Mata Biru Kenan Kucing

8.6.10

SAMARIANG: Pelik tapi benar. Itulah keajaiban berlaku ke atas bayi lelaki berusia 18 bulan yang didakwa terkena ‘kenan’ kucing apabila mata hitamnya bertukar biru selepas dua minggu dilahirkan.


UNIK...Khatijah bersama Zulfazli yang bermata biru. Perubahan itu dipercayai berkait rapat dengan kegemaran ibu bayi berkenaan, Khatijah Kassim, 37 yang gemar membelai kucing bermata biru ketika baru beberapa minggu mengandungkan Zulfazli Zaidi.

“Sehingga saya melahirkannya, saya tertarik dengan seekor kucing bermata biru yang saya sendiri tidak tahu dari mana datangnya.


“Apa yang peliknya, selepas Zulfazli dilahirkan, kucing itu tidak kelihatan lagi,” katanya ketika ditemui di rumahnya di ketika ditemui di rumahnya di Kampung Baru Semariang di sini, semalam.

Menceritakan bagaimana perubahan pada mata anaknya berlaku, Khatijah berkata, dia mulanya tidak menyedari perkara itu sehingga Zulfazli berusia dua minggu.

“Saya risau dan cemas ketika itu. Macam-macam saya fikir sehinggalah saya membawa Zulfazli ke klinik pakar untuk pemeriksaan.

“Tetapi, doktor pakar menjelaskan matanya normal. Lega hati saya kerana pada mulanya menyangka anak saya buta. Pada masa sama, saya juga hairan kerana ketika usianya kurang setahun, dia memiliki bulu kening panjang serta misai.

“Saya dan keluarga pelik bagaimana mata anak saya berwarna biru sedangkan tiada keturunan kami memiliki mata seperti itu,” katanya.


Khatijah mendakwa kelainan yang ada pada Zulfazli menyebabkan anaknya itu sering menarik perhatian orang ramai terutama ketika dibawa ke pasar sehingga ada yang meminta untuk bergambar.

Menurut Khatijah, satu lagi perbezaan yang dikesan ialah anak lelaki bongsunya itu lambat bertutur walaupun memanggil ibu atau ayah jika dibandingkan abang dan kakaknya pada usia sekarang.

“Pernah saya bawa Zulfazli ke pasar dan tidak semena-mena ada individu memegang tangannya untuk mengambil gambar,” katanya.


Menurut Khatijah, satu lagi perbezaan yang dikesan ialah anak lelaki bongsunya itu lambat bertutur walaupun memanggil ibu atau ayah jika dibandingkan abang dan kakaknya yang lain pada usia sekarang.



9 conteng-conteng:

❤ ~ * cik aidacomei * ~ ❤ berkata...

uishh..dah macam anak omputih dah..bermata biru

Efendi berkata...

ingatkan budak yg hari tu kuar paper..

sweetsal berkata...

ada lagi yg bermata biru...mesti la cantik kan...

sarah shafie berkata...

kuasa Allah kn??hope budak n sihat..

Ina Hashim berkata...

salam ukhwah :)

LiLy @ MaMaQiStInA berkata...

Comel plak..cam anak omputih dh.. :)

Mek Rose berkata...

mmg comel..tapi takut org cakap "eh ni sure anak angkat ko ni..
laagi haru uhuhuhuhu

Zaidah berkata...

aida: yer lah mcm kasukan mat salleh plak...

efendi: tak tahulah plak...

sweetsal:memang cantik...:)

sarah:setakat nie budak niesihat....allah maha berkuasa...

ina: salam kenal...

lily: klu qis mata biru memang cantik...

rose:klu muka dia ngan mak dia same aje cuma beza mata ajek..mesti terfikir jugak anak sapelah nie kan...

gooseberries berkata...

uishh..mata biru. sama kes ngan 2 beradik kat mana tue,kat paper kan. yg sorang dua2 mata kaler biru, sorang g 1 mata kaler biru n coklat

 
Direkacipta Oleh Ibu ComeL