AMPANG: Puncanya hanya kerana menguatkan bunyi televisyen, namun habuan diterima begitu azab apabila seorang wanita yang sedang mengandung enam bulan dipijak suami sendiri dalam kejadian di sebuah pangsapuri di sini, Ahad lalu.
Berikutan itu, bayi dalam kandungan wanita terbabit masih belum diketahui tahap kesihatannya dan polis menunggu laporan perubatan akan dikeluarkan hospital dalam tempoh terdekat.
Menurut sumber, kejadian berlaku kira-kira jam 9 malam ketika pasangan berkenaan baru setahun mendirikan rumah tangga berada di rumah sebelum berlaku pertengkaran.
“Ketika kejadian, suami mangsa memintanya memperlahankan suara televisyen dipasang dan mangsa mengikut arahan lelaki terbabit dengan memperlahankannya.
“Bagaimanapun, suaminya memberitahu dia mahu keluar bermain snuker bersama rakannya,” katanya.
Menurutnya, baru saja beberapa langkah suaminya mahu keluar, mangsa kembali meninggikan suara televisyen membuatkan lelaki berkenaan naik angin dan berpatah balik.
“Suami mangsa menghampiri dan dengan nada marah mendakwa mangsa cuba bersikap kurang ajar dan sengaja mencabarnya.
“Bagaimanapun, mangsa memberitahu tidak berniat mahu menyakitkan hati suaminya dan meninggikan suara televisyen kerana menyangkakan suaminya keluar,” katanya.
“Bagaimanapun, mangsa memberitahu tidak berniat mahu menyakitkan hati suaminya dan meninggikan suara televisyen kerana menyangkakan suaminya keluar,” katanya.
Sumber terbabit berkata, suaminya yang tidak puas hati jawapan diberikan terus meluru sebelum memukul tangan mangsa dengan kuat sehingga menyebabkan kecederaan.
“Tidak cukup dengan itu, suami mangsa yang panas baran naik angin dan memijak perut mangsa yang mengandung enam bulan.
“Mangsa hanya mampu meraung dan menjerit meminta suaminya berhenti dari memijak perutnya sebelum lelaki berkenaan menghentikan tindakan itu dan meninggalkan mangsa menahan kesakitan,” katanya.
Menurutnya, isteri malang terbabit yang tidak puas hati dengan tindakan suaminya itu membuat laporan kepada pihak berkuasa dan susulan itu, polis menahan suami mangsa yang berusia 20-an untuk membantu siasatan.
“Lelaki berkenaan ditahan di rumahnya kelmarin bagi membantu siasatan kes terbabit dan setakat ini polis menunggu laporan pemeriksaan hospital untuk menentukan keadaan bayi dalam kandungan wanita itu.
“Bagaimanapun, pemeriksaan awal mendapati wanita berkenaan bernasib baik kerana tidak keguguran dan mangsa mendakwa kandungannya sudah ada pergerakan dan mungkin dalam keadaan stabil,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan penahanan lelaki terbabit.

25 conteng-conteng:
org macam tu kah nak dijadikan bapak?
ish2..pegi mampos la itu jantan! eh pagi2 dah meroyan sy nih..hahaha..
geraammm je baca berita2 camnih
Astahfirullah al azim...kena pa jadi macam tu...sedih awe bace kak
ish org ni....x sedar ke yg dalam perut tu darah daging dia...kesian kat bb tu
lelaki yg bergelar somi skrg dh makin ramai yg gilaa meroyan...geram btol dgr kes2 mcm ni...
panas baran orang laki ni, nk kena siram dgn ape eh baru boleh jadi sejuk?
mmg takdak akal betul buat isteri yg tgh peknen mcm tu..
huh...giler betul la lelaki tu...
kalu mcm tu..x yah berlaki pun x pe...
cepatnya tercabar... isteri dah bagi penjelasan pun tak boleh nak terima.. manusia ni mudah sangat nak tunjukkan sikap panas baran tu..
seminggu puasa.. hari2 dengar kes panas baran.. mungkin dugaan yg diberi Allah s.w.t tapi tak dapat nak di tanggani dengan tenang.. Wallahualam.
apa massalah mamat tue..bodohnya....ya allah..
otak letak kat bontot ni..
pasal hal kecik pun sanggup dia wak cam tu kat isteri n anaknya....kalu tiada keimanan dan kesabaran...semua boleh jadik...sudah akhir zaman agaknya....
rose --{@ ibuRafiq @}-- : memang tak ade langsung ciri2 bapak mithali..bapak kena ikat ngan tali n cempak kat laut ade..
Nur Hawa Mohd Zin : ikutkan nafsu sangat...
SiTi : dah tak ade pedoman langsung orang ini...
Fieza79 : tak tahulah kenapalah jadik macam nie kan...tak sian langsung kat bini dia
lydzar : kena rajin mengaji..
LyNn HaMzAh: bunuh aje lelaki itu..
Ema : betul2...stuju
rATu kEBaYA : itu semuanyer terlalu ikutkan nafsu...
safiyyahosman: tak tahulah nak kata...
Ibu Fatin : otak dia dah kena pijak2 tu...
Min Hamzah : dunia dah nak kiamat kot..tu yang manusia dah jadik mcam haiwan dah
awe sakit ati betul lah kali bace pasal penganiyaan ni..pada manusia mahupun haiwan...geram betol
huh! takut plak rasanya nak kawen..lelaki tyme bercinta mana nak tunjuk sikap die yg sebenar. bila dah kawen mcm2 keluar.
man cannot be trusted!!
jahat gila buat camtu kat isteri.
adushhh,
nanti berhati-hatilah memilih suami :)
Catat Ulasan