala dan kering tekak. Anda mungkin berasa tidak bermaya dan tidak merasa lapar. Bintik-² campak muncul selepas 1 atau 2 hari tanda-² berlaku. Sesetengah kanak-² tidak menunjukkan apa-² tanda awal. Ia biasanya mengambil masa 14 hingga 16 hari sebelum mula menunjukkan kesan selepas anda didekati oleh virus campak. Ia dipanggil tempoh inkubasi.
Selepas bintik-² merah muncul, ia mengambil masa 1 ke 2 hari lagi untuk melalui peringkat seterusnya iaitu pengeringan dan pelupusan. Bintik merah yang baru akan muncul setiap hari selama 5 ke 7 hari.
Anda atau anak-² anda boleh kembali bekerja atau ke sekolah setelah semua bintik-² merah dan cecair telah kering dan terhapus. Ini biasanya berlaku 10 hari selepas simptom awal bermula. Remaja, orang dewasa dan wanita mengandung yang mempunyai masalah kesihatan harus berjumpa doktor jika mengalami campak. Ini penting terutama kepada wanita mengandung kerana boleh mendatangkan kelahiran bayi cacat. Beritahu kepada petugas klinik atau hospital jika anda menghadapi campak dan biasanya pesakit campak akan diberikan keutamaan untuk pemeriksaan tanpa perlu menunggu giliran. Keutamaan yang sama juga diberikan kepada pesakit asma.
Bagaimana ia dirawat?
Kebanyakan kanak-² sihat dan orang dewasa hanya memerlukan rawatan di rumah sahaja. Ini termasuk berehat, mengambil ubat demam dan krim sapu untuk mengurangkan kegatalan. Mandian air suam setiap 4 jam sekali juga digalakkan. Oleh kerana ia penyakit disebabkan viral, tiada ubat anti-biotik yang khusus untuk merawat penyakit ini. Bagaimanapun, doktor mungkin memberi anti-biotik kepada kanak-kanak untuk menghalang pembiakan bakteria kerana tindakan menggaru-garu di tempat yang gatal membawa cecair ke tempat lain.
6 conteng-conteng:
ic demam pasal nak kena campak rupanya, akak n anak2 dah kena campak besar tu tahun lepas. bayangkan le 35 tahun hidup tak penah kena campak, dah tua2 baru nak kena, sengsara dibuatnya, tambah le pulak budak2 kecik, lagila kesian. bagi makan sup ayam kampung n air kelapa..insyaallah cepat kluar campak tu
Sian nyer Fiiras..demam nk kena campak yer..Bg minum air kelapa byk2 Zai..
Alahai Nabil...Byk jer soalan dia yer..hehe..lawak plak.. ;)
owh..patutla firas demam j baru2 ni.. rupanya tkena campak.. kna jaga elok2 tu.. asya blum kena lagi demam campak.. ok.. take care yer.. get well soon firas
mamasyaza:yer lah kak....anak2 zai biasanyer kena campak masa kecik...chicken pox aje yang diorang blum...klu dah tua2 kena campak memang segankan kak...
lily:kat sini susah skit nak dapat air kelapa...tu yang hari nie nak pulun mencarik sebab tadik tengok yang kat badan dah mula tumbuh dah...
lya:insya Allah...patutlah selalu demam rupanyer dia nak dapat hadiah tu...hehehe...nie campaknyer dah kuar dia tak demam...
kesiannya firas....
patut la demam on n off, nak kena campak rupanya....
get well soon ya....
Oh, thanks sekali untuk pengalamannya. perlu dikoreksi bahwa campak itu sama dengan measles, bukan chicenkpox. Kalau chickenpox itu cacar air. obat gabagen anak
Catat Ulasan