Bayi Dibelasah ~ Serangan 30 Samseng

29.7.10

Serangan 30 samseng


SALAK TINGGI: Bersenjatakan pedang samurai, kayu dan besi, sekumpulan samseng menyerang sebuah rumah di Taman Cempaka di sini, Sabtu lalu.
RUGI...Roslan menunjukkan cermin kereta yang dipecahkan.
RUGI...Roslan menunjukkan cermin kereta yang dipecahkan.
Lebih kejam, penyerang terbabit turut memukul seorang bayi perempuan berusia 45 hari dalam dakapan ibunya yang berusaha menyelamatkan diri apabila menyedari rumah mereka diserang sekurang-kurangnya 30 samseng, menyebabkan bayi itu cedera di kepala. 

Mangsa, Salamah Kadir, 50, berkata ketika kejadian dia dan dua anaknya sedang menonton televisyen sambil berbual-bual di ruang tamu rumah, manakala suaminya, Roslan Kanikan Abdullah, 53, berada di rumah anak sulungnya yang terletak selang beberapa rumah dari situ. 

“Tiba-tiba saya terdengar derap tapak kaki dan bunyi bising dari luar rumah. Sejurus kemudian pintu rumah saya ditendang sebelum sekumpulan lelaki masuk ke dalam rumah lalu memukul dan membelasah kami dengan besi serta kayu tanpa belas kasihan. 

“Anak perempuan saya, Roszaini yang mendodoikan anaknya cuba melarikan diri ke bahagian dapur, tapi dihalang kumpulan lelaki terbabit sebelum seorang daripada mereka menyiku bayi didukungnya. 

“Kami yang ketakutan tidak mampu berbuat apa-apa kecuali melihat mereka memecahkan tingkap rumah dan merosakkan harta benda,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam. 

Salamah berkata, akibat kejadian kira-kira 11.15 malam Sabtu lalu, enam anggota keluarganya cedera. 

Mereka yang cedera termasuk Salamah, suaminya, Roslan Kanikan dan tiga anaknya iaitu Roszairul, 28, Roslaili, 27, dan Roszainal, 21, serta cucunya, Dayang Nor Atikah Datu Razman, 45 hari. 



Bagaimanapun, anak bongsu Salamah, Mohd Khairulnizam, 15, sempat lari menyelamatkan diri melalui pintu belakang bersama dua sepupunya, Mohd NorAkim Roszairul, 4, dan Mohd Nor Fitri Roszairul yang baru berusia satu tahun. 

Kebanyakan mangsa mengalami lebam, luka dan bengkak di seluruh badan dan mendapat rawatan pesakit luar di Hospital Serdang, manakala Roszainal mengalami kecederaan di lutut menyebabkan dia perlu mendapatkan rawatan susulan di hospital sama, 4 Ogos ini. 

Salamah berkata, selain menyerang ahli keluarganya, kumpulan samseng itu turut memusnahkan harta benda dengan memecahkan cermin kereta, tingkap dan pasu bunga, selain merosakkan tiga motosikal milik mangsa menyebabkan mereka kerugian lebih RM10,000. 

Sementara itu, Roslan berkata, ketika cuba menyelamatkan ahli keluarganya, dia turut dibelasah menyebabkan cedera di dada akibat ditusuk besi, selain bengkak di seluruh badan. 

“Dua anak lelaki cuba menyelamatkan saya, namun mereka turut menerima nasib sama apabila dibelasah kumpulan samseng berkenaan,” katanya. 

Berikutan kejadian itu, Roslan membuat laporan di Balai Polis Salak Tinggi pada hari kejadian. 

Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Zahedi Ayub ketika dihubungi Harian Metro mengesahkan menerima laporan.

17 conteng-conteng:

Miss Izah Mohamed berkata...

samseng ape la camni... haishh!

ch@ berkata...

mmg tak berperikemanusiaan langsung.

mamaarifakeemaisy berkata...

iiish seram giler...apa la yg tak dipuas hatikan sgt si samseng2 tu smpai bertindak mcm kena rasuk hantu tu, lgsg tkde belas ehsan, takde perasaan kan..ish...kejam giler!

r|nA @ ja|j|na berkata...

manusia skang ni takde hati perut lah..baby besar tu pon nak belasahnye, iskh kejam..

Fieza79 berkata...

gila punya samseng...nk samseng tak kena tmpat tu..tahap bengong...haishh geram sbb melibatkan baby...kesiann...nsb bek tak pa2 baby tu..

Unknown berkata...

ya allah..ape nk jadi ngn manusia sekarang. tak de perikemanusiaan. baby pon nk dibelasahnya

LYaFRINA berkata...

td sempat tgk muka depan HM jer.. x smpat baca.. sakit mata nk nengok.. kecik.. tp rsa sgt kesian kt baby.. kecik lagi..kalo iyer pon, xkn xde rasa prihatin n kesian kat baby kecik. dia mana tau apa2 lg..

Zaidah berkata...

Miss Izah Mohamed : dah samseng ahlong...

Zaidah berkata...

ch@ : tak fahamlah manusia sekarang nie kekadang perangai lebih ganas daripada binatang

Zaidah berkata...

mamalieyna: hkumannyer bunuh aje...

Zaidah berkata...

az rina a.k.a jaijina :kesihan..baby tu tahu apelah kan...memang sadis

Zaidah berkata...

Fieza79 : bunuh aje samseng tu....memang germmmmmmm

Zaidah berkata...

lydzar: tak tahulah kekadang martabar manusia nie lebih rendah daripada binatang

Zaidah berkata...

LYaFRINA : baby tu memang tak salah ape2....sian sangat..tak tahulah nak luahkan..

matahati-aishahazhar berkata...

ni dah kategori kejam ni.. budak kecik tu pun dia sangup pukul..

Zaidah berkata...

rATu kEBaYA : memang kejam tahap gaban...

jiHAN berkata...

jahatnyer

 
Direkacipta Oleh Ibu ComeL